Daftar Tetamu Kehormat

Monday, October 25, 2010

Ciri-ciri POMPUAN yang LAKI minat!!



BETUI..LAH kata-kata orang tua dulu2, orang laki ni memang sukar diagak he3. Perangai diorang ni ada kalanya memeningkan kepala pompuan, terutama yang mencintainya (padan muka wekk :P).

Mau tak mau, orang pompuan ni kene la tunjuk rasa kasih yang mendalam terhadapnya demi meraih cintanya. Walaupun pada hakikatnya toiiyibb…. cinta tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan, korang selaku pompuan ni harus memberi sebahagian hati ( uikss..tak mati ka?) untuk membuat laki tertawan…GUYS!!! Beware!!

Untuk merasai lebih dicintai (gunalah CUKUP RASA!! PASTI SEDAP!!), korang sendiri harus mengetahui apa yang disukai orang laki pilihan korang tu. Jika laki sukakan pompuan yang memenuhi cita rasanya, cubalah blajaq mengenali hati laki.

Mana la tau kan sikap korang yang pandai mengambil hati, tak pentingkan diri sendiri selain boleh bertolak ansur menjadi faktor orang laki ini memuja korang suatu hari nanti. Hope laa..

Orang laki juga tak suka pompuan yang mengada-ngada espeseli GEDIK!!! selain pompuan yang agak ‘ganas’ dalam bergaul. Ganas camna? Terpulang pada laki tu la..masing2 taste he3

Untuk itu, tatacara, tatabahasa, tatatititutu pergaulan perlu la ye dijaga supaya korang menjadi pompuan yang lemah-lembut dan berhemah sepanjang pergaulan. Ia penting kerana korang tak terlalu menampakkan sikap yang membuatkan orang laki cepat muak atau meluat malah disertai muntah2 dan cirit-birit..isk3

Mungkin korang boleh mencuba petua ini, mana tahu persahabatan teman tapi mesra yang dibajak, ditanam, disemai berakhir dengan ikatan suci…Congratz!! (^_^)”)





JADI PENDENGAR SETIA
orang laki ni suka pompuan jadi pendengar setia dan tak berapa suka kaum hawa yang suka membangkang. (ho3 nak bangkang masuk court la)





SUKA DIMANJA
Yang paling bes, orang laki ni suka dimanja dengan belaian dan kata-kata romantik.. (he3 meow!!!)





TARIKAN DERAPAN KASUT
Bunyi derapan tapak kasut ka selipar jamban ka ketika korang jalan pun juga mampu menarik perhatian orang laki ni. (orang kata bunyi orang jalan lambang prangai dia?? Ye kot..) 






JANGAN BERSOLEK TEBAL
hah!! Orang laki memang tak suka (termasuk aku he3) jika pompuan memakai alat solek terlalu tebal. (ingat nak masuk opera cina ka apa ni..) Boys said, "WE LUV NATURE!!"





INGAT HARI PENTINGNYA
ho3 bes.. Mengetahui bila hari lahirnya antara resipi penting yang perlu diketahui. Berbuatlah sesuatu untuk hari pentingnya itu. (thanx kat adik2 aku..selalu wish aku..luv u all..)




HORMATINYA
Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya. Yep!! Hormat jangan tak hormat!! TABIK...HORMATTT!!!!!




JANGAN TERLALU KEBUDAK-BUDAKAN
Bersikap matang dalam tutur kata dan tingkah laku. Orang laki tak suka pompuan yang bersikap terlalu kebudak-budakan. Kalau sikit2 tu takpa la jg..baru ada feel he3




AGRESIF
Wacha!!! Orang laki juga suka sikap wanita yang agresif.. erm.. camne ek? macam kucing ni kott??




JANGAN TERLALU SERONOK
Jangan terlalu seronok ‘over’ ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya, berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama. Betul2, wat perabis kedit aku je hu3




JANGAN GANAS
Whoops!! Jangan terlalu bersikap kelelakian dan ganas dalam pergaulan...erm..ganas dalam pergaulan?? Misteri di situ :p




JANGAN TERLALU BAIK
Jangan terlalu menunjukkan bahawa korang ini terlalu baik dan sempurna.. he3 takde manusia yg sempurna bro...buat baik berpada-pada tau, kalau wat jahat, jangan sekali k, ada faham?





JANGAN PERASAN
Jangan prasan sangat la bahawa korang ini mempunyai paras rupa yang jelita. Ho3 ini memang aku pantang... len la aku he3 memang comel bangat bah :p




SIKAP SEDERHANA
Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan. Yep! Yep! Aku setuju sangat2..zaman la ni banyak nak kene pakai duit..aduhai..




SIKAP KEIBUAN
I LUV MY MAK K!! So, bersikap keibuan adalah antara petua yang perlu dititikberatkan. sebab tu orang laki cuba cari pompuan yang prangai macam mak diorang.





LEMAH-LEMBUT
Sentiasa bercakap lembut dengan mereka. Em..bapok2 kat tepi jalan pun sentiasa cakap lembut je tau ha3 tapi kalau dah marah...:p hancus!!!




SENSITIF
Dengarlah dunia!!! orang laki adalah golongan yang terlalu sensitif dan sukakan kelembutan he3 apatah lagi daripada seorang pompuan. 




KENALI DIRINYA
Kenali siapa dirinya yang sebenar sebelum korang memulakan langkah untuk memikat. He3 mana la nak tau, keluar mulut boya, masuk mulut naga tasik chini pulak :p




JAGA KECANTIKAN
Orang laki ni sukakan pompuan yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah korang dipenuhi jerawat batu! Tapi bagi aku, tambah sikit ek..jaga kebersihan diri luar dalam juga tau.




GAYA KEMAS
Aset penting bagi korang untuk memikat orang laki ni adalah mata, punggung dan gaya langkah yang kemas. Tapi jangan over wat gaya ‘jalan kucing’ plak. Im not IFF jury k!!




JANGAN KUNO
Jangan bersikap terlalu kuno. Erm..zaman la ni memang ramai dah open-minded..baguih la tu kn.. tapi masalah nya, banyak orang pompuan pakai pakaian fesyen kuno!! tak cukup kain, cian diorang kan isk3 Mulut kata, “Aduih!! Sakit mata aku.” Kata hati pulak, “he3 rezki aku hari ini”.





SERING TANYA KHABAR
Tanyalah khabar ye sekurang-kurangnya dua kali seminggu supaya tali persahabatan korang dengan laki tu tak putus begitu saja. Mana la nak tau kan, suatu hari nanti sikap korang yang terlalu mengambil berat mampu tarik perhatian dia.




JUJUR DALAM TINGKAH LAKU
Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran penting tetapi kecerdikan, kejujuran serta tingkah laku yang bersopan-santun. Erk... susah nak cakap...jujurkah aku???




SUKA YANG BERAGAMA
Orang laki ni sukakan seorang pompuan yang beriman dan beragama namun begitu korang tidaklah perlu terlalu alim.  Tapi tak salah nak alim pun, aku lagi suka he3 sama bleh bantu dan kongsi ilmu agama. Lebih2 lagi nanti nak mendidik anak2 kan, tak gitu bakal2 bini ku?? (^_^)




TIDAK MUDAH DIPERMAINKAN
Tunjuklah kat orang laki ni yg korang bukanlah seorang pompuan yang mudah diplay-playkan selain tidak terlalu merengek macam baby dan mengada-ngada. Jangan jadi bola sepak!!





JANGAN TUNJUK LEMAH
Jangan tunjukkan kelemahan korang ketika berada di samping orang laki yang korang minat sangat tu. Berdikari la skit k... kata girl power kan he3




TUNJUK MATANG
Orang laki ni sukakan pompuan yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang. Ooo...patut la ni ramai orang laki kawin pompuan yang lebih tua he3 kawin ngan janda2 :p



p.s: erm..sebenarnya banyak lagi ciri-ciri yg laki minat..antaranya MEMASAK he3
      apa2 pun, sebagai seorang pompuan, sebelum nak ngorat laki tu, lengkapkanlah diri dengan ilmu   
      rumahtangga tau. selamat mencuba!! ganbatte!!!


0 comments: