Daftar Tetamu Kehormat

Thursday, November 18, 2010

Berarak ke Hutan Lipur Sg. Kedondong =P

HUTAN LIPUR SUNGAI KEDONDONG
Assalamualaikum.... apa kabaq smua? Im home now...he3 rasa nya smua orang dah mula cuti semester kan... ada juga yg bakal exam minggu depan...tapi yg paling best..ada juga akan habih belajaq pada tahun ni he3 tahniah pada depa smua =)

dah hampir 2 minggu aku tak crita pasal diri aku... bukan apa, cbuk dengan exam he3 budak rajin katakan ... apa2 pun study 1st come tau...itu pesan mak ayah aku..he3

kali ini aku nak crita alkisah aku dan kawan2 pi berkelah kat Hutan Lipur Sg. Kedondong =) korang penah dengar tak? sapa tau, aku bagi sekupang he3 


ok...kami mula jalan2 ni pada kul 5 pagi he3 awalkan??? bese la..kuar awal..sampai awal...lagi pun pagi2 sejuk, jalan pun tak la jem sangat nanti =D kami bertolak dengan 3 bijik keta... MBA, TAY dan DBN.. aku ngan Mark Kyle nek 1 keta ngan Papa dan Mama...pic kat atas ni dalam keta la...romantikkan Papa dan Mama (^_^)



kami dah sampai dengan slamat he3..rasanya masa tu kul 7 lebih la...sejuk juga waktu...cuaca pun mendung... risau gak..takut tiba2 hujan hu3...kami semua berdoa minta semua nya berjalan lancar..amin.... masing2 kaur keta meregangkan diri yg dah cram he3...exercise bro...1..2..3..



he3 bila dah sampai ni...macam bese la...wajib posing maut punya...aksi2 pic tugu negara kat tengah hutan ni =D hero remaja orang asli 2010



dari parking kete nak ke port yg bes..memang susah...macam jungle trek..hu3..takut juga la... tapi alhamdulillah....pas 500m masuk dalam hutan ...dapat juga port yg ok dan tak bahaya...SAFETY FIRST!!! geng2 laki tinjau2 kawasan...hero katakan nyeh3



xtvt paling bes skali ialah barbie-Q he3 !st skali..kenela wat tapak masak...bakar arang...fuh..memang susah nak bakar arang hari tu...susah nak hidup...tapi mungkin cuaca lembap sama...cepat bro..lapaq dah ni hu3



ye ye ye..ayam dah masak he3 kecoq ayer liur aku tau tak...mana tak nya...bau aroma ayam tu...tambah plak bunyi prut aku dari tadi...lapaq gilerrr bro....apa2 pun aku tibai ayam 3 ketul he3 errppp....alhamdulillah..

gendang gendut tali kecapi,
boroi perut makan lagi...ha3



he3 aksi2 hero remaja kat dalam sungai..noty2 sexy2...cuba teka...dari kiri hingga ke kanan..sapa mereka??? (^_~) jangan lupa undi depa smua he3


ni la family aku =D wajah2 yang ceria...luv u all..bro sis..


apa2 pun ni info tentang Sg. Kedondong ni....

Bagi sebahagian warga kota, terutamanya yang berkeluarga, menjadi satu kemestian untuk mencari lokasi sesuai buat berkumpul sambil melakukan aktiviti riadah.
 
Bagi pencinta alam, tentunya air terjun, jeram atau sungai yang jernih serta sejuk airnya menjadi tumpuan.
Salah satu lokasi pilihan terbaik bagi yang gemarkan suasana sebegini ialah Hutan Lipur Sungai Kedondong yang terletak di Batang Kali, Hulu Selangor.

Destinasi popular ini sudah lama menjadi tumpuan penduduk tempatan dan kawasan sekitarnya, termasuk dari Pahang, untuk bersantai bersama keluarga bukan sahaja pada hujung minggu, tetapi juga cuti umum dan cuti musim perayaan.

Tidak sukar untuk ke pusat perkelahan ini biarpun lokasinya terletak kira-kira 60 kilometer dari Kuala Lumpur. Terletak di laluan utama Jalan Genting Highlands ke Batang Kali menyebabkan destinasi ini cukup mudah untuk dikunjungi sepanjang masa.

Untuk sampai ke sana, ada banyak pilihan laluan yang hanya mengambil masa kira-kira satu jam 15 minit iaitu sama ada memilih untuk menggunakan jalan lama Batu Caves- Hulu Yam, Rawang-Batang Kali atau melalui Lebuh Raya Karak-Genting Highlands.

Istimewanya sepanjang perjalanan ke sana, suasana keindahan serta kehijauan kawasan hutan dan bukit bukau seolah-olah sudah membayangkan lokasi yang bakal dituju.

Ini kerana sepanjang laluan, pengunjung disajikan dengan panorama alam semula jadi yang cukup indah termasuk tasik di sebelah kiri jalan dan sungai yang jernih di bahagian kanan jalan raya.

Sebaik sampai ke lokasi, pengunjung tidak perlu bersusah payah memikirkan di mana hendak meletakkan kenderaan mereka kerana kawasan tempat letak kereta yang disediakan cukup luas dan selesa.

Sambil mencari lokasi sesuai, aliran sungai yang jernih seolah-olah menggamit pengunjung untuk datang hampir ke gigi sungai. Apatah lagi kedengaran kicauan unggas rimba bersama hilai tawa anak kecil bersorak riang sambil mandi di anak sungai yang belum tercemar ini.

Apa yang menariknya, selain boleh menikmati air sungai yang sejuk dan jernih, pengunjung boleh mendirikan khemah di kawasan lapang yang disediakan. Sama ada memilih untuk membawa makanan yang telah dimasak dari rumah atau memasak sendiri di kawasan itu, terpulang kepada pengunjung.

Bagi yang datang berkeluarga, pondok yang disediakan lebih memudahkan mereka untuk berkumpul sambil berbaring menikmati kicauan unggas rimba.

Kawasan yang dikawal selia sepenuhnya oleh Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) ini mula dimajukan kira-kira 10 tahun lalu, di mana pembangunannya mengambil kira konsep percutian keluarga.

Aktiviti lain yang boleh dijalankan di sini termasuklah perkhemahan dan meredah hutan secara berkumpulan, selain mendaki bukit sambil mengenali ratusan spesies flora dan fauna yang asli.

Selain tempat letak kereta dan tandas awam disediakan, terdapat juga gerai makan yang menyajikan juadah istimewa ala masakan kampung. Tidak terkecuali gerai cenderamata yang menjual pelbagai jenis kraftangan buatan masyarakat Orang Asli.

Dalam keasyikan, jangan lupa melihat jam tangan kerana panorama menghijau di sini adakalanya membuatkan pengunjung hampir terleka hari sudah menginjak senja



p.s: apa lagi??? jom la ramai2 pakat pi sana he3 jangan lupa ajak aku tau ..yahoo.... nantikan sambungan seterusnya...Berarak Ke Awan he3


0 comments: