Daftar Tetamu Kehormat

Monday, November 1, 2010

Jangan Kedekut Mendoakan Ibu Bapa..



Perkataan pertama yang disebut oleh bayi ialah MAK!!! begitulah kita juga masa bayi... masih ingat kah kita? sudah tentu tidak bukan...

Mak kita bersusah payah melahirkan kita ke dunia, menyusukan kita dan membesarkan kita. Ayah kita pula sentiasa memastikan kita  mendapat keperluan asas hidup tanpa ada kurang walaupun sedikit...

Mak ayah tak pernah inginkan apa-apa pun sebagai balasan. mereka tak pernah minta apa-apa daripada kita melainkan satu je hasrat mereka, untuk lihat kita hidup sentiasa bahagia. hakikatnya, tiada harta kat dunia ni yang mampu balas jasa mereka...

tapi, zaman kini, malang sungguh!! hu3... berapa kerat daripada kita semua yang konsisten doa kat mak ayah kita??? renung2 la ye...

jadi..amalkan lah setiap kali pas solat fardhu lima waktu doa memohon kesejahteraan mereka...



رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرًا

Maksudnya : "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."
                           
                           (Surah al-Isra' 17:24)


sumber : Solusi isu no.22, m/s 19



p.s : sudahkan kita berdoa kat mak ayah hari ni???


0 comments: