Loading...

Daftar Tetamu Kehormat

Sunday, October 24, 2010

Beza orang LAKI dan orang POMPUAN






LELAKI

Orang laki teruna ka bujang ka kena tanggung dosa sendiri apabila dah baligh manakala dosa gadis dara ka bujang ka ditanggung oleh bapanya..toiiyiibb...

Orang laki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak pompuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak laki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak laki yang tua (hu3 aku yg tua skali), manakala pompuan tidak, pompuan hanya perlu taat kepada laki dia (suaminya). Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya (kena la tanggung dosa bini aku nanti).. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.. (harap2 la bini ni leh kowting ma he3)

Banyak lagi orang laki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut..

Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang pompuan ni lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa...jgn caya sgt k)

Tetapi orang laki ada speselnya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang laki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi pompuan..(auw..tak kuasa nyah!!). Begitulah kira-kiranya.


WANITA

Aurat depa ni lebih susah dijaga berbanding orang laki. Perlu meminta izin dari laki depa (suami) apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

Saksinya kurang berbanding orang laki.

Menerima pusaka kurang dari orang laki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak..(aaja..aaja..fighting!!!)

Wajib taat kepada laki (suami) tetapi laki tak perlu taat pada isterinya..(taat di sini bukan jadi laki dayus k, tapi berlandaskan hukum Allah tau). Talak terletak di tangan laki dan bukan isteri.

Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki..(time2 lampu merah ni la pompuan suka kuar shoping tau)


Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda..kalau yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang pompuan.

Pompuan perlu taat kepada laki dia tetapi orang laki wajib taat kepada maknya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang pompuan?

Pompuan menerima pusaka kurang dari orang laki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada lakinya, manakala orang laki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara bini dan anak-anak..(habis la harta den he3)

Pompuan perlu bersusah payah dikerjakan, mengandung dan melahirkan baby, tetapi setiap saat pompuan ni didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini (amin..), dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil (insyAllah, konfem masuk syurga.).. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, orang laki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 pompuan ini: bininya, maknya, anak pompuannya dan saudara pompuannya. Manakala orang pompuan pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org laki ini: suaminya, ayahnya, anak lakinya dan saudara lakinya (kene la aku tanggung adik pompuan aku he3).

Seorang pompuan boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Orang laki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi pompuan jika taat akan lakinya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.


MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada pompuan ....

Seorang pompuan adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang laki, tetapi ingatlah wahai laki...korang sebenarnya adalah spesel disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat korang menjadi pemimpin...maka dengan kespeselanan itu, JAGALAH dan HARGAILAH pompuan sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 laki dan pompuan dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan spesel disisiNYA

p.s:.sapa la bakal jadi orang rumah aku nanti hah...ponin den he3

0 comments: