Daftar Tetamu Kehormat

Tuesday, August 9, 2011

kisah PaKWe MaKWe

Seorang lelaki telah berkenalan dengan seorang perempuan di fb(facebook). Apabila mereka telah rapat, mereka menjadi gf & bf.Tetapi masalahnya , mereka belum pernah berjumpa...Maklumlah lelaki itu tinggal di KL manakala perempuan itu tinggal di Johor

Pada suatu hari , lelaki itu sudah tidak sabar untuk melihat wajah perempuan itu lalu menghantar msg kepada makwenya....



Lelaki : awak , saya nk jumpa awak... saya x sabar nk lihat rupa awk.

Perempuan : betul ke? jemputlah datang ke rumah saya.

Lelaki : awak tinggal kat mne?

Perempuan : saya tinggal kat Johor........ No46,Jalan Simpang 3,0800000 , Johor

Lelaki : saya akan bertolak esok!

Keesokan harinya , lelaki itupun bertolak ke Johor untuk berjumpa dgn makwenya... Dalam pejalanan , mereka berbalas msg...



Perempuan : awak.... awk x sampai lagi ke? saya boring ni....

Lelaki : saya dlm prjalanan ke rumah awak laa.......

Perempuan : ok saya akan tunggu... Miss u.. :)



Selepas beberapa jam , lelaki itu sampai ke rumah makwenya...Lalu mengetuk pintu rumah makwenya..Bukannya perempuan itu yg membukanya tetapi ayahnya



Lelaki : pak cik..... inikah rumah Fatimah??

Pak cik : ye.. kenapa?

Lelaki : Fatimah ada ke pak cik? saya ni sahabatnya... dtg melawat (sebenarnya dlm hati lelaki itu berkata,, ''Aku ni balak dialah =,=' ''

Pak cik : Fatimah dh lama meninggal dunia.

Lelaki : x mungkinlah pak cik. saya baru msg dia tadi..

Mereka berdua terdiam sebentar..



Bunyi telefon lelaki itu memecah kesunyian....



Perempuan : awak x sampai lagi ke??

Lelaki : saya sudah jumpa dgn bapa awk lpas tu dia kata awk dh meninggal dunia...

Perempuan : mmng lah saya sudah meninggal dunia

Lelaki : habis tu.. mcm mna awak boleh reply msg saya?

Perempuan : Saya guna digi! Digi kan ada di mana2.......

Monday, August 8, 2011

kisah Guru Kaunsling =P



Salwa baru saja memulakan pekerjaan barunya sebagai seorang guru kaunseling di sebuah sekolah.

Dia sangat bersemangat untuk memberikan nasihat kepada pelajar2 di sekolah itu.

Pada masa rehat.. dia melihat seorang pelajar yang tengah berdiri seorang diri hujung padang sedangkan kawan-kawangnya yang lain asyik bermain di tengah-tengah padang mengejar bola antara satu sama lain.

Salwa cuba mendekati pelajar itu dan bertanya apakah dia ada masalah… Pelajar itu menjawab bahawa keadaannya baik saja.

Mendengar jawapan itu Salwa lalu meninggalkannya.

Beberapa minit kemudian Salwa memerhatikan lagi pelajar itu masih sendirian di tempat yang sama. Salwa kini yakin bahawa pelajar ini sebenarnya mempunyai masalah.

Lalu sekali lagi Salwa mendekati pelajar itu dan berkata penuh kelembutan…

“Apakah kamu mahu kalau saya menemanimu?”

Pelajar itu menjawab..

“Okey.. boleh saja…!”

Merasa bahawa pendekatannya berhasil Salwa bertanya lagi..

“Kenapa kamu berdiri seorang diri di sini?”

“Kerana …” jawab pelajar itu dengan penuh kehairanan…

“… Saya adalah penjaga gol!”

Friday, August 5, 2011

10 Amalan Ramadan Yang Terbalik, Muhasabah Balik!



Email ini aku dapat pada tahun 2009 yang lalu, selepas sambutan hari raya. Rasanya elok kalau kita sama2 membincangkannya sempena menyambut Ramadan ini - :D


Selepas selesai menunaikan pelbagai ibadat sepanjang bulan Ramadan yang mulia, terutama ibadat puasa, yang merupakan rukun Islam, ada beberapa perkara yang kita perlu perbetulkan pada Ramadan yang akan datang, jika kita diberi peluang bertemu dengannya lagi, antaranya:

1. Memenuhkan awal Ramadan, meninggalkan akhir Ramadan

biasanya kita memenuhkan masjid dan surau pada awal Ramadan kerana seronok menyambut ketibaan Ramadan
tetapi pada hujung2 Ramadan banyak yang tidak ke masjid lagi malah akan meninggalkan tarawih kerana sibuk membuat kuih
dan persiapan raya yang lain seperti menghias rumah, membetulkan tempat letak peralatan2 rumah, membasuh cadar, langsir dst...

yang memberikan alasan letih bekerja, tidak sihat, tidak ada masa, banyak kerja lain, banyak program yang perlu disudahkan, banyak jemputan rasmi berbuka puasa yang perlu dipenuhi dan sebagainya…

sepatutnya kita memenuhkan akhir Ramadan sama seperti kita memenuhkan awal Ramadan dengan pelbagai amalan sebab yang demikian itu adalah amalan Nabi s.a.w. seperti disebut dalam hadis... pada sepuluh malam yang terakhir Nabi s.a.w. selalunya meninggalkan tempat tidur, meninggalkan bersama isteri dan membanyakkan ibadat sehingga santak
ke waktu sahur.....

Nabi s.a.w. sentiasa memenuhkan Ramadan keseluruhannya dengan membanyakkan amalan dari mula masuknya Ramadan hinggalah ke malam terakhir Ramadan, tanpa membezakan awal atau akhir Ramadan. Para Sahabat juga berbuat demikian, mengurangkan tidur dan membanyakkan amalan sepanjang bulan yang mulia itu.

Tidak salah memenuhi jemputan rasmi, atau banyak bekerja, atau program yang perlu disudahi, tetapi amalan pada bulan puasa tidak boleh dikurangkan sehingga ke tahap minima atau ditinggalkan terus hanya kerana perkara2 yang lain yang menyibukkan kita daripada membanyakkan beribadah sunat khusus pada bulan yang mulia ini.

Melakukan kerja2 rutin harian seperti itu pun adalah ibadah juga, tetapi ia adalah muamalah yang digalakkan, bukannya ibadah sunat khusus yang dituntut agar dibanyakkan pada bulan Ramadan ini



2. Bersolat tarawih sebanyak mungkin

biasanya kita di Malaysia dan beberapa tempat lain di dunia Islam, umat Islam hanya melakukan solat tarawih sebanyak
8 rakaat saja, diikuti oleh solat witir sebanyak 3 rakaat, atas alasan Nabi s.a.w. tidak melakukan solat tarawih bersama para memang malas beribadat, termasuk pada bulan Ramadan (sebab dah terbiasa malas).
Malah JAIS sendiri pernah mengeluarkan pekeliling yang mengarahkan masjid2 di seluruh negeri Selangor agar melakukan
solat tarawih tidak lebih dari 8 rakaat dan disertakan dengan tazkirah selepas solat tarawih, sebelum solat witir.

Tidak tahulah sama ada sekarang ini arahan itu sudah ditarik balik atau tidak. Kita tidak berminat mengambil tahu tentang hal itu.

Kalau sudah ditarik balik arahan itu, alhamdulillah.

Memang hadis itu sahih kerana riwayatnya amat jelas, hukumnya juga jelas, tidak boleh dipertikaikan lagi. Cuma dari segi tafsirannya, kehendaknya dan huraiannya saja yang kita perlu fahami benar2, agar tidak tersalah hukum atau tersalah ijtihad.

Entah dari mana hukum yang mereka gunakan, dari kitab mana yang mereka rujuk dan dari ulama muktabar mana yang mereka pegang ijtihadnya, tidaklah diketahui.

sepatutnya kita membanyakkan ibadat sahaja pada bulan Ramadan ini tanpa mengira berapa rakaat solat tarawih itu hendak didirikan. Bukan soal 8 atau 20 yang jadi isu, tetapi sikap kita yang malas itulah yang perlu dikikis. Dalam kitab Fiqh 4 Mazhab pun disebutkan bahawa 3 mazhab (Syafie, Hambali, Hanafi) menjadikan ijmak 20 rakaat solat tarawih, manakala mazhab Maliki pula menjadikan ijmak 36 rakaat solat tarawih pada setiap malam. Tidak ada seorang pun ulama muktabar yang pernah membincangkan bahawa solat tarawih itu 8 rakaat, dan selebihnya adalah bidaah. Malah pemerintah Wahabi di Arab Saudi sekarang pun masih mengamalkan solat tarawih sebanyak 20 rakaat di Masjidil Haram dan Masjidin Nabawi seperti yang dapat kita lihat dalam siaran langsung solat tarawih dari Masjidil Haram yang disiarkan di tv. Jadi, golongan yang menyuruh kepada 8 rakaat solat tarawih itu sebenarnya mengikut mazhab mana dan ulama muktabar yang mana?

Apakah semata-mata mengambil mafhum dari hadis yang diriwayatkan itu sahaja? Tidak mahu merujuk kepada ijmak ulama dahulu?

Hendak kata ulama dahulu tidak faham maksud hadis itu, atau tidak pernah terjumpa matan hadis itu, amatlah mustahil kerana semua orang dari semua zaman sudah tahu tentang matan hadis itu.

Mazhab mana yang mereka pegang dan ikut, tidaklah diketahui sampai sekarang.
Syiah sendiri melaksanakan solat tarawih sebanyak 50 rakaat setiap malam.

Tidak ada walau satu hadis pun yang menyatakan secara tepat bahawa solat tarawih itu hanya 8 rakaat sahaja dan tidak boleh lebih dari itu. Sepatutnya ibadat sunat seperti solat tahajud, tarawih dan lain2 yang tidak pernah dinyatakan had bilangannya, buatlah seberapa banyak pun, tidak akan ada bidaah dalam melaksanakannya.

Bagaimana pula dengan para Sahabat dahulu yang menunaikan solat tahajud sampai seribu rakaat semalaman, kebanyakan mereka pula yang melaksanakan sehingga 500 rakaat setiap malam, dan hampir semua Sahabat melaksanakan sehingga 200 rakaat setiap malam, apakah mereka itu akan kita kata bidaah juga atas alasan ia tidak pernah dibuat begitu oleh Nabi s.a.w.?
Oleh itu, marilah kita melaksanakan semula solat tarawih sebanyak 20 rakaat seperti sebelum ini, kerana ia telah disebut dan dibincang oleh sekalian ulama yang besar2 dan alim2 secara jelas dan terang benderang.

Tinggalkan terus persoalan bidaah 20 rakaat itu kerana ia hanya membuang masa dan melawan ijmak ulama yang muktabar
Malah sewaktu Sayidina Umar Al-Khattab memerintahkan solat tarawih itu dilaksanakan sebanyak 20 rakaat dan diimamkan
oleh seseorang bagi kaum lelaki dan seorang lagi imam bagi kaum wanita, Sayidatina Aisyah r.a. sendiri tidak pernah membantah
atau menyatakan bidaah, malah beliau sendiri ikut bersolat sebanyak 20 rakaat seperti yang disunnahkan oleh Sayidina Umar.

Walhal beliau adalah orang yang paling dekat dengan Nabi s.a.w. semasa hayatnya dahulu
Tidak ada seorang Sahabat pun yang diriwayatkan pernah membantah atau membangkang, malah semuanya setuju melaksanakannya di masjid masing2 mengikut jumlah yang telah ditetapkan oleh Khalifah Umar itu.

Bukankah perintah dan amalan para Khulafa itu dikira sebagai sebahagian sunnah? Terlalu jelas bahawa amalan solat tarawih sebanyak 20 rakaat itu adalah amalan yang dimulakan oleh Khalifah Umar, salah seorang khulafa yang berempat, kenapa dinafikan pula?

Apakah kita hendak melawan sunnah Khulafa dengan menggunakan sunnah Nabi s.a.w.?

Sedangkan amalan solat tarawih sebanyak 20 rakaat itu adalah untuk kebaikan semua umat!


3. Melaksanakan tazkirah atau usrah atau seumpamanya antara solat tarawih dan solat witir

biasanya kita lihat sekarang ini semacam sudah menjadi trend antara solat tarawih dengan solat witir diadakan kuliah agama oleh orang2 tertentu, baik yang dilantik oleh pihak masjid mahupun oleh individu itu sendiri. Seperti disebutkan tadi, pihak JAIS sendiri telah mengeluarkan pekeliling yang menyuruh diadakan tazkirah dan ceramah antara solat tarawih dengan solat witir.
Banyak pro dan kontra tentang hal ini dari banyak pihak, atas pelbagai alasan dan logik yang dapat diberikan. Antaranya ada
yang berkata tazkirah itu mengganggu fokus mereka kepada ibadat tarawih, tidak menepati roh Ramadan, menghilangkan rasa
seronok semasa beribadat, isi tazkirah lari dari tajuk, seperti menyentuh soal peribadi orang, cenderung kepada parti politik tertentu, memburuk-burukkan pihak lain dan sebagainya. sepatutnya kita kena faham bahawa ini bulan Ramadan, ia bulan khusus untuk umat Islam beribadat, bukannya bulan untuk
mendengar tazkirah, ceramah dan usrah. Walaupun ia disampaikan tidak panjang, ia tetap tidak sesuai pada bulan Ramadan.

Kalau hendak juga buat tazkirah, buatlah pada waktu siang, seperti selepas usai solat subuh, pada waktu duha, selepas solat zuhur atau selepas solat asar. Kalau mahu juga dibuat pada waktu malam, buatlah selepas berbuka, antara waktu maghrib dengan isyak.

Tazkirah itu sememangnya bagus dibuat, sebab menuntut ilmu itu dituntut agama, hanya masanya dan tempatnya biarlah betul.

Tidak ada siapa pun yang mengatakan tazkirah itu sebagai bidaah atau makruh atau haram, cuma dpertikaikan dari segi masa, tempat dan cara ia disampaikan. sebagai orang yang berilmu kita sepatutnya sudah amat faham tentang kesesuaian masa, tempat, keadaan dan hadirin yang mendengarnya. Janganlah jadi golongan yang hanya tahu menyampaikan tetapi tidak mahu memahami khalayak dan suasana penerimaan para hadirin.

Surah Al-Qadar sendiri menyatakan balasan pahala yang 1000 bulan itu hanya didapat oleh orang yang beramal ibadat sahaja, tidak disebut akan didapat oleh orang2 yang belajar atau mendengar tazkirah walaupun dibuat sepanjang malamnya.

Apakah kita hendak juga menjadikan tazkirah itu sebagai alasan membenarkan segala perbuatan kita?
Tarawih itu diberi nama begitu kerana pada sunnahnya (para Sahabat dan tabiin) mereka akan berehat selepas 4 rakaat (2 salam) selama 15 minit atau 20 minit. Jika di Masjidil Haram, mereka akan melakukan tawaf pada waktu itu, dan menyambung semula solat tarawih selepas usai melaksanakan tawaf 7 kali pusingan, manakala di Masjidin Nabawi para Sahabat akan membaca Quran sekitar 1 juz atau setengah juz pada waktu rehat tersebut. Ulama Wahabi di Masjidil Haram sekarang tidak lagi menjadikan tawaf sebagai amalan antara 4 rakaat tarawih, hanya solat tarawih terus-menerus. Ada Sahabat yang tidur seketika untuk melepaskan lelah, ada yang makan atau minum dan sebagainya. Khalifah Umar membiarkan para Sahabat berbuat apa sahaja dalam waktu ‘tarawih’ itu. Waktu ‘rehat’ mereka itu tidak pernah diganggunya dengan mendengar tazkirah atau usrah. Tidak ada disebutkan bahawa Sayidina Umar pernah mengadakan tazkirah pada waktu rehat tersebut.

Mengadakan tazkirah dan usrah seperti itu tidak ada dalam sunnah Nabi s.a.w. dan sunnah para Khulafa dan tidak ada seorang pun ulama muktabar yang membincangkan tentang hal itu. Yang ada ialah masing2 menyuruh melipatgandakan amal ibadat pada bulan ini, bukannya disuruh mendengar tazkirah. Memanglah mengajar dan belajar ilmu itu baik, sangat dituntut.

Tetapi membuatnya dalam keadaan umat disuruh sangat2 beribadat merupakan suatu hal yang tidak betul cara, masa dan tempat. Andaian beberapa golongan bahawa mencari ilmu pada bulan Ramadan lebih baik dari tidur adalah andaian yang salah sama sekali! Tidak pernah ada mana2 ulama dahulu yang berkata
bahawa belajar dalam bulan Ramadan lebih baik dari tidur, dengan alasan kalau tidur pun boleh dapat pahala, belajar lagi banyak pahala yang dia akan dapat. Salah! Sebab banyak hadis yang menyatakan tidur orang yang puasa tidak sama nilainya dengan tidur orang yang tidak puasa. Orang yang tidur pada bulan puasa itu letih sebab 3 perkara, iaitu:


(1) tidur kerana kelaparan dan kehausan disebabkan panas cuaca atau panjang masa bertahan dari makan dan minum

(2) keletihan sebab telah beribadah hampir sepanjang malam pada waktu malamnya, sebab itulah dia mengantuk dan tertidur

(3) ia sengaja tidur dengan tujuan khusus untuk menguatkan tubuh badan agar dapat beribadat pada malam nanti dengan lebih selesa dan kuat.


Orang2 zaman sekarang ini, walaupun tidak mendapat ketiga-tiga faktor di atas, jika mereka mendapat mana2 dua dari yang di atas pun sudah dikira sangat bagus. Malah kalau hanya ada salah satu faktor di atas pun, sudah dianggap menepati kehendak Ramadan itu sendiri.

Inilah perkara2 yang kita kena faham, yang tidak dapat difahami dengan baik oleh kebanyakan orang, bukannya faham ikut cara dan selera kita saja.
Sebab itu dinamakan solat itu dengan nama Tarawih, iaitu ada rehat antara setiap 4 rakaat, dan mereka mendirikan solat tarawih sebanyak 20 rakaat malam. Tidak pernah ada tazkirah atau usrah antara solat tarawih dengan solat witir!

Malah, nama solat sunat yang kita dirikan itu iaitu ‘solat sunat tarawih’ diberi nama oleh Sayidina Umar r.a.,

bukannya oleh Nabi s.a.w. sebab tidak ada riwayat dan nas yang sahih menyebutkan bahawa Nabi memberi nama khusus kepada solat itu, tetapi jelas riwayat yang datang dari Khalifah Umar yang memberikan nama solat itu sebagai solat tarawih, dan nama itu kekal sehingga ke hari ini, malah turut sama digunakan dengan taatnya oleh kaum Syiah yang sangat benci kepada Khalifah Umar!

Kita tidak mahu mengatakan perbuatan mengadakan takzirah atau usrah atau sebagainya (banyak istilah canggih
yang digunakan!) itu sebagai satu bentuk gangguan khusus kepada jemaah, tetapi sendiri mau ingatlah!


4. Tidak bersahur kerana mampu bertahan tanpa perlu bersahur

biasanya banyak orang yang tidak bangun bersahur pada waktu sebelum subuh. Antara alasan yang diberikan ialah untuk diet
kerana mengurangkan makan lebih baik pada bulan puasa ini. Ada juga yang makan dan minum puas2 sebelum tidur, dan selepas
itu tidak bangun2 lagi untuk bersahur, walaupun sudah terjaga sebelum masuk waktu subuh. Banyak yang berkata mereka bekerja di tempat berhawa dingin, maka tidak terasa lapar dan
dahaga seperti yang dialami oleh orang2 yang bekerja di tengah panas. Kerana itu, kebanyakan orang yang berpuasa meninggalkan
amalan sahur pada waktu sebelum subuh. sepatutnya setiap umat Islam bangun sahur, walaupun dia mampu bertahan sepanjang hari tanpa bersahur, dia kena bersahur juga.

Bukan masalah tahan atau tidak mampu berlapar yang menjadi persoalannya, tetapi kerana ia adalah sunnah.

Bersahur itu sunnah Nabi s.a.w., bukannya saja2 bangun sahur.

Yang mampu bertahan tanpa bersahur pun disuruh bangun bersahur, yang tidak mampu bertahan kalau tidak bersahur pun disuruh bangun bersahur.
Nabi memerintahkan kita agar bersahur supaya mendapat berkat dan rahmat dari Tuhan. Ertinya orang yang bersahur itu mendapat berkat kerana ia bangun bersahur, puasanya berkat kerana bersahur, makannya itu berkat kerana bersahur, ibadatnya juga berkat kerana bersahur dan bangunnya kerana bersahur itu juga berkat.

Apatah lagi jika dia mentakkhirkan bersahur, lagi banyaklah berkatnya. Kata Nabi s.a.w. sebaik-baik sahur itu ialah yang takkhir pada sahurnya.
Bersahur itu sunnah Nabi s.a.w., ertinya orang yang bangun bersahur itu mengikut sunnah Nabi s.a.w.

Malah kerana sunnahnya bersahur itu, orang2 yang uzur, sakit, baru lepas bersalin dan sedang haid juga disuruh bangun bersahur bersama-sama orang yang berpuasa, untuk mendapat berkat dan kelebihan bersahur itu, walaupun mereka itu sememangnya tidak boleh berpuasa atau tidak mampu berpuasa.
Ia bukan sahaja dapat membantu menguatkan lagi tubuh, malah dapat memastikan kesihatan kita lebih terjamin dan keadaan tubuh badan lebih baik untuk jangka masa panjang. Melazimkan berpuasa tanpa bersahur akan menyebabkan tubuh badan boleh hilang air badan yang banyak.

Kesannya akan lebih buruk pada masa jangka panjang, terutama setelah usia meningkat 40-an atau lebih.

Bukan puasa itu yang salah, tetapi cara kita mengamalkan puasa itu yang tidak betul dan tidak mengikut sunnah, kerana melazimkan tidak bersahur.
Para Sahabat semuanya bersahur, tidak ada yang tidak bersahur. Marilah kita mengikut sunnah Nabi s.a.w. dan para Sahabat.


5. Berlebih-lebih menyambut malam tujuh likur tetapi bukan dengan ibadah

biasanya orang Melayu-Islam, terutama di Pulau Jawa dan beberapa tempat di Malaysia, begitu beria-ia menyambut ketibaan malam Tujuh Likur dengan menyalakan lampu2 dan pelita di sekeliling rumah, dengan kepercayaan malaikat akan datang ke rumah yang terang kerana malaikat suka kepada cahaya dan dicipta dari cahaya.
Pada malam 7 Likur itu juga mereka mengadakan beberapa aktiviti yang tidak dilakukan pada malam2 lain pada bulan Ramadan, dengan kepercayaan pada malam itulah diturunkan Lailatulqadar yang dijanjikan.

Pada malam itu mereka menyalakan api, memasang lampu di luar rumah, membuka tingkap2 dan langsir, membuka mulut tempayan

(orang zaman dulu2 la ni) dan menyalakan lampu di semua bilik yang ada, termasuk dapur. Mereka juga memberi makanan kepada jiran terdekat dan saudara mara, berwangi-wangi dan beberapa aktiviti lain lagi. Banyak yang beriktikaf di dalam masjid sepanjang malam itu sambil membaca Quran dan bersolat sunat.

Mereka juga menunggu ketibaan Lailatulqadar berdasarkan tanda2 yang dilihat pelik pada malam itu.

Selepas mendapat alamat Lailatulqadar itu, barulah mereka memulakan segala amalan yang baik seperti membaca Quran, solat tahajud, berzikir dst. Biasanya tanda2 seperti itu akan muncul pada waktu tengah malam atau selepas itu.

Itupun kalau dapat melihat tanda2 itu, kalau tak dapat? Macam mana?

sepatutnya kita mengikut apa yang dibuat oleh Nabi s.a.w. iaitu membanyakkan amalan pada sepuluh malam terakhir

bulan Ramadan, bukannya merayakan malam 7 Likur sahaja. Nabi s.a.w. tidak pernah menyambut malam Lailatulqadar pada malam 27 Ramadan.

Malam Lailatulqadar tidak tertentu pada malam 27 Ramadan sahaja, walaupun dalam Quran disebut malam itu terjadi bersamaan dengan malam turunnya Quran kepada Nabi s.a.w. dan malam berlakunya Perang Badar Kubra.

Tidak ada pengkhususan muktamad mengatakan Lailatulqadar itu berlaku hanya pada malam 27 Ramadan atau 7 Likur itu.

7 Likur yang dimaksudkan itu pun sebenarnya mengikut kalendar Jawa dan ia hanyalah sebuah panduan umum, bukannya khusus pada malam 7 Likur itu betul2, kerana Tuhan menurunkan Lailatulqadar tidak merujuk kepada kalendar Jawa itu.

Memang tidak salah menyebut malam Lailatulqadar itu sebagai 7 Likur, atau nama2 lain yang bersesuaian, tetapi yang salahnya ialah mengkhususkan segala-galanya pada malam 27 Ramadan sahaja.
Para ulama juga telah menetapkan bahawa Lailatulqadar itu berlaku pada malam ganjil pada 10 hari terakhir Ramadan, tidak ditentukan pada malam yang mana satu. Imam Ghazali sendiri menetapkan turunnya Lailatulqadar itu berdasarkan permulaan tibanya Ramadan. Contohnya jika awal Ramadan jatuh pada hari Sabtu, Lailatulqadarnya ialah pada malam 21 Ramadan dan begitulah seterusnya.

Kebetulan pula pada tahun 1430/2009, Lailatulqadar itu memang jatuh pada hari Khamis malam Jumaat,

21 Ramadan. Pada tahun 1429/2008 dahulu, Lailatulqadar jatuh pada malam 27 Ramadan (Isnin malam Selasa).

Itu sekadar contoh untuk menunjukkan kita tidak boleh mengkhusus hanya pada malam 7 Likur itu sahaja, tetapi digalakkan beramal pada 10 malam terakhir Ramadan keseluruhannya, tanpa mengira ia malam genap atau malam ganjil.

Lailatulqadar sebenarnya bermula pada waktu terbenamnya matahari pada hari tersebut dan berterusan sehingga terbitnya fajar subuh. Maknanya, alamat2 yang ditunjukkan pada waktu tengah malam atau selepasnya itu hanyalah khusus kepada orang2 tertentu sahaja, bukannya pada semua orang. Tidak semua orang mendapat rezeki melihat tanda2 Lailatulqaadar itu, seperti yang dialami oleh beberapa orang.

Kalau hendak beramal pun, tidak perlulah menunggu sehingga mendapat alamat tertentu seperti yang disebutkan itu.

Boleh sahaja beramal sebaik saja matahari terbenam, dan dia akan tetap mendapat pahala Lailatulqadar, sama seperti dia beramal pada waktu tengah malam tersebut. Malaikat berpusu-pusu turun untuk berrsalam dengan umat Islam sejak dari waktu awal maghrib hinggalah saat terbitnya fajar subuh, diakhiri dengan salamnya imam mengakhiri solat fardu subuh. Para malaikat yang amat banyak itu akan naik semula ke langit secara beransur-ansur sebaik sahaja matahari muncul di kaki langit.

Sehubungan itu, sambutlah Lailatulqadar dengan cara yang sudah ditunjukkan oleh Nabi s.a.w. dahulu dan diikuti oleh para Sahabat dengan baik dan betul. Bukannya mengikut cara yang entah dari mana sumbernya dan jelas tidak pernah dibuat oleh Nabi s.a.w. dan para Sahabat dahulu.



6. Mengurangkan ibadah setelah tahu malam Lailatulqadar telah berlalu

biasanya kita menanti-nanti malam Lailatulqadar dan membanyakkan amalan pada malam2 tertentu dengan harapan akan mendapat pahala yang sangat lumayan seperti dijanjikan di dalam Quran.

Ada juga orang yang sudah mengetahui bila berlakunya Lailatulqadar itu berdasarkan maklumat yang diberikan oleh para ulama dahulu. Lalu kerana itu dia bersiap-siap sepenuhnya untuk menyambut Lailatulqadar itu dan memenuhkan malamnya dengan apa saja amalan yang dirasakan mahu dan mampu dibuatnya. Itu tidak salah sebab memang kita dituntut beramal pada malam itu, agar mendapat pahala yang dijanjikan oleh Tuhan kepada kita.

Tidak ada orang yang mahu melepaskan peluang mendapat pahala amalan 1,000 bulan kerana telah dijanjikan secara jelas di dalam Quran.

Tetapi sayangnya selepas dia mengetahui bahawa Lailatulqadar itu sudah berlalu dan masih ada baki hari2 Ramadan selepas itu, maka dia sudah tidak lagi beribadat dan melakukan amalan yang baik seperti sebelumnya. Malah dia hanya tidur sahaja sepanjang malam baki2 terakhir Ramadan, bermalas-malas dan berehat-rehat saja, tidak ada nilai lagi baginya malam2 Ramadan yang selebihnya itu.

sepatutnya kita kena faham dengan sejelas-jelasnya bahawa Lailatulqadar itu diturunkan pada waktu dan malam yang tertentu, dan tidak dijelaskan pada malam2 yang mana satu dengan tujuan agar kita membanyakkan amalan pada sepuluh malam yang terakhir itu tanpa mengira sama ada ia sudah berlalu atau belum.

Bukan masalah Lailatuqadar itu telah berlalu atau tidak yang menjadi persoalannya tetapi sejauh mana kita mahu mengikut sunnah Nabi s.a.w. yang menjadi persoalan di sini. Kalau kita mahu mengikut sunnah Nabi kita, maka ikutlah baginda yang beramal sepanjang malam pada ssepuluh malam yang terakhir, tanpa mengira Lailatulqadar itu sudah berlalu atau masih belum tiba.

Sunnah Nabi s.a.w menunjukkan yang baginda beramal lebih banyak dari biasa, termasuk berdoa, pada sepuluh malam yang terakhir itu, tidak pernah Nabi s.a.w. berehat saja selepas Lailatulqadar itu berlalu.

Mustahil Nabi s.a.w. tidak tahu malam bila Lailatulqadar itu datang, kerana Nabi s.a.w. sudah ditemui oleh Malaikat Jibril pada awal maghrib lagi, menyatakan malam ini adalah malam yang diberkati itu.

Tetapi yang nyata walaupun setelah Lailatulqadar itu berlalu, Nabi s.a.w. tetap membanyakkan ibadah pada malam2 baki Ramadan itu, seolah-olah Nabi s.a.w. tidak pernah tahu yang Lailatulqadar itu telah berlalu.

Maknanya Nabi s.a.w. menyuruh kita membanyakkan ibadah sepanjang bulan Ramadan ini, secara khusus dan dikhususkan lagi pada malam2 sepuluh terakhirnya. Lailatulqadar itu hanyalah pemberian bonus besar-besaran dari Tuhan untuk kita, tetapi pada malam2 yang selepas Lailatulqadar itu, amalan kita harus dibanyakkan lagi, terus-terusan seolah-olah Lailatulqadar itu belum pernah tiba kepada kita lagi. Itulah yang ditunjukkan oleh baginda dan para Sahabat dahulu.

Lagi satu, salah satu tanda amalan Lailatulqadar kita diterima sepenuhnya oleh Tuhan ialah selepas Lailatulqadar itu berlalu, amalan kita akan bertambah lagi, sebab kita sudah mendapat semangat baru untuk melipatgandakan ibadah kita.

Secara mudah, orang yang telah mendapat wang bonus dari kerajaan atau syarikatnya, pastilah akan bekerja dengan lebih rajin dan bersungguh-sungguh lagi selepas itu. Begitu jugalah dengan Ramadan ini, ia pasti akan melipatgandakan amalannya pada baki Ramadan yang masih ada itu, kerana berasa amat gembira dengan pemberian Lailatulqadar yang jauh lebih banyak dan bernilai daripada pemberian bonus oleh pekerjaannya itu, seolah-olah ia belum tahu yang Lailatulqadar itu telah berlalu.

Itulah kefahaman yang sepatutnya kita amalkan, hasil daripada kefahaman kita terhadap riwayat tentang amalan Nabi pada malam2 sepuluh yang terakhir.



7. Menumpukan Ramadan sahaja untuk beribadat, bulan lain dikurangkan ibadahnya

biasanya kita akan melebihkan amalan pada bulan Ramadan sahaja, tidak pada bulan2 yang lain sehingga pada waktu2 mutakhir, keluarlah dari tulisan dan mulut para ulama masa kini bahawa kita sebagai umat Islam janganlah menjadi hamba Ramadan, tetapi jadilah hamba Allah, yang beramal tidak mengira Ramadan atau bukan.

Yang salah pada mereka ialah kita membanyakkan ibadat pada Ramadan sahaja, dengan niat sengaja mengejar pahala yang banyak, dan pada bulan2 lain tidak beramal sebanyak itu atau tidak beramal langsung.
Sama ada benar atau tidak, tidaklah diketahui kerana menurut apa yang ditulis dalam lidah pengarang Harakah keluaran sebelum Raya 1430 Hijrah/2009 Masihi, disebut jangan menjadi hamba Ramadan. Kata2 tersebut kononnya dipetik dari buku tulisan Dr Yusuf Qardhawi yang menyatakan demikian. Diikuti oleh tulisan Ustaz Shukri Yusof dalam kolumnya di Harian Metro beberapa hari kemudian dengan tajuk yang sama, iaitu jangan menjadi hamba Ramadan, yang juga memetik kata2 tokoh ulama yang sama. Maknanya sepakat para ulama zaman ini menggerakkan idea agar umat Islam jangan menjadikan Ramadan sahaja untuk kita beribadah, jadikan bulan2 lain sama seperti Ramadan juga, yakni giat beribadah sepanjang masa.

Atau dengan maksud yang lain yang agak negatif, ibadat kita pada bulan Ramadan ini hendaklah sama sahaja banyaknya dengan ibadah kita pada bulan2 biasa. Hanya dibezakan dengan bulan2 lain kerana ditambah puasa pada siang hari dan tarawih pada malamnya.

sepatutnya kita juga kena faham bahawa kita bukanlah hamba Ramadan, sebab kita memang hamba Allah, yang bebas merdeka, tidak dijadikan hamba oleh sesiapa atau mana2 pihak, termasuk hamba dunia, hamba sistem dan hamba2 yang lain, seperti hamba Ramadan seperti yang didakwa.

Ramadan itu hanyalah bulan dalam kalendar Islam, tidak lebih dari itu. Tidak pernah kita dengar ada orang yang pernah menjadi hamba Ramadan, walau dalam cara apa pun dan cara bagaimana pun. Agaknya bukan begitulah maksud sebenar yang hendak disampaikan oleh Yusof Qardhawi itu kepada kita, kerana menjadi hamba Ramadan tentulah tidak sama dengan menjadi hamba dunia, sebab itulah perlu dijelaskan bahawa menjadi hamba Ramadan memang disuruh Tuhan sedangkan menjadi hamba dunia sangat dibenci Tuhan.

Pada teori dan pemikiran yang biasa, persoalan itu betul dan benar belaka. Kita janganlah memilih bulan tertentu untuk membanyakkan amal ibadah, kerana mati tidak mengira masa, Ramadan pun belum tentu akan dapat kita lalui lagi, sebab entahkan esok entahkan lusa kita akan dipanggil mengadap Ilahi, tanpa sempat melihat Ramadan.

Sebab itu eloklah beramal sebanyak mungkin tanpa mengira bulan atau masa tertentu, yang kita belum pasti akan kita alami atau tidak.

Secara teorinya, memang nampak macam itulah, tidak salah dan tidak silap2 lagi.

Tetapi pada realitinya, tidaklah demikian, sebab kita hidup dalam dunia yang realiti, bukannya dalam dunia yang dipenuhi teori semata-mata.

Yang disayangkan ialah kenyataan bahawa kita menjadi hamba Ramadan itu agak keterlaluan dan tidak menepati syarak dan tidak berdasarkan sunnah yang jelas. Kita kena faham sebab apa Tuhan turunkan Ramadan itu kepada kita.

Khususnya Ramadan itu didatangkan kepada kita dengan tujuan2 yang tertentu, yang sudah dijelaskan dengan sejelas-jelasnya oleh Quran sendiri, oleh Nabi s.a.w. dan oleh para Sahabat dahulu.

Memang pada dasarnya kita bukanlah hamba Ramadan, kerana Ramadan tidak pernah menghambakan sesiapa, walau dengan apa cara pun. Ramadan itu adalah kurnia dan rahmat dari Tuhan yang amat khusus untuk kita, seluruh umat Nabi Muhammad s.a.w., dan tidak lebih dari itu. Tidak pernah timbul soal siapa menghambakan siapa dalam bulan yang mulia ini.

Tidak pernah diketahui ada orang yang dimasukkan ke neraka kerana menjadi hamba Ramadan.

Yang ada ialah yang masuk neraka kerana tidak berpuasa pada siang Ramadan dengan sengaja. Istilah hamba Ramadan itu sendiri perlu diperbetulkan dan huraiannya juga perlu ditepatkan lagi, agar tidak tersalah maksud.

Jauh maksudnya menjadi hamba Ramadan dengan menjadi hamba dunia.

Yang kita takut ialah kesan dari pernyataan ini nanti, dalam jangka masa panjang. Ditakuti nanti, pada masa akan datang umat Islam akan menyambut kedatangan bulan Ramadan dengan penuh selamba dan tidak membanyakkan ibadat apa2 pun kerana takut dituduh menjadi hamba Ramadan, atau untuk mengelakkan dari tergolong ke dalam golongan hamba Ramadan, kerana telah disebutkan yang demikian oleh Yusuf Qardhawi dan anak muridnya atau orang2 yang sealiran fahaman dengannya.

Pada teori memang bagus galakan agar membanyakkan ibadah pada bulan Ramadan dan diikuti pada bulan2 seterusnya sehingga tiba ke Ramadan yang akan datang. Tetapi berapa keratkah yang benar2 mampu berbuat demikian, terutama sekali pada zaman sekarang? Apakah orang yang memberi teori itu sendiri mampu berbuat seperti itu sepanjang bulan yang lain sehingga tiba ke Ramadan yang akan datang? Apakah orang2 yang ikut mengembangkan teori ini juga mampu berbuat demikian? Tanyalah kepada mereka yang berbuat demikian. Bukan masalah dia ulama besar, kita orang biasa, maka dia boleh bercakap apa saja. Memang mudah bercakap, tetapi hendak melaksanakannya amatlah susah. Kalau dia mampu melaksanakannya alangkah bagusnya, tidaklah cakap tak serupa bikin. Dapatlah kita menjadikannya contoh untuk diikuti dan diamalkan.

Kedatangan Ramadan itu amat perlu kita nantikan dan hargai dengan sepenuhnya.

Sebab itulah Tuhan yang Amat Pemurah mengurniakan kepada kita bulan yang dimuliakan-Nya itu iaitu Ramadan kepada kita, khusus untuk umat Nabi Muhammad sahaja, tidak kepada umat2 yang lain.

Pada bulan2 lain kita tidak akan mendapat balasan pahala yang sebanyak dan semurah pada bulan Ramadan.

Bulan Ramadan ini adalah bulan yang khusus Tuhan menurunkan kasih sayang-Nya dengan sebanyak-banyaknya, tidak seperti pada bulan2 lain. Umat Islam sememangnya dituntut agar membanyakkan ibadat dan berusaha keras mencari keredaan-Nya. Malah pintu neraka ditutup rapat dan syaitan2 juga dirantai jauh2 ke dalam dasar laut untuk menggalakkan kita beribadat. Hal2 ini tidak pernah dilakukan Tuhan pada bulan2 lain.

Ertinya, Tuhan sendiri pun amat tahu bahawa umat manusia ini tidak akan mampu bertahan berbuat ibadat seperti itu selama-lamanya, sebab manusia ini mempunyai sifat jemu, penat, bosan, lelah, hilang motivasi dst.

Itu belum lagi dikira dengan gangguan dari nafsu kita sendiri, gangguan dari para syaitan yang tidak dirantai, gangguan dari orang2 biasa, gangguan dari segi tidak ramai yang ikut beribadat seperti kita, dst…

Maka dalam setahun itu, sekali diberikan-Nya kita peluang untuk melipatgandakan ibadah kita, dengan harapan kita akan kembali bersemangat dan gigih mendekatkan diri kepada Tuhan.

Hendak menghabiskan sebulan Ramadan itu dengan penuh pun amat susahnya, inikan pula hendak menghabiskan setahun dengan ibadat yang banyak seperti itu, rasanya mustahil dapat dilakukan oleh sesiapa pun.

Sememangnyalah Ramadan ini kurnia Tuhan untuk kita kembali menambah apa yang telah sedia kurang sebelum ini. Itulah hikmah Tuhan menjadikan Ramadan itu sebagai bulan untuk beribadah, bukannya bulan untuk bertazkirah, berteori dan berusrah.

Ertinya secara tersirat Tuhan menyatakan bahawa kita amat lemah dalam soal beribadah sehingga perlu ‘dipaksa dan digalakkan’ untuk beramal ibadah, dan dibuat dalam bulan yang khusus.

Dipaksa maksudnya amalan puasa yang diwajibkan, malah dijadikan salah satu daripada Rukun Islam yang lima .

Digalakkan maksudnya pahala ibadat pada bulan ini diberi gandaan yang sangat banyak, sehingga solat sunat yang didirikan sama nilainya dengan pahala solat fardu pada bulan2 lain, pahala bacaan Quran diberi nilai 10 pahala bagi setiap huruf yang dibaca, berbanding hanya 1 pahala bagi setiap huruf pada bulan2 biasa, nilai sehari puasa Ramadan itu sendiri adalah lebih baik dari puasa setahun pada bulan yang lain dst…

Takkanlah kita tidak faham tentang hal ini. Itu ertinya memang Ramadan itu sendiri adalah bulan untuk kita beribadah, maka tidak salahlah kalau kita membanyakkan ibadat hanya pada bulan ini, kerana memang itulah yang dikehendaki oleh Tuhan dan Nabi kita yang mulia.

Tidaklah timbul persoalan kita menjadi hamba Ramadan, kerana yang demikian itu adalah salah tanggap yang nyata dan tidak menepati dengan sunnah yang telah berjalan seperti itu tanpa sebarang perubahan selama lebih dari seribu empat ratus tahun yang lalu….

Semua ulama muktabar pada zaman dahulu sudah mengikutnya dengan penuh taat dan penuh rasa kehambaan tanpa sebarang komen atau menyeru kepada perkara yang bukan2. Mungkin niat mereka menyebutkan perkara ini adalah baik dan untuk kebaikan, tetapi isi yang digunakan mungkin tidak berapa sesuai dengan apa yang sepatutnya digunakan.



8. Bergembira berakhirnya Ramadan dan bergembira menyambut Aidilfitri

biasanya kita amat gembira apabila hari raya kian hampir. Tidak salah kita berasa gembira dengan ketibaan hari raya yang amat dinanti-nantikan itu.

Semua orang akan ikut gembira dengan tibanya saat itu. Sehubungan dengan itu, segala persiapan menjelang tibanya hari besar itu disiapkan dengan sepenuhnya dalam masa sekitar seminggu sebelum hari raya tiba.
Sebahagian orang lebih hebat lagi kerana dia bukan sahaja amat gembira dengan hampir datangnya bulan Syawal, malahan dia juga amat bergembira dengan berakhirnya bulan Ramadan yang mulia ini. Apabila tibanya 1 Syawal, maka dia akan beraya sakan, mengalahkan orang lain yang berpuasa penuh.


sepatutnya kita mencontohi para tabiin dan salafus soleh yang amat menanti-nanti ketibaan bulan Ramadan yang mulia, seperti hadis Nabi s.a.w. yang menyebut bahawa sesiapa yang menyambut ketibaan Ramadan dengan iman dan keyakinan, hati gembira, bersungguh-sungguh, dia akan masuk syurga.

Itu belum lagi dia berpuasa dengan iman dan yakin. Baru nak menyambut Ramadan sahaja sudah dapat masuk syurga. Mereka juga menyambut ketibaan Syawal dengan hati yang amat sedih dan mengharapkan agar Ramadan yang didapati pada tahun ini bukanlah yang terakhir untuk dirinya. Mereka ingin menyambutnya lagi dan berasa tidak sabar menanti kedatangan Ramadan yang akan datang, selain tidak berapa peduli dengan ketibaan Syawal yang bakal menjelang tiba.

Bukanlah ertinya mereka tidak menyambut ketibaan Syawal ini, tetapi mereka kurang bergembira dengan kedatangannya, sebab ganjaran dan berkat Ramadan itu sudah berakhir dengan berakhirnya Ramadan.

Mereka berasa sangat sedih kerana tidak pasti lagi akan bertemu dengan Ramadan yang akan datang atau tidak.

Rezeki bertemu Ramadan bukanlah perkara mudah, sebab kalau dah ajal tiba, tidak akan ada Ramadan lagi untuk kita.

Sebab itulah mereka bersedih.

Mereka juga berasa amat sedih kerana masa untuk membolot pahala dan ganjaran yang paling mewah yang tidak pernah ditawarkan kepada mana2 umat pada masa lalu sudah berlalu, tidak lagi sama nilai dan pahala beribadah pada bulan puasa dengan bulan biasa.



9. Bersolat tarawih dengan berlaju-laju agar cepat habis dan dapat segera pulang ke rumah

biasanya kita mengamalkan solat tarawih sebanyak 20 rakaat dengan target untuk dihabiskan seawal mungkin, mungkin jam 10.30 malam atau lebih awal daripada itu. Jika imam itu dapat melaksanakan solat tarawih dengan laju, maka imam itu dipuji dan ramailah orang yang ikut berjemaah dengannya, sebab dia dapat solat tarawih dengan laju.

Tetapi jika imam itu solatnya lambat sedikit atau bacaannya panjang sedikit, maka makmun akan segera berkurangan kerana sebahagian makmumnya ‘lari’ ke surau atau masjid lain yang imamnya lebih ‘laju’.

Apa yang hendak dikejar, tidak tahulah. Biasanya kalau selepas solat tarawih, kita akan pergi ke kedai kopi dan duduk di situ jauh lebih lama daripada bersolat di masjid tadi. Itu kebiasaan bagi kebanyakan dari kita.

sepatutnya kita membanyakkan masa duduk di masjid dan surau. Jika di masjid, iktikaf lama2 memang dituntut dalam bulan puasa ini, tambahan pula masjid2 akan menutup pintu dan mengunci pagar luar pada jam 10.30 malam.

Maka sisa2 masa yang ada hendaklah digunakan sepenuhnya untuk beriktikaf.

Para ulama dahulu menghabiskan sepanjang malam bulan Ramadan dengan beriktikaf di masjid. Mereka hanya pulang untuk makan sahur dan kembali semula ke masjid selepas selesai bersahur. Masa rehat mereka hanyalah di masjid sahaja, tidak seperti kita yang masih sempat lagi ‘mengopi’ selepas selesai solat di masjid atau surau.

Tidak salah berbuat seperti itu sebab masa untuk kita pada zaman sekarang di masjid amat singkat. Maka di kedai kopilah tempat kita berlonggok. Asalkan mereka mahu datang untuk bertarawih, itu sudah dikira sangat bagus, berbanding banyak lagi di luar sana yang langsung tidak bertarawih sepanjang bulan Ramadan ini.

Alangkah ruginya golongan yang seperti ini!

Kalau dipanjangkan solat tarawih itu, banyak pula jemaah yang lari atau tidak datang lagi ke masjid.

Itupun akan jadi masalah yang lain pula.

Tetapi berdasarkan sejarah, memang para Sahabat dan tabiin dahulu bersolat tarawih hampir sepanjang malam, malah banyak dari mereka yang tidak tidur pada waktu malam. Kalau tidur pun, hanya sebentar sahaja.


10. Menolak amalan membaca selawat kepada Nabi dan Khulafa antara setiap solat tarawih

biasanya hanya orang yang berfahaman Wahabi yang menentang membaca selawat kepada Nabi s.a.w., baik selepas solat fardu mahupun selepas solat sunat.

Jelas di dalam beberapa banyak buku fatwa yang ditulis oleh kalangan ulama Wahabi pada zaman ini yang tidak menggalakkan kita membaca selawat, dengan alasan Nabi Muhammad s.a.w. yang kita baca selawat kepadanya itu sudah wafat, sudah meninggal dunia. Pahala bacaan selawat itu tidak akan sampai kepada baginda yang telah wafat. Itu rumusan daripada beberapa fatwa para ulama Wahabi seperti yang kita baca.

Sehubungan dengan itu, timbul persoalan di kalangan kaum Muslimin di negara ini tentang bidaah atau tidaknya bacaan selawat yang dibuat antara solat tarawih dan antara solat witir.

Yang menyokong akan mengemukakan hujah berdasarkan fakta sejarah pada zaman dahulu, manakala yang menentang mengemukakan hujah mereka sendiri pula, dan bertegas mahu bacaan selawat itu dibuat juga. Namun, situasi zaman yang berubah telah banyak membantu perubahan dalam sikap dan cara mengerjakan solat oleh para jemaah pada zaman ini.

Akhirnya banyak pihak yang mula mengurangkan bacaan selawat itu atas alasan ia tidak ada pada amalan para Sahabat dahulu, dan tidak juga pada zaman tabiin dan ulama salaf.

Menanglah akhirnya suara2 golongan yang mahukan bacaan selawat itu ditinggalkan. Yang tinggal kini hanyalah pelaksanaan solat tarawih yang dibuat tanpa sebarang selawat antara setiap salamnya.

Solat tarawih yang dahulunya riuh rendah dengan suara2 nyaring orang membaca selawat kini hampir sunyi sepi, hanya ada orang2 yang mendirikan solat tarawih dengan mengikut sunnah pada zaman Nabi s.a.w. dahulu dan pada zaman Sahabat.

sepatutnya kita kena faham bahawa membaca selawat itu sememangnya dituntut oleh Tuhan sendiri kerana membaca selawat itu adalah arahan Tuhan di dalam Quran sendiri, ia bukannya sekadar disuruh oleh Nabi kita sahaja.

Tidak pernah pula disebutkan bahawa selawat itu tidak disuruh lagi sebaik sahaja Nabi s.a.w. wafat meninggalkan kita dari dunia ini.
Ertinya, sama ada Nabi s.a.w. itu masih ada lagi bersama-sama kita atau telah tiada lagi, selawat itu tetap disuruh kita membacanya, kerana telah dimaktubkan di dalam Quran.

Tuhan sendiri membaca selawat kepada Nabi, para malaikat juga membaca selawat kepada Nabi, maka apakah kita tidak mahu membaca selawat kepada Nabi? Jangan jadi golongan yang rugi hanya kerana mahu mempertahankan hujah kita yang rapuh.

Membaca selawat itu sunat, sangat digalakkan membacanya pada bila2 masa saja, termasuk antara 2 solat yang didirikan, maka tidak timbul ia bidaah jika dibaca selepas solat tarawih. Bacalah selawat itu pada bila2 masa pun, walau sebanyak mana pun, tidak akan ada bidaah lagi pada pembacaannya itu. Hujah dari mana yang digunakan yang mengatakan membaca selawat di antara solat tarawih itu adalah bidaah? Bukankah selawat tu sangat dituntut membacanya, lebih2 lagi pada bulan Ramadan yang pahala bacaan selawat kita akan digandakan dengan beribu-ribu kali ganda? Tidak salah ia dibaca, lebih2 lagi jika dibaca dengan penuh semangat dan penuh rasa cinta kepada Nabi s.a.w. Lagi banyak dibaca lagi bagus, sebab Nabi makin suka dan cinta kepada orang yang banyak membaca selawat kepadanya.

Pelik kerana orang yang berkata mereka faham tentang sunnah tetapi tidak faham tentang perintah dari Quran sendiri yang menyuruh kita membanyakkan selawat kepada Nabi .sa.w. sepanjang masa.

Thursday, August 4, 2011

Mitos kesihatan yang sering kita percaya



Aku ada baca banyak mitos kesihatan yang sering kita percaya dan mengamalkannya.Kita percaya semua mitos tersebut daripada percakapan orang yang dibawa dari mulut ke mulut walhal ada diantara mitos tersebut langsung tidak benar.Apabila kita hendak menurunkan berat badan, macam-macam yang kita buat kan, itulah, inilah. Alih-alih berat badan kita langsung tidak turun dan semua ini adalah kerana kita percaya sesuatu yang tidak betul.Informasi kesihatan yang salah sering berlegar dalam pengetahuan kita kerana iklan berterusan pengeluar makanan yang ingin menarik pembeli. Di bawah merupakan antara mitos-mitos kesihatan yang sempat aku baca dan kumpul.


1. Makan selepas pukul 8 malam menyebabkan kegemukan

Sebenarnya : Peningkatan ataupun pengurangan berat badan kita adalah sangat bergantung kepada perbezaan antara jumlah kalori yang diambil, jumlah tenaga yang digunakan serta kadar metabolisma badan. Kenyataan diatas mungkin boleh diterimapakai, namun tidak semua individu akan mengalami hal yang sama. Kita ambil contoh terdekat dengan melihat rakan-rakan, mahupun, ahli keluarga kita sendiri yang mungkin sering makan ketika larut malam. Sekalipun begitu, sesetengah mereka tetap tidak mengalami masalah berat badan.

Suatu kajian telah dilakukan oleh Pusat Nutrisi Dunn di Cambridge, dengan menggunakan beberapa sukarelawan. Dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama diberikan makanan tengah hari yang berat dan makanan malam yang lebih ringan. Kumpulan kedua pula, diberikan makanan tengah hari yang ringan dan makanan malam yang berat. Dengan menggunakan ‘whole body calorimeter’ yang berfungsi untuk mengukur jumlah kalori yang telah digunakan dan disimpan, kesemua sukarelawan menunjukkan tiada hubungkait antara makanan berat pada waktu malam dengan pembentukan lemak.Tidak kiralah, pukul berapa kita makan, apa yang menjadi penentu utama adalah jumlah kalori yang kita ambil dalam masa 24 jam perlulah selari dengan aktiviti fizikal yang kita lakukan.

2.Makan Lobak Merah Meningkatkan Daya Penglihatan

Benar lobak merah (carrot) mengandungi kandungan vitamin A yang tinggi (kekurangan vitamin A boleh membutakan). Namun, tidak kira berapa banyak vitamin A yang dimasukkan ke dalam badan, mata anda tidak akan menjadi mata robot, boleh melihat sejelas-jelasnya seperti kanta X-ray. Walaubagaimanapun, lumrah setiap sesuatu saling berkait. Apabila anda mengalami kesusutan vitamin A, makan lobak merah boleh membantu meningkatkan kembali tahap penglihatan.

3. Memakai Losyen Menghindari Anda Dari Kanser Kulit

Kebenaran di sini, pemakaian losyen perlindungan sinar UV boleh membuatkan anda sebagai pengguna rasa terselamat dari kanser akibat pendedahan terus cahaya matahari. Sebenarnya, losyen pelindung UV sekalipun tidak memberi perlindungan 100% kepada kanser akibat UV. UV masih boleh mencapai bahagian kulit anda. Mungkin dapat mengelakkan rasa kulit terbakar, namun perubahan genetik akibat terdedah pada cahaya matahari masih boleh berlaku. Jadi tidak kira dimana anda berada, jangan terlalu suka berjemur, kesan ekologi rumah hijau abad 21 akibat industri kita manusia patut dipersalahkan dalam hal ini.

4. Boleh Mendapat Kanser Makan Makanan Barbeku/ Bakar

Akibat kajian saintis pada asap hitam (ash), semua yang dibakar menggunakan arang dan mengeluarkan asap hitam dikatakan pemangkin kanser (carcinogen). Walaupun benar asap hitam mengandungi heterocyclic aromatic amines (HAAs), tiada bukti perkaitan terus yang menunjukkan makanan barbeku/dibakar boleh menyebabkan kanser. Ini kerana bahan carcinogen (walaupun ada) yang terdapat dalam makanan barbeku adalah terlalu sedikit (not biologically significant) tidak mencapai tahap yang boleh memulakan kanser dalam badan.

5. Minum ‘Coffee’ berperanan menurunkan berat badan

Mengamalkan minum kopi setiap pagi dianggap mengurangkan selera makan dan meningkatkan kadar metabolisma badan. Tetapi, sebenarnya kesan ‘tiada selera makan’ yang dicetuskan daripada minuman kopi ini hanya sementara dan tidak memberikan impak yang nyata dalam penurunan berat badan.Mengamalkan kopi ini sebenarnya bukan sahaja mengakibatkan gangguan tidur, bahkan turut boleh mengakibatkan kegemukan. Kenapa? Sekurang-kurangnya dua kajian telah membuktikan individu yang mengalami gangguan tidur (salah satu faktor : mengamalkan kopi) cenderung untuk meghasilkan lebih banyak hormon ghrelin, hormon yang meningkatkan selera makan. Selain daripada itu, hormon leptin, hormon untuk mengurangkan selera makan, kurang dihasilkan. Justeru, individu tersebut semakin berselera untuk makan lantas menjadi punca kepada kegemukkan. Ini merupakan kajian yang dibuat di Universiti California.


6. Diet Rendah Lemak Adalah Cara Sihat Mengurangkan Berat Badan

Pengambilan makanan rendah lemak (jika keterlaluan), boleh menyebabkan badan kekurangan tenaga untuk pertumbuhan badan yang sihat. Hakikatnya, obsesi pada makanan rendah lemak dikatakan menjadi punca kepada penentangan badan terhadap insulin. Cara terbaik dan sihat untuk mengurangkan berat badan adalah hanya melalui pemakanan seimbang dan senaman berterusan.

7. Pisang Menggemukkan

Sebenarnya pisang adalah rendah lemak, hanya setengah gram lemak dan 95 gram kalori di dalamnya. Malah, pisang adalah tinggi potassium dan pelbagai pakej kesihatan yang banyak. Juga, pisang adalah lebih berkhasiat berbanding epal.

8. Tidak Mengapa Langkau Makan Pagi/Sarapan

Sarapan adalah penting. Sebenarnya makan pagi juga boleh diibaratkan sebagai sesi berbuka puasa setelah semalaman tidak makan (tidur). Walaupun ramai orang dapat mengembalikan tenaga semula pada sesi makan tengahari, namun tiada sesi makan yang lebih efisien berbanding serapan khasiat dan tenaga yang mampu diperolehi akibat bersarapan.

9. Asalkan makan makanan sihat, makan banyak mana sekalipun tidak mengapa

Tidak! Anda silap. Makanan sihat sekalipun, tetap memiliki kalori. Kalori tetap kalori. Sungguhpun oatmeal makanan sihat, sekiranya diambil empat cawan oatmeal, kalorinya akan terjumlah yang boleh memudarat dan seterusnya menjejaskan perancangan diet anda.

10. Berlapar boleh membantu dalam mengurangkan berat badan

Apabila berpuasa, badan kita akan mula membakar lemak yang ada tersimpan untuk menghasilkan tenaga. Hasilnya berat badan kita akan turun seperti yang diharap-harapkan. Tetapi, menurut Claire MacEvilly, pakar nutrisi di MRC Pusat Kajian Nutrisi Manusia di Cambridge, “Berlapar atau berpuasa bukan sahaja membakar lemak, bahkan turut membuatkan pengecutan otot berlaku”

Sekiranya Pengecutan otot berlaku, ini membuatkan kadar metabolisma badan kita mula menurun. Kadar metabolisma ini merupakan kayu-ukur kepada kalori yang diperlukan oleh badan dalam sehari. Apabila kadar metabolisma menurun, badan kita memerlukan kalori yang lebih kecil berbanding sebelumnya. Sekiranya kita berhenti mengamalkan rutin berlapar, dan mula makan seperti biasa. Justeru, kalori yang diambil sudah pasti lebih tinggi daripada keperluan badan, lantas kita akan cenderung untuk mengalami peningkatan berat badan.


11. Orang Gemuk Kerana Memiliki Metabolisma Badan Yang Rendah

Mitos ini adalah tanggapan biasa di kalangan mereka yang mengalami kegemukan. Namun, anda tidak boleh menyalahkan faktor ini sahaja terhadap keadaan fizikal anda yang berlebihan berat badan. Malah, kajian terkini menyatakan orang gemuk memiliki tahap metabolisma badan yang lebih tinggi berbanding orang biasa, dalam erti kata lain, orang gemuk kebiasaannya cepat lapar.

12. Anda Hilang Banyak Haba Melalui Kepala

Tiada keistimewaan langsung antara haba badan dan bahagian kepala anda. Haba badan boleh keluar melalui mana-masa sahaja bahagian badan yang tidak tertutup.

13. Suhu Sejuk Menyebabkan Anda Sakit

Dalam kajian pindahan penyakit akibat suhu sejuk, mereka yang berehat di dalam rumah lebih mudah jatuh sakit berbanding mereka yang keluar masuk. Kebarangkalian suhu sejuk menyebabkan ramai berlindung di dalam rumah dan pada masa yang sama pengudaraan yang tidak baik dan keadaan lembap memberi kelebihan bagi bakteria terperangkap menjangkiti anda.

14. Perlu Buang Air Besar Sekurang-kurangnya Sekali Sehari

Pendapat ini hanya setengah betul. Kerap buang air besar memang benar boleh mengilangkan rasa tidak selesa dan sembelit namun orang yang sihat tidak semestinya perlu membuang air besar setiap hari. Malah sembelit hanya didefinasikan sebagai orang yang membuang air besar kurang dari tiga kali seminggu.

15. Makanan Yang Terjatuh Dan Diambil Kembali Cepat-Cepat Adalah Selamat

Makanan yang terjatuh pada lantai tile dan kayu mengambil bakteria dengan banyak. Makanan yang jatuh diatas karpet bersih bagaimanapun tidak mengambil banyak bakteria namun mengambil bulu karpet yang terlekat padanya.haha

sumber : mikail90.blogspot.com

Wednesday, August 3, 2011

Perlu ke alasan untuk buat dosa???



"Aku dah usaha tinggal dah, tapi tak mampu. Nak buat macam mana"

"Tak boleh bai, aku ni lemah dengan godaan. Nafsu kuat sangat. Tu yang tak boleh tinggal benda-benda ni"

"Allah dah takdirkan aku camni. Aku nak buat camna. Dah tertulis di lauh mahfuz aku ni buat maksiat-maksiat ni. Takdir aku memang begini"

Itulah dia antara alasan yang sering didengari. Mungkin kita tidak pernah mendengarnya daripada mulut orang lain.

Tetapi kita mendengarnya daripada hati kita sendiri.

Ya. Kita memberikan alasan, untuk membenarkan kita melakukan dosa, keingkaran kepada Allah SWT.

Kita tunjukkan pada ketidak mampuan kita, kita katakan ia adalah punca godaan yang datang, malah adakalanya kita meletakkan perkara ini atas takdir Allah dan menyatakan ini semua susunan-Nya.

Inilah alasan-alasan kita.

Alasan untuk berdosa. Benarkah ia satu alasan yang melepaskan kita dari azab seksa-Nya?

Kita Yang Memilih Untuk Lemah

Dalam mengharungi kehidupan, sememangnya manusia akan bertemu dengan cabaran dan dugaan. Halangan demi halangan akan wujud untuk menguji insan.

Ujian ini adalah untuk melihat dari kalangan manusia ini, yang manakah yang terbaik amalannya, yang manakah yang layak menerima rahmat Allah dan memasuki syurga-Nya.

"Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);" - Surah Al-Mulk ayat 2.

Maka sudah menjadi lumrah bahawa dalam kehidupan ada ujian.

Justeru apakah alasan tidak mampu?

Hakikatnya, semua manusia mampu melepasi ujian yang Allah sediakan. Allah SWT telah berjanji bahawa, setiap ujian yang ditimpakan ke atas diri manusia itu, berada dalam lingkungan kemampuannya.

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." - Surah Al-Baqarah ayat 286.

Jadi, bagaimanakah boleh tidak mampu?

Jawapannya adalah, kita yang memilih untuk lemah. Kita yang memilih untuk tidak mengharungi cabaran dengan bersungguh-sungguh. Kita memilih untuk tidak berusaha hingga ke akhirnya.

Kita memilih untuk tunduk dan menerima kegagalan, lantas redha dengan kemaksiatan yang kita lakukan.

Perhatikan betul-betul di dalam jiwa kita. Benarkah kita tidak mampu? Atau kita yang memilih untuk tunduk kepada kerosakan?

Takdir Allahlah Yang Silap?

Menuding kepada Allah dan menyalahkan-Nya atas dosa-dosa yang kita lakukan adalah satu jenayah yang besar. Itu tandanya keimanan di dalam jiwa sudah terkoyak dan rosak.

"Kenapa Allah benarkan aku buat dosa?" Kita akan bertanya-tanya.

Tetapi siapa yang memilih untuk melakukan dosa? Siapa yang bergerak untuk melakukan dosa? Siapakah?

Kita.

Ketahuilah di dalam kehidupan ini, Allah berikan manusia satu perkara yang besar bernama IKHTIAR, pilihan, untuk manusia memilih sendiri antara yang buruk atau yang baik. Maka terletak di tangan kita untuk bergerak ke arah mana.

Dan setiap arah yang kita ambil, kita perlu sedar, ada konsikuensinya.

"Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur)" - Surah Al-Baqarah ayat 256.

Di zaman Umar Al-Khattab RA, ada seorang lelaki mencuri. Bila ditanya mengapa dia mencuri, lelaki itu menjawab: "Aku mencari kerana, Allah telah mentakdirkan aku mencuri"

Saidina Umar menyuruh lelaki itu dipotong tangannya, dan disebat 40 kali.

Sahabat-sahabat terkejut dengan hukuman itu. "Wahai Umar, hukum untuk mencuri hanyalah potong tangan. Mengapa ditambah dengan 40 sebatan?"

"Potong tangan untuk mencuri, dan 40 sebatan adalah untuk tuduhannya ke atas Allah SWT"

Ini adalah dalil yang jelas bahawa, kesalahan kita adalah tanggungjawab kita sendiri.

Lelaki itu, boleh sahaja memilih untuk tidak mencuri. Allah memberikannya ikhtiar. Tetapi dia memilih untuk ingkar kepada Allah SWT dan melakukan kejahatan dengan sengaja.

Dan siapa yang mengetahui takdir Allah?

Tiada siapa mengetahui.

Justeru, bagaimana alasan bahawa: "Allah dah takdirkan aku macam gini, jadi orang jahat" itu boleh dipakai?

Pengajaran Pembunuh 100 Orang

Saya suka dengan kisah pembunuh 100 orang. Dia telah membunuh 99 orang. Kemudian dia hendak bertaubat.

Lihatlah. Dia telah membunuh 99 orang. Tidak pula dia menyalahkan Allah SWT atas tindakannya membunuh 99 orang itu.

Bahkan, dia bergerak pula hendak bertaubat kepada Allah SWT. Lihat usahanya itu. Lihat kehendaknya itu.

Sampai kepada seorang alim, alim itu berkata bahawa, orang sepertinya tiada harapan. Oleh kerana marah, dia membunuh pula orang itu, mencukupkan pembunuhannya kepada 100. Tetapi selepas itu, dia mencari lagi jalan untuk bertaubat.

Lihat. Walaupun seorang alim menyatakan kepadanya bahawa dia telah tiada harapan, dia tetap berusaha. Lihatlah kepada dia ini. Adakah dia berkata: "Memang Allah dah takdirkan aku begini"???

Akhirnya, dia bertemu dengan seorang lagi alim. Dan orang alim itu berkata bahawa lelaki itu perlu meninggalkan suasana yang tidak membina. Maka ditunjukkan satu perkampungan yang boleh memberikannya suasana untuk bertaubat.

Maka bergeraklah lelaki itu. Tetapi di tengah perjalanan, dia meninggal dunia. Meninggal dunai tanpa sempat bertaubat. Tetapi dalam keadaan sedang berusaha untuk bertaubat.

Dan dia dimasukkan ke dalam syurga. Kisah ini boleh didapati dalam Sohih Muslim dalam bab Taubat.

Lihatlah bagaimana Allah membalas usahanya. Dia tidak sempat pun bertaubat.

Tetapi dia tidak berputus asa untuk menebus dosanya. Dia tidak berputus asa mencari jalan keluar.

Dia berusaha dan berusaha tanpa menuding jari kepada itu dan ini. Dia tidak pula memberikan alasan bahawa takdir tidak menyebelahinya dan dirinya sudah ketagih, tidak berkemampuan dan sebagainya.

Tetapi dia berusaha. Dia menggagahkan dirinya. Dia berusaha merapat kepada Allah SWT. Dia tidak memilih untuk lemah. Dia tidak memilih untuk semakin jauh daripada Allah.

Lihatlah dia.

Penutup: Pandanglah Kepada Diri. Diri Itu Yang Perlu Diperbaiki

Pokoknya, ketidak mampuan kita bukan alasan. Allah juga tidak pernah bersalah dalam hal ini. Tetapi diri sendirilah yang perlu dipersalahkan.

Mengapa memilih jalan sedemikian? Mengapa tidak berusaha sehingga habis hayat?

Mengapa tidak bergerak mendekati Allah dengan sepenuh kekuatan? Soalan-soalan ini perlu dilontarkan kepada dalam diri kita.

Perhatikan diri kita.

Yang bersalah hakikatnya adalah kita.

Kita yang memilih jalan kefasadan.

Dan siapa kata kita tidak boleh keluar?

Allah kah kata? Adakah kita mengetahui?

Hakikatnya, kita yang memilih untuk terus kekal dalam kerosakan.

Justeru, siapa yang memilih untuk keluar?

Tuesday, August 2, 2011

13 Alasan Tipikal Wanita Yang Enggan Menutup Aurat



Salam A'laik. Pernah nasihat dan tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.


“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”

: Menegur memang ada caranya.. Maaf jika aku terlalu kasar dalam menegur.. Manusia.. Tak pernah lari daripada kesilapan.. So, terima kasih pada yang menegur. Aku tidak akan sama sekali melenting. Aku bersyukur bila ada yang menegur sebab itu tandanya orang sayangkan kita.. =)

Hanya sekadar renungan....

Kredit- solihinzubir.com

Monday, August 1, 2011

Nama panjang @$%&#^%



Ajoi mendapat kerja sebagai guru sandaran di sebuah sekolah di Selatan tanah air.

Selepas memperkenalkan diri, dia menyemak nama murid-murid darjah 3 Raya dan merasa agak pelik semasa membaca nama seorang murid, iaitu “W.TAUFIK WWW”.

Kemudian guru tersebut menanyakan perkara tersebut.

Cikgu Ajoi : “Cikgu nak tahu, siapa yang bernama W.TAUFIK WWW ?”.

Taufik : “Saya Cikgu…” (Taufik menjawab & berdiri).

Cikgu Ajoi : “Taufik, saya ingin tahu nama panjang kamu apa?”.

Taufik : “Maaf Cikgu Ajoi, panjang sangat..”.

Cikgu Ajoi : “Takpe-takpe Taufik,cakap jer..”.

Taufik : “Baik Cikgu , nama penuh saya ialah…Wabillahi TAUFIK-wal hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…”.

Cikgu Ajoi menarik nafas panjang dan terdiam.

Setelah dari darjah 3 Raya, Cikgu Ajoi kemudian masuk ke darjah 1 Mawar dan menyemak nama murid-murid.

Mata Cikgu Ajoi tertuju pada 1 nama yang unik iaitu “BKBKBDB DIAN”.

Kemudian Cikgu Ajoi menanyakan siapa muridnya yang mempunyai nama tersebut.

Berdirilah seorang murid dan menjawab “saya DIAN Cikgu…”.

Semasa Cikgu Ajoi melihat wajah murid itu seiras muka Taufik darjah 3 Raya.

Cikgu Ajoi : “Dian ada abang di sekolah ini?”.

Dian : “Ya Cikgu,nama dia TAUFIK.Abang saya darjah 3.”

Cikgu Ajoi : “Saya ingin tahu nama panjang Dian apa pulak?”.

Dian : “Baik Cikgu, nama panjang saya ialah…

Berakit-rakit Ke hulu Berenang-renang Ke tepian, Bersakit-sakit Dahulu Bersenang-senang kemu DIAN”

Cikgu Ajoi :@$%&#^%