Loading...

Daftar Tetamu Kehormat

Monday, February 7, 2011

Char Kuey Teow satu....siap!!!



SOS CHAR KUEY TEOW
BAHAN BAHAN
:
5 senduk sos tiram
3 senduk gula
1 senduk perasa
4 senduk kicap pekat
2 senduk kicap cair
1 senduk minyak bijan

CARANYA:
Campur semua bahan-bahan, kacau sebati. Masak dengan api sederhana hingga pekat. Perap selama 2 hari.


 
BAHAN-BAHAN:
1 kilo keow teow
1 kati taugeh
½ kati kucai
1 kati udang – sederhana besar – rebus sekejap
1 kati kerang – celur – kupas
8 biji telur
10 ulas bawang putih-ditumbuk
1 sudu besar cili boh

CARANYA:
1. Panaskan kuali. Masukkan 2 senduk minyak. Tumis bawang putih, biar kekuningan. Masukkan cili boh (ikut pedas). Kacau rata.
2. Masukkan kerang, udang, segenggam keow teow dan 1 senduk sos tadi, taugeh dan kucai. Kacau rata.
3. Tolakkan keow teow ke tepi dan masukkan telur. Kacau rata.


p.s: erm..aku slalu lepak mkn kt Kg.Pelet..terbaik kt area kg. aku la he3 jemput2 la mai ya...

0 comments: