Daftar Tetamu Kehormat

Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Thursday, August 4, 2011

Mitos kesihatan yang sering kita percaya



Aku ada baca banyak mitos kesihatan yang sering kita percaya dan mengamalkannya.Kita percaya semua mitos tersebut daripada percakapan orang yang dibawa dari mulut ke mulut walhal ada diantara mitos tersebut langsung tidak benar.Apabila kita hendak menurunkan berat badan, macam-macam yang kita buat kan, itulah, inilah. Alih-alih berat badan kita langsung tidak turun dan semua ini adalah kerana kita percaya sesuatu yang tidak betul.Informasi kesihatan yang salah sering berlegar dalam pengetahuan kita kerana iklan berterusan pengeluar makanan yang ingin menarik pembeli. Di bawah merupakan antara mitos-mitos kesihatan yang sempat aku baca dan kumpul.


1. Makan selepas pukul 8 malam menyebabkan kegemukan

Sebenarnya : Peningkatan ataupun pengurangan berat badan kita adalah sangat bergantung kepada perbezaan antara jumlah kalori yang diambil, jumlah tenaga yang digunakan serta kadar metabolisma badan. Kenyataan diatas mungkin boleh diterimapakai, namun tidak semua individu akan mengalami hal yang sama. Kita ambil contoh terdekat dengan melihat rakan-rakan, mahupun, ahli keluarga kita sendiri yang mungkin sering makan ketika larut malam. Sekalipun begitu, sesetengah mereka tetap tidak mengalami masalah berat badan.

Suatu kajian telah dilakukan oleh Pusat Nutrisi Dunn di Cambridge, dengan menggunakan beberapa sukarelawan. Dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama diberikan makanan tengah hari yang berat dan makanan malam yang lebih ringan. Kumpulan kedua pula, diberikan makanan tengah hari yang ringan dan makanan malam yang berat. Dengan menggunakan ‘whole body calorimeter’ yang berfungsi untuk mengukur jumlah kalori yang telah digunakan dan disimpan, kesemua sukarelawan menunjukkan tiada hubungkait antara makanan berat pada waktu malam dengan pembentukan lemak.Tidak kiralah, pukul berapa kita makan, apa yang menjadi penentu utama adalah jumlah kalori yang kita ambil dalam masa 24 jam perlulah selari dengan aktiviti fizikal yang kita lakukan.

2.Makan Lobak Merah Meningkatkan Daya Penglihatan

Benar lobak merah (carrot) mengandungi kandungan vitamin A yang tinggi (kekurangan vitamin A boleh membutakan). Namun, tidak kira berapa banyak vitamin A yang dimasukkan ke dalam badan, mata anda tidak akan menjadi mata robot, boleh melihat sejelas-jelasnya seperti kanta X-ray. Walaubagaimanapun, lumrah setiap sesuatu saling berkait. Apabila anda mengalami kesusutan vitamin A, makan lobak merah boleh membantu meningkatkan kembali tahap penglihatan.

3. Memakai Losyen Menghindari Anda Dari Kanser Kulit

Kebenaran di sini, pemakaian losyen perlindungan sinar UV boleh membuatkan anda sebagai pengguna rasa terselamat dari kanser akibat pendedahan terus cahaya matahari. Sebenarnya, losyen pelindung UV sekalipun tidak memberi perlindungan 100% kepada kanser akibat UV. UV masih boleh mencapai bahagian kulit anda. Mungkin dapat mengelakkan rasa kulit terbakar, namun perubahan genetik akibat terdedah pada cahaya matahari masih boleh berlaku. Jadi tidak kira dimana anda berada, jangan terlalu suka berjemur, kesan ekologi rumah hijau abad 21 akibat industri kita manusia patut dipersalahkan dalam hal ini.

4. Boleh Mendapat Kanser Makan Makanan Barbeku/ Bakar

Akibat kajian saintis pada asap hitam (ash), semua yang dibakar menggunakan arang dan mengeluarkan asap hitam dikatakan pemangkin kanser (carcinogen). Walaupun benar asap hitam mengandungi heterocyclic aromatic amines (HAAs), tiada bukti perkaitan terus yang menunjukkan makanan barbeku/dibakar boleh menyebabkan kanser. Ini kerana bahan carcinogen (walaupun ada) yang terdapat dalam makanan barbeku adalah terlalu sedikit (not biologically significant) tidak mencapai tahap yang boleh memulakan kanser dalam badan.

5. Minum ‘Coffee’ berperanan menurunkan berat badan

Mengamalkan minum kopi setiap pagi dianggap mengurangkan selera makan dan meningkatkan kadar metabolisma badan. Tetapi, sebenarnya kesan ‘tiada selera makan’ yang dicetuskan daripada minuman kopi ini hanya sementara dan tidak memberikan impak yang nyata dalam penurunan berat badan.Mengamalkan kopi ini sebenarnya bukan sahaja mengakibatkan gangguan tidur, bahkan turut boleh mengakibatkan kegemukan. Kenapa? Sekurang-kurangnya dua kajian telah membuktikan individu yang mengalami gangguan tidur (salah satu faktor : mengamalkan kopi) cenderung untuk meghasilkan lebih banyak hormon ghrelin, hormon yang meningkatkan selera makan. Selain daripada itu, hormon leptin, hormon untuk mengurangkan selera makan, kurang dihasilkan. Justeru, individu tersebut semakin berselera untuk makan lantas menjadi punca kepada kegemukkan. Ini merupakan kajian yang dibuat di Universiti California.


6. Diet Rendah Lemak Adalah Cara Sihat Mengurangkan Berat Badan

Pengambilan makanan rendah lemak (jika keterlaluan), boleh menyebabkan badan kekurangan tenaga untuk pertumbuhan badan yang sihat. Hakikatnya, obsesi pada makanan rendah lemak dikatakan menjadi punca kepada penentangan badan terhadap insulin. Cara terbaik dan sihat untuk mengurangkan berat badan adalah hanya melalui pemakanan seimbang dan senaman berterusan.

7. Pisang Menggemukkan

Sebenarnya pisang adalah rendah lemak, hanya setengah gram lemak dan 95 gram kalori di dalamnya. Malah, pisang adalah tinggi potassium dan pelbagai pakej kesihatan yang banyak. Juga, pisang adalah lebih berkhasiat berbanding epal.

8. Tidak Mengapa Langkau Makan Pagi/Sarapan

Sarapan adalah penting. Sebenarnya makan pagi juga boleh diibaratkan sebagai sesi berbuka puasa setelah semalaman tidak makan (tidur). Walaupun ramai orang dapat mengembalikan tenaga semula pada sesi makan tengahari, namun tiada sesi makan yang lebih efisien berbanding serapan khasiat dan tenaga yang mampu diperolehi akibat bersarapan.

9. Asalkan makan makanan sihat, makan banyak mana sekalipun tidak mengapa

Tidak! Anda silap. Makanan sihat sekalipun, tetap memiliki kalori. Kalori tetap kalori. Sungguhpun oatmeal makanan sihat, sekiranya diambil empat cawan oatmeal, kalorinya akan terjumlah yang boleh memudarat dan seterusnya menjejaskan perancangan diet anda.

10. Berlapar boleh membantu dalam mengurangkan berat badan

Apabila berpuasa, badan kita akan mula membakar lemak yang ada tersimpan untuk menghasilkan tenaga. Hasilnya berat badan kita akan turun seperti yang diharap-harapkan. Tetapi, menurut Claire MacEvilly, pakar nutrisi di MRC Pusat Kajian Nutrisi Manusia di Cambridge, “Berlapar atau berpuasa bukan sahaja membakar lemak, bahkan turut membuatkan pengecutan otot berlaku”

Sekiranya Pengecutan otot berlaku, ini membuatkan kadar metabolisma badan kita mula menurun. Kadar metabolisma ini merupakan kayu-ukur kepada kalori yang diperlukan oleh badan dalam sehari. Apabila kadar metabolisma menurun, badan kita memerlukan kalori yang lebih kecil berbanding sebelumnya. Sekiranya kita berhenti mengamalkan rutin berlapar, dan mula makan seperti biasa. Justeru, kalori yang diambil sudah pasti lebih tinggi daripada keperluan badan, lantas kita akan cenderung untuk mengalami peningkatan berat badan.


11. Orang Gemuk Kerana Memiliki Metabolisma Badan Yang Rendah

Mitos ini adalah tanggapan biasa di kalangan mereka yang mengalami kegemukan. Namun, anda tidak boleh menyalahkan faktor ini sahaja terhadap keadaan fizikal anda yang berlebihan berat badan. Malah, kajian terkini menyatakan orang gemuk memiliki tahap metabolisma badan yang lebih tinggi berbanding orang biasa, dalam erti kata lain, orang gemuk kebiasaannya cepat lapar.

12. Anda Hilang Banyak Haba Melalui Kepala

Tiada keistimewaan langsung antara haba badan dan bahagian kepala anda. Haba badan boleh keluar melalui mana-masa sahaja bahagian badan yang tidak tertutup.

13. Suhu Sejuk Menyebabkan Anda Sakit

Dalam kajian pindahan penyakit akibat suhu sejuk, mereka yang berehat di dalam rumah lebih mudah jatuh sakit berbanding mereka yang keluar masuk. Kebarangkalian suhu sejuk menyebabkan ramai berlindung di dalam rumah dan pada masa yang sama pengudaraan yang tidak baik dan keadaan lembap memberi kelebihan bagi bakteria terperangkap menjangkiti anda.

14. Perlu Buang Air Besar Sekurang-kurangnya Sekali Sehari

Pendapat ini hanya setengah betul. Kerap buang air besar memang benar boleh mengilangkan rasa tidak selesa dan sembelit namun orang yang sihat tidak semestinya perlu membuang air besar setiap hari. Malah sembelit hanya didefinasikan sebagai orang yang membuang air besar kurang dari tiga kali seminggu.

15. Makanan Yang Terjatuh Dan Diambil Kembali Cepat-Cepat Adalah Selamat

Makanan yang terjatuh pada lantai tile dan kayu mengambil bakteria dengan banyak. Makanan yang jatuh diatas karpet bersih bagaimanapun tidak mengambil banyak bakteria namun mengambil bulu karpet yang terlekat padanya.haha

sumber : mikail90.blogspot.com

Saturday, June 4, 2011

Kenapa Malaysia PANAS sangat kebelakangan ni ek ??

 
Kebelakangan ini di Malaysia panas sangat, mesti anda perasankan.. sampaikan malam nak tido pon rasa panas dan ada yang mengeluh berpeluh-peluh. Tapi korang nak tau kenape??

Kepanasan melampau kebelakangan nieh

Kalau korang nak tau sekarang nieh Malaysia sedang mengalami musim monsun barat daya yang secara relatifnya adalah lebih kering dan panas berbanding bulan-bulan yang lain lapor Jabatan Meteorologi Malaysia.

Pada masa yang sama, kehadiran ribut tropika Aere di timur laut Filipina serta sistem tekanan rendah di Laut Andaman yang menyebabkan kelembapan udara tertumpu di kawasan tersebut dan menyebabkan keadaan cuaca menjadi lebih panas dan kering di kebanyakan tempat di seluruh negara.

Bagi bulan Mei 2011, bacaan suhu tertinggi setakat ini ialah 36.2ºC yang direkodkan pada 06 Mei 2011 oleh Stesen Meteorologi Subang.

Bacaan ini adalah lebih rendah berbanding yang dicatatkan pada 18 Mei 1998 iaitu 38.9ºC (Stesen Meteorologi Chuping) dan 38.0ºC oleh Stesen Meteorologi Melaka (02 Mei 1998) dan Kuala Krai (18 Mei 1998).

Musim monsun Barat Daya telah mula berlaku di Malaysia dan keadaan ini dijangka berterusan sehingga September 2011. Semasa monsun Barat Daya, keadaan atmosfera adalah stabil yang menyebabkan pembentukan awan hujan berkurangan.

Kesannya kebanyakan tempat di Malaysia akan mengalami lebih banyak hari yang tiada hujan berbanding hari hujan pada amnya.

Semasa musim ini, negeri-negeri di utara Semenanjung, semua bahagian di Sabah serta Bahagian Mukah, Sibu, Kapit, Miri dan Limbang di Sarawak dijangka mengalami pengurangan hujan antara bulan Mei hingga Jun 2011.

Sementara itu, dalam bulan Julai hingga September 2011, semua negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak dijangka mengalami hujan pada paras normal.Orang ramai dinasihatkan agar minum air yang banyak untuk mengelakkan dehidrasi.





Pada masa yang sama, orang awam dinasihatkan agar berjimat dalam menggunakan air dan tidak menjalankan aktiviti pembakaran terbuka.

Tuesday, May 3, 2011

Penyesalan Seorang Suami.....



"Aduh.... sakitnyer... isk..... aduuh.... Bang sakit nye tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri. "Apelah awak nie.... lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar- keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu
banyak dosa la tu" rungut Zakri pd Nisa. Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 ½ jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu. Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari... Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi. Doktor Johari menyuruh Nisa meneran ..."Come on Nisa u can do it... one more...." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar..."Good mummy" kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu. Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa. "Tahniah Zakri, it's a twin".

Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak . Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania. Nisa berasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi. Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati . Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan dinursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa. Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa.

Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa mengandung. Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung... Nisa dah 2 bulan... Nisa cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa. Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi sebaliknya pulak terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa. "Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?"soal Nisa pada Zakri ."Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak" Zakri menempelak Nisa "Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah Zakri lagi. "Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan-bukan, Nisakan isteri Abang yang sah tak kan Nisa nak buat jahat ngan orang lain pulak Bang"? terang Nisa pada Zakri. "ALLAH dah bagi kita rezeki awal, tak baik cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Nisa semakin laju. Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah. "Woi, benda-benda tu bole terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau apatah lagi macam kau nie, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis ngan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu"marah Zakri. "Entah-entah keturunan kau , darah daging kau pun tak senonoh .... heee teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau ni"kutuk Zakri lagi pada Nisa. "Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama. Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri" kata Nisa pada Zakri. "Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak penah tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya kedunia"ucap Nisa sambil menangis. Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ketempat kerjanya apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif. Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30 malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi.

Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga. Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa ditempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa. Kalau diminta jemput... macam-macam kata kesat dilemparkan pada Nisa, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah. Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar diri lah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa. Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi pula... bila Nisa balik kerumah kami berdua akan berlakun yang kami tidak bergaduh... Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda perkahwinan kami. Kasihan Nisa... dalam keadaan yang begitu Nisa masih mampu bertahan masih kuat lagi emosinya. Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke dinding... Nisa hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi kesana untuk menolong Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya, "Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut. Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja keras kan"kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang berehat menonton. "Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap, takut plak hujan nanti"desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Nisa "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ker, suka hati aku lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi lansung ker"marah Zakri. "Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang saja"Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa kedinding. Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian... terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya."YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH"doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding dan menangis. Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi dan membengkak... berdenyut2..."Bang Nisa minta maaf jika Nisa membuat Abang marah"Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak. Treet, Treet, Treet, Treet.... bunyi handphone Zakri. "Sapa plak nie sebok je...." Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah sebuah café. "Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa punya laki ko nie? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri. "Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha, ha, ha"gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri. "Senangnya hidup Zakri nie tak ader risau langsung pasal bini dia"cetus hati Azlan. "Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau... mereka perlukan kita masa tu... nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau, cuba fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri. "Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak risau lagi"jawab Zakri selamba. "Suka hati kau lah, tapi kalau ader apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti"kata Azlan lagi. Treet, Treet, Treet.... bunyi handphone Zakri. "Hello Zakri speaking" jawab Zakri. "Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri........."panggilan kecemasan dari Doktor Johari "Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I datang"... tuttttttt. Zakri menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari. "Lan. Kau ikut aku, Nisa tak sedar diri ..."ajak Zakri pada Lan. "Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada Zakri. "Alah jom ler cepat" desak Zakri. "Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum nie pernah tak Nisa jatuh atau... terhantuk kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama ? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding sekuatnya... dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk ... tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa.... baginya Nisa mengada-ngada .. saja buat sakit untuk minta simpati... tetapi sebaliknya..... Zakri hanya diam...."YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya terasa menggigil...

"Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan tenang. Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm really sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya" kata Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru. Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa pada setiap hari, Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan, kesakitan & segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di diarinya. Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap
Nisa..."YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini"terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering... membuat Zakri tertarik untuk membacanya...

Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang...
"SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA"

Assalamualaikum. Abang, Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang... Bunga inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa. Abang tak pernah tahu kan... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa.. Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti kita baru kahwin... Abang panggil Nisa AYANG... terasa diri dimanja bila Abang panggil Nisa cam tu... walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu seketika sahaja. Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Benci kah Abang pada Nisa? Abang... mukasurat nie khas utk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang....... Danial dan Dania. Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA. Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah mereka... Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang seorang. Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in Cuma menumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malang kerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging Nisa... tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama disamping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa. Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging abang... Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita bersama. Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita bang... Dania mengikut raut muka Abang... sejuk kata orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah Nisa... Ibunya... sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah peninggalan Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita. Wassalam. Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua.
Doakan Nisa.

Ikhlas dari
Nur Nisa

"Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA ALLAH, Nisa maafkan Abg Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri mengambilnya. Belakang gambar itu tertulis "HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT NISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA. Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya... setiap perbuatannya... seperti wayang jelas terpampang... kenapalah sampai begini jadinya... kejamnya aku... Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa. Sewakt jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri tidak terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa. Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam pangkuan neneknya. Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri. "Nisa Abang minta ampun dan maaf" bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-minpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah- olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa. Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri. Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada neneknya. Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih ketika itu. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya Jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa yang merah tanahnya... meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan ... YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH. Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa.... ampunkan aku YA ALLAH.... akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri, Nisa datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus. Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa. Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis. "YA ALLAH , Zakri, Zakri bangun Zakri... dan hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat sini Zakri?"tegur abang long , abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik kembarnya diam dari menangis. "Danial, Dania anak ayah, ayah akan menjagamu nak... kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah... emak, abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Nisa...

Saturday, April 9, 2011

Makanan dan Hikmah



Roti (khubz)
Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik. Dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jangan potong roti dengan pisau, hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu".



 


Epal (tuffah)
Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.


  
Asparagus (hiyawn)
Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak

 
 Pisang (mawz)
Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.

 
 
Barli (sya'ir)
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.

 

Limau Kulit Tebal
Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj) Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, "Limau ini adalah seperti mukmin:bagus dirasa dan bagus dihidu". Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.

 

Timun (qitta')
Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.

 

Tamar kering (tamr)
Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan". Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.

 

 Madu lebah(a'sal)
Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya." Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).

 
Kekacang (a'das)
Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.

 
 Jintan putih (kammun)
Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.

Thursday, February 24, 2011

Bagaimana Menghilangkan Marah



Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.

Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki. Kenapa kita mesti marah ? Telah berkata Mujahid di dalam sebuah bait syair "Takdir Allah telah putus dan putusan Allah telah terjadi. Istirehatkan hati dari kata-kata "Barangkali" dan "Kalau".

Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita. Allah mahu melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah dengan mengucapkan " Inna lillahi wainna lillahi raji'un.". Pernah ditanya Ahnaf bin Qais, bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang lemah lembut itu. Ahnaf menjawab : " Aku belajar dengan Qais bin Asim iaitu pada satu hari sedang berehat-rehat, masuk hambanya membawa panggang besi yang berisi daging panggang yang masih panas. Belum sempat daging itu diletakkan dihadapan Qias, tanpa sengaja besi pemanggang yang panas itu jatuh terkena anak kecil Qais. Menjerit-jeritlah si anak, kesakitan dan kepanasan sehingga meninggal dunia. Qais yang melihat peristiwa itu dengan tenang berkata kepada hambanya yang sedang pucat dan menunggu hukuman " Aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi muali hari ini aku akan membebaskan kamu." Begitulah sopan santunn! ya dan pemaafnya Qais bin Asim" Kata Ahnaf mengakhiri ceritanya.

Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala kejadian itu adalah dari Allah. Jikalau dia bertindak memarahi hambanya, maka hakikatnya dia memarahi Allah. Dia redha dengan ujian yang ditimpakan kepadanya. Tidak ada di dalam kamus hidupnya perkataan kalau atau barangkali. Hatinya tidak terasa dia " tuan" kerana apa yang ada padanya dirasakan amanah dari Allah. Yang bila sampai ketikanya Allah akan ambil kembali. Kita mesti ubati hati kita. Kita kita mesti membuangkan rasa rasa "ketuanan" kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsi. Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :

a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.

b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manus! ia yang hina.

c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.

e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan yang marah.

f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.

g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu keranawudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur

i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.

Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang. Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insha Allah kemarahan akan mulai reda. Dengan cara demikian, seperti ulasan saudara fansuri, keegoan akan berkurangan. Tetapi apa yang berlaku, apabila naik marah, yang bersandar akan mula menetapkan duduknya dan seterusnya berdiri, maka kemarahan sudah tidak dapat dikawal.

Marah ertinya gerakan nafsu diri, seketika meluap darah jantung dari suruhan syahwat utk mempertahankan diri dan utk melepaskan dendam. Cuma kemarahan itu tidak boleh timbul kalau tidak pada tempat dan waktunya. Bila kemarahan telah timbul tidak ditahan dgn fikiran dan akal sebelum! dia menjalar, tidak ubahnya dia dengan api yg membakar, darah naik laksana wap, memenuhi otak, sehingga gelap menyelubungi hati sehingga tidak sanggup berfikir. Menyelimuti seluruh urat saraf, penglihatan nampak kecil bila memandang orang, ketika itu pertimbangan hilang, akal tertutup, fikir tersentak, angan-angan habis. Orang yg marah adalah laksana gua batu yg terbakar api terkurung di dalamnya dan angin masuk juga mengipasnya sehinggalah terkumpullah di dalam gua asap dan wap yang menambahkan panas.. Kedengaran api memakan kelilingnya habis menjadi bara Meskipun diusahakan menyiram.. maka air penyiram itu akhirnya akan menjadi minyak tanah menambah kerasnya api. berbanyak-kanlah.. beristighfar itulah senjata orang2 mukmin

Friday, February 18, 2011

Perkara Yg Perlu & Jangan Dilakukan Sebelum Tidur



Apabila kita tidur, jadikan ia sbg 1 ibadat.
  1. Jangan dilewatkan tidur selepas solat Isyak melainkan ada hal penting seperti muzakarah ilmu, melayani tetamu dan sebagainya. Diriwayatkan daripada Abu Barzah, sesungguhnya Nabi s.a.w membenci untuk tidur sebelum Isyak.
  2. Ambik wudhuk sebelum tidur. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: Jika kamu mendatangi tempat tidur kamu, maka berwuduklah sebagaimana wuduk untuk solat.
  3. Baca Doa tidur:Bismikalloh humma ahya wa amutt
  4. Kalau termimpi yang buruk2, bacalah
  5. bismillahilazzi la yadurru maas mihi syaiuun fi ardhi wala fi ssama i huwassami ul alim
  6. Baca dua ayat terakhir dalam surah al-Baqarah(sbg pendinding masa tidur).
  7. Baca 3 kul dan ayat kursi..
  8. Biarkan rusuk kiri ke atas untuk kesihatan.Lapik tangan kanan di bawah kepala semasa tidur. Mulakan tidur atau baring atas rusuk kanan sebagaimana sabda Nabi s.a.w kepada al-Barra. Mulakanlah tidur kamu di atas rusuk kanan. tidur mengiring ke kanan menghadap kiblat.
  9. Bangun tidur, kita dipaku oleh syaitan melalui 3 penjuru di atas kepala.Kalu tidak dibuka, syaitan leh control gna remote control drpd salah 1 penjuru tersebut.
    • Untuk membukanya, baca doa selepas tidur:Alhamdu lillah hillazi ahyaa naa ba' da maa amaa tana wailaihinnu syurr.
    • ambik wudhuk
    • solat subuh.


  • Jangan tidur di tempat yang tidak beratap.


  • Jangan tidur dengan cara meniarap atau menekan perut kerana sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: Sesungguhnya cara tidur meniarap adalah tidur ahli neraka.



  • Waktu yang tidak sepatutnya kita tidur.Malah boleh mendatangkan kemudaratan dan makruh hukumnya.:-
    • selepas Subuh hingga terbit fajar
    • waktu selepas Asar sebelum terbenam matahari
    • dari waktu Maghrib ke Isyak.


    Dari segi posisi tidur:-
    • cara berbaring dengan posisi terlentang adalah kurang sihat. Ini kerana cara demikian akan menekan atau menyesakkan tulang punggung, bahkan ia kadangkala menyebabkan kita ingin ke tandas.
    • Tidur secara menelengkup pula tidak praktis untuk pernafasan.
    • Tidur pada posisi mengiring ke kiri juga akan mengganggu kesihatan kita, kerana menghimpit jantung sehingga peredaran darah tergangga dan mengurangi alirah darah ke otak, jika ini terjadi kita akan mengalami mimpi sedih atau buruk.


    Ringkasnya, pengajaran Islam dalam persoalan tidur memberi penekanan bahawa tidur itu sebahagian daripada nikmat yang diberikan Allah. Demikianlah, ajaran-ajaran Islam yang begitu sempurna merangkumi segala persoalan harian hidup.

    Dr:Ustaz Zawawi,tv9.

    Cara sebaiknya jika nak Tidor...

    1. Jangan tidur bersama jam tangan. Jam tangan boleh mengeluarkan radioaktif. Walaupun jumlahnya tidak banyak, sedikit sebanyak ia boleh mengganggu kesihatan anda.

    2. Jangan tidur dengan telefon bimbit. Meletakkan telefon bimbit bersebelahan anda ketika tidur adalah tidak digalakkan. Walaupun ada diantara kita menggunakannya sebagai alat penggera. Para saintis telah membuktikan bahawa alatan elektrik dan elektronik termasuk telefon bimbit akan mengeluarkan sejenis gelombang yang tidak elok untuk kesihatan.

    3. Jangan tidur dengan mekap yang masih melekat. Jika anda biasa tidur tanpa mencuci solekan muka atau dimana-mana tempat di bahagian kulit, ia boleh mengakibatkan masalah kulit untuk jangka masa panjang. Solekan yang tidak dicuci boleh menghalang kulit daripada bernafas dan mendapat pengaliran udara yang sepatutnya. Anda juga akan mengambil masa yang lama untuk mendapatkan tidur yang lena.

    4. Jangan tidur dengan coli. Bagi perempuan pula, anda tidak digalakkan tidur dengan memakai bra kerana ia dikhuatiri menyebabkan barah payudara melalui kajian yang dijalankan oleh saintis Amerika. Memakai bra melebihi 12 jam adalah berisiko.

    5. Jangan tidur dengan seluar dalam. Bagi lelaki pula, tidak elok memakai seluar dalam ketika tidur. Seeloknya pakai la 'boxer' yang longgar dan selesa. Sayangilah Mr Z anda.

    6. Jangan tidur tanpa seurat benang. Hal ini juga penting kerana jika pada ketika anda tidur berlaku sebarang kemalangan/kecemasan bukankah ia memudaratkan anda?




    p/s: aku copy jer ni.. sbnrnya banyak lgi adab2 tidur yg boleh kita kongsi dan praktikkan bersame.. ye...

    Sunday, February 13, 2011

    7 kebaikan air mata yang menangis



    1. Membantu penglihatan

    Air mata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang membuat penglihatan menjadi kabur.



    2. Membunuh bakteria

    Tak perlu ubat titis mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai anti bakteri semulajadi.

    Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteri-bakteri yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandung bakteri, hanya dalam 5 minit.



    3. Meningkatkan mood

    Seseorang yang menangis menurunkan level depresi dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali.

    Air mata yang dihasilkan dari tipe menangis emosi mengandung 24 % protein albumin yang berguna dalam meregulasi sistem metabolisme tubuh dibanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.



    4. Mengeluarkan racun

    Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa studi tentang air mata dan menemui bahawa air mata yang keluar dari menangis emosional adalah mengandungi racun.

    keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia mengeluarkan racun dari dalam tubuh melalui mata.



    5. Mengurangi stress

    Bagaimana menangis mengurangi stres?

    Air mata mengeluarkan hormon stres yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin.

    Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.



    6. Mengenal erti sosial

    Selain baik untuk kesihatan fizik, menangis juga membantu seseorang membangun sebuah komuniti dlm masyarakat.

    Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya dgn teman-temannya atau seseorang , dan hal ini meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi.



    7. Melegakan perasaan

    Semua orang ingin merasa demikian.

    Walaupunpun Anda didera berbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega.

    Setelah menangis, sistem limbik, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega.

    Keluarkanlah masalah di pikiranmu dan menangis, jangan dipendam lama2 perasaan itu.


    Jadi, Anda tidak perlu merasa malu menangis sesekali.

    Sunday, February 6, 2011

    Bubur Lambuk Kg Bharu




    Bahan-Bahan:
    2 cawan beras [basuh dan toskan]
    1/2 biji kelapa, diambil santan pekat
    1/2 kg daging [potong kecil]
    2 batang serai [ketuk]
    2 s/b minyak sapi
    3 s/b minyak
    garam
    air

    Bahan Tumbuk
    6 ulas bawang merah
    4 ulas bawang putih
    1 inci halia

    Rempah Tumis
    1 ici kulit kayu manis
    3 kuntum bunga cengkih
    1 kuntum bunga lawang
    2 biji buah pelaga

    Bahan Rempah [ goreng kering dan mesin halus]
    1 s/t jintah putih
    1 s/k ketumbar
    1 s/k lada sulah
    1 s/k lada hitam

    Bahan Hiasan [mayang]
    3 tangkai daun sup
    2 tangkai daun bawang
    Garam
    Bawang goreng

    Cara:
    1. Panaskan minyak dan minyak sapi dan masukkan bahan tumbuk sehingga wangi dan garing.
    2. Masukkan rempah tumis, bahan rempah dan daging. Biarkan sehingga naik minyak.
    3. Masukkan beras, serai dan air. Biarkan sehingga beras hancur dan daging lembut.
    4. Bila dah beras nampak pecah, masukkan santan dan rasakan garam.
    5. Bila sudah masak, hidangkan dengan bahan hiasan



    p.s: dulu aku penah mask bubur lambuk jawa punya...la ni nk try plak yg ni he3

    Thursday, December 9, 2010

    5 sebab kenapa anda perlu merokok...????



    kenapa ramai orang benci pada perokok? Pelik betul la. Kan 5/10 daripada lelaki dewasa kat Malaysia ni adalah perokok. Takkan nak benci diorang semua. Tak baik tau. Nanti dapat jodoh perokok jugak baru padan muka..

    Sebenarnya perokok ni ada alasan tersendiri untuk merokok. Ingat diorang saje suka-suka je ke?

    Untuk menguatkaan lagi statement aku. Ni ha, aku bagi 5 sebab kenapa korang perlu merokok:


    1. Kenyang tanpa perlu mengunyah.

    Best kan dengan sedut asap je dah boleh kenyang. Tak payah susah2 nak mengunyah, buang masa..


    2. Nampak macam orang kaya.

    Harga rokok semakin lama semakin mahal. Orang kaya je yang mampu beli rokok. Kalo tak merokok kena cop sebagai miskin. Biar la papa, asalkan bergaya..


    3. Dah banyak sangat pahala.

    Dah puas hidup. Pahala pun dah banyak sangat. Hidup lama-lama pun nak buat apa kan? Kalau mati sekarang pun lagi bagus..


    4. Kaler paru-paru special berbanding orang lain.

    Paru-paru berwarna hitam berkerak. Bila-bila masa je boleh reput. Korang ada ke?


    5. Tak diganggu nyamuk.

    Nyamuk, lalat semua pun lari, tak nak dekat. Lebih best kalau awek sendiri pon lari sebab dah tak tahan bau asap rokok..


    Hah, "keistimewaan" jadi perokok pon aku dah bagi. So, lepas ni takde sebab dah korang kata TAK NAK pada rokok lagi kan..

    Wakakaka.. Larikkkk..!!!!

    kredit tu..jejaka terhangat.blogspot

    Wednesday, November 3, 2010

    Emm..Wanginya...


    he3 aku caya bahawa majoriti semua orang pakai minyak wangi kan =P so, post kali ni citer tentang WANGI!!!!!


    Pewangi atau wangi-wangian besar manfaatnya bagi otak, hati dan seluruh anggota batin kita. keharumannya dapat hepikan hati dan senang kan jiwa kita. Wangian juga merupakan makanan, sedang kan roh itu adalah pemberi kekuatan jasad, dan kekuatan bertambaha dengan wangi-wangian.

    Tenaga dalam tubuh kita boleh meningkat dan bertambah kerana minyak wangi ni bagi tenaga..ala..macam kita makan dan minum. hal ini mudah akal kita terima sebab bau wangi ni dapat bersihkan otak dan jantung serta setiap organ tubuh bahagian dalam.

    Wangian ini juga dapat jadikan kita hebat. Rasulullah s.a.w mempunyai tubuh yang wangi dan segar secara semula jadi. wangian ini melebihi wangian yang wujud di dunia. walaupun begitu, Rasulullah s.a.w tetap juga memakai minyak wangi yang dipanggil sukkah, wangian yang cukup dikenali (tempat minyak wangi). wangian adalah salah satu daripada dua perkara yang paling disukai oleh Rasulullah s.a.w daripada perkara dunia.


    Wangian yang Disukai Nabi

    MAKRUH jika kita menolak pemberian wangian sebagaimana yang dijelaskan dalam Sahih al-Bukhari, bahawasanya Rasulullah s.a.w tak pernah menolak wangian.

    Dalam Musnad al-Bazzar, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
    "Sesungguhnya Allah itu Maha Baik dan menyukai yang baik-baik. Maha Pembersih dan menyukai kebersihan. Maha Pemurah dan menyukai kedermawan. Maka bersihkanlah halaman rumah kamu. Janganlah menyerupai orang Yahudi, mereka mengumpulkan sampah2 di rumah mereka."

    Sebuah hadis riwayat Ahmad daripada Abu Said al-Khudri, Rasulullah s.a.w pernah memuji haruman kesturi atau misk. Rasulullah s.a.w bersabda : "Sebaik-baik haruman (buat kamu) ialah misk (kesturi).


    Faedah Memakai Wangian

    1 Menyegarkan diri dan merangsang minda.

    2 Memberi ketenangan dan ketenteraman jiwa.

    3 Wangian sangat didukai Allah, para malaikat, para rasul dan orang soleh.

    4 Menghindari daripada Syaitan sebab syaitan amat tak suka bau wangi melainkan bau busuk.

    5 Wangian melambangkan kebaikan dan bau busuk lambang kepada kekejian.

    6 Wangian adalah satu sifat syurga.


    Hukum Fiqah Wangian 

    Syarak melarang pompuan memaki wangian dan mengenakan perhiasan untuk semasa kuar rumah (termasuk pergi ke masjid), kerana dibimbangi boleh membangkitkan rangsangan laki dengan baunya, sekaligus boleh timbul pelbagai fitnah.

    Sebagaimana hadis riwayat Abu Daud dan Ahmad, sabda Nabi s.a.w yang bermaksud : "Sesiapa dalam kalangan perempuan (pergi) ke masjid dan hendaklah mereka keluar dengan tidak memakai wangian."

    Sebuah hadis riwayat Ibn Majah daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : "Sesiapa dalam kalangan perempuan yang memakai minyak wangi kemudian keluar ke masjid, nescaya tidak diterima solatnya sehingga ia mandi terlebih dahulu (iaitu membersihkan daripada wangi-wangian tersebut."

    Begitu juga hadis riwayat Ahmad, Al-Nasai', Abu Daud dan lain2 daripada Abu Musa r.a., Nabi s.a.w bersabda : "Mana-mana perempuan yang memakai wangian, kemudian ia keluar, lalu ia melewati satu kaum (orang banyak) supaya mereka mendapati (mencium), maka dia itu perempuan zina."

    Walau bagaimanapun, apabila bersama suami, dianjurkan kepada isteri untuk berhias dan memakai haruman dan wangi-wangian sebab ia dapat mengeratkan keintiman hubungan suami isteri, menyerlah keanggunan dan keayuan isteri serta menambah kesukaan suami. hal ini dapat membahagiakan suami dan tenteramkan jiwanya. so, jika isteri memandang remeh perkara berhias dan berwangi2 ni, dibimbangi boleh retak rumahtangga.



    Pakailah Wangian

    Kita digalakkan pakai wangi2 khususnya bila hendak dirikan solat Jumaat atau bila nak p hadiri majlis.

    Bagi laki, wangian hendaklah yang tak berwarna sama ada kat luar atau dalam rumah. bagi pompuan pula wangian hendaklah tersembunyi dan nyata warnanya.

    Rasulullah s.a.w bersabda  yang bermaksud : "dari dunia kamu yang aku sukai ialah wanita dan minyak wangi, tetapi yang menjadi tambatan hatiku ialah solat."

    Menurut Imam Syafi'i r.h.m., empat perkara yang menguatkan badan ialah makan daging, memakai haruman, kerap mandi dan berpakaian daripada kain kapas.

    Wallahua'lam....


    p.s : so, jangan lupa pakai minyak wangi tau!! kalau tak pakai, nanti bau macam2 he3 =P

    Monday, November 1, 2010

    Resveratrol Untuk Hidup Lebih Lama???


    RESVERATROL, sejenis ramuan yang dijumpai dalam tumbuhan perubatan yang dikenali sebagai Polygonum cuspidatum (pokok Knotweed Jepun) boleh melanjutkan usia ragi sehingga 60 peratus, cacing 15 peratus, lalat buah 29 peratus dan tikus 31 peratus.

    Kajian baru-baru ini juga menunjukkan Resveratrol mempunyai manfaat kesihatan berganda yang dapat membantu mengurangkan risiko beberapa jenis penyakit degeneratif (sakit kerana penuaan). Mengambil Resveratrol mungkin akan membantu anda hidup lebih lama dan lebih sihat. Sebagai maklumat tambahan, Resveratrol juga terdapat dalam wain merah.

    Pada awal tahun 2006, para penyelidik Itali mendapati Resveratrol boleh melanjutkan jangka hayat ikan turquoise killfish sebanyak 50 peratus. Ikan Killfish hanya mampu hidup selama tiga bulan sahaja dalam peliharaan. Hasil kajian ini menunjukkan dengan menambahkan Resveratrol ke dalam diet harian ikan ini akan memanjangkan jangka hayatnya. Kajian terhadap ikan ini adalah amat menarik dan berguna kerana ikan, sebagai sejenis vertebrat, menduduki tangga yang jauh lebih atas berbanding ragi, cacing dan lalat buah dari segi perkembangan evolusi. Kajian ini juga menunjukkan Resveratrol memperlahankan perkembangan otot-otot ikan dan masalah memori ketika usianya meningkat.

    RESVERATROL: AGEN ANTI KANSER

    Penyakit kanser barangkali merupakan satu bidang yang paling dinamik dari segi penyelidikan ke atas Resveratrol. Resveratrol merupakan ubatan semula jadi pertama kerana bukti menunjukkan ia dapat menyekat ataupun menghentikan sama sekali beberapa peringkat penyakit kanser. Resveratrol telah dibuktikan dapat menentang penyakit kanser in vitro di semua ketiga-tiga peringkatnya iaitu permulaan, penggalakan dan kemaraan. Resveratrol bukan sahaja mencegah kanser, ia juga kini disyorkan sebagai rawatan tambahan. Institut Kesihatan Nasional (NIH, USA) kini sedang menganjurkan satu ujian klinikal untuk menyiasat keupayaan Resveratrol untuk menentang kanser usus besar.

    Resveratrol baik untuk jantung dan saluran darah

    Resveratrol didapati boleh membawa beberapa kesan potensi untuk melindungi jantung, termasuk:

    * Peningkatan paras lipoprotein berkepadatan tinggi (HDL) ataupun kolesterol baik yang melindungi daripada penyakit jantung.

    * Mencegah lipoprotein berkepadatan rendah (LDL) atau kolesterol jahat daripada dioksidasikan oleh radikal bebas, kerana LDL yang dioksidasikan itulah yang membentuk plak-plak yang akan menyebabkan aterosklerosis ataupun pengerasan dan penebalan arteri-arteri.

    * Menyekat penggumpalan platelet kerana Resveratrol mencegah sel-sel darah daripada melekat kepada satu sama lain dengan itu membentuk gumpalan. Gumpalan ini akan menyumbatkan saluran kecil pada jantung, dengan itu menyebabkan serangan jantung, ataupun jika tersumbat dalam saluran-saluran otak akan menyebabkan serangan angin ahmar.

    * Menggalakkan vasodilatasi dengan meningkatkan pengeluaran Nitrik Oksida yang membolehkan saluran darah itu mengendur, dengan itu menghasilkan peningkatan aliran darah.

    PENCEGAHAN PENYAKIT ALZHEIMER

    Kajian juga menunjukkan Resveratrol mungkin dapat membantu mencegah atau meringankan penyakit Alzheimer. Salah satu ciri penyakit Alzheimer ialah pengumpulan plak di dalam otak. Plak ini terjadi disebabkan oleh apa yang dikenali sebagai “amyloid-beta peptides.”

    Satu kajian makmal menunjukkan dengan memasukkan Resveratrol ke dalam sel-sel akan mengurangkan perembesannya dan juga menurunkan jumlah amyloid-beta peptides di peringkat sel. Resveratrol tidak menyekat pengeluaran amyloid-beta, tetapi sebaliknya menggalakkan kehancurannya dalam sel-sel. Meskipun masih di peringkat awal, namun penemuan ini menyarankan bahawa mungkin wujud peranan potensi bagi Resveratrol untuk menentang pengumpulan plak amyloid-beta dalam otak para penghidap penyakit Alzheimer.

    RESVERATROL: MANFAAT-MANFAAT LAIN

    Kajian menunjukkan Resveratrol mempunyai banyak ciri-ciri kesihatan bermanfaat yang lain seperti:

    * Antioksidan yang mujarab – menentang radikal bebas yang merosakkan

    * Agen anti radang

    * Mengurangkan gejala-gejala menopaus – perubahan perasaan, simbahan panas dan lain-lain

    * Mengurangkan risiko menghidapi penyakit kencing manis.

    FORMULA RESVERATROL

    Jika anda ingin mencari suplemen Resveratrol, carilah suplemen Resveratrol yang mengandungi ramuan tambahan Quercetin untuk memanjangkan masa tindakan perlindungan Resveratrol dalam badan kita dan untuk meningkatkan lagi penyerapan Resveratrol.

    Satu lagi kelebihan daripada tambahan Quercetin dalam formula ini ialah Quercetin juga mempunyai beberapa ciri manfaat kesihatan yang sama seperti Resveratrol, iaitu anti radang dan antioksidan.

    JANGAN TERLALU BERGANTUNG RESVERATROL

    Mengikut para penyelidik yang membuat penyelidikan ke atas Resveratrol, seseorang itu seharusnya tidak terlampau mengharapkan kepada suplemen ini untuk meningkatkan jangka hayat mereka sehingga enam kali ganda seperti yang dialami oleh cacing, ataupun 31 peratus sebagai dalam kes tikus. Walaubagaimanapun, adalah tidak keterlaluan bagi seseorang yang mula mengambil suplemen Resveratrol pada usia 50 tahun untuk mengharapkan penambahan umur sekurang-kurangnya sebanyak 10 tahun lagi kepada jangka hayatnya dan pada masa yang sama, dapat menikmati kehidupan yang lebih sihat.

    KEBAIKAN DARIPADA SUPLEMEN

    Resveratrol ini ialah ia tidak mendatangkan apa-apa kesan sampingan buruk. Walaupun anda mungkin tidak dapat menambah 5, 10, atau 15 tahun kepada usia anda, meskipun kemungkinannya kecil, anda masih boleh mendapat manfaat daripada ciri-ciri Resveratrol yang telah terbukti keberkesanannya untuk mencegah begitu banyak masalah kesihatan.

    Anda tidak perlu menunggu sehingga umur anda mencecah 50 tahun untuk menjadikan Resveratrol sebagai sebahagian daripada program suplemen harian anda. Anda sepatutnya memulakan pengambilan Resveratrol seawal usia 30 tahun untuk mengambil kesempatan daripada manfaat-manfaat kesihatan yang begitu banyak diperolehi daripada Resveratrol.


    sumber :
    ARKIB : 17/10/2010
    http://www.utusan.com.my

    Saturday, October 30, 2010

    Melatonin Rawat Imsonia..



    MASALAH SUKAR TIDUR sering diajukan kepada saya. Berapa jam waktu tidur yang mencukupi. Mengikut kajian waktu tidur sekitar lima hingga enam jam adalah ideal. Orang yang mengamalkan waktu tidur sebegini akan hidup lebih lama dan mempunyai kesihatan tubuh sangat baik berbanding mereka yang tidur banyak terutamanya pada siang hari.

    Adalah tidak benar manusia memerlukan tidur 10 jam sehari. Jika waktu tidur terlalu panjang sudah tentu kita terpaksa menghabiskan sebahagian besar daripada hayat untuk tidur sahaja. Mereka yang tidur terlalu banyak mungkin mempunyai masalah mendapatkan tidur yang berkualiti. Meskipun mereka tidur dalam tempoh masa yang panjang namun badan tidak memperoleh rehat secukupnya disebabkan oleh kualiti tidur yang kurang baik.

    Tidur yang berkualiti mesti dipandang berat kerana ia membolehkan tubuh badan kita terpelihara. Semasa tidur tubuh mengumpul tenaga. Sel-sel tubuh juga mula mengalami proses pemulihan. Pelbagai zat dan bahan protein akan dirembes oleh tubuh kita pada waktu malam. Di antaranya hormon yang memelihara tubuh. Begitu juga dengan enzim yang bertindak membaiki sel-sel. Bila tidur terganggu, hormon dan enzim yang keluar turut terganggu membuatkan tubuh tidak dapat dipulihkan atau direhatkan secukupnya.

    Proses kitaran ini dinamakan circadian rhythm yang bertindak umpama jam biologi dan bekerja secara berperingkat mengikut waktu yang ditetapkan. Setiap bahan kimia tubuh kita dirembes oleh kelenjar dalam badan mengikut circadian rhytm.

    Pernahkah anda mendengar perkataan melatonin? Melatonin adalah bahan kimia semulajadi yang terhasil di dalam otak kita. Apabila waktu malam paras melatonin mula meningkat. Ini membuatkan kita mengantuk dan mampu tidur nyenyak. Pada waktu siang pula paras melatonin merosot menyebabkan kita hilang rasa mengantuk. Kitaran melatonin penting bagi membolehkan tubuh kita kekal dapat mengimbangi antara aktiviti tidur dan jaga.

    Melatonin merupakan bahan yang membolehkan kita lena. Kadar melatonin yang rendah menyebabkan seseorang mengambil masa panjang untuk tidur. Keadaan itu menyebabkan seseorang resah dan gelisah. Kadar melatonin yang tinggi dalam darah menimbulkan rasa tenang dan mudah lena.

    Apabila kita ke luar negara yang berbeza waktu, (misalnya ke Eropah), paras melatonin akan cepat berubah sehingga akhirnya kita boleh mengubah dengan cepat tabiat tidur kita mengikut waktu.

    Tidur boleh dibahagikan kepada dua fasa iaitu REM sleep (Rapid eye movement) dan NREM (Non rapid eye movement).

    Semasa fasa REM anak mata bergerak dengan laju ke atas ke bawah. Ini adalah tidur yang nyenyak dan biasanya aktiviti otak sangat aktif sehingga membawa mimpi mimpi yang indah. Fasa NREM pula adalah tidur yang mendatar dan seseorang akan mudah terjaga. Cuba lihat seorang anak kecil atau bayi yang tidur. Dalam fasa REM dia mungkin bangun menangis namun tidur semula dengan nyenyak apabila didodoikan seolah-olah tiada mimpi buruk yang mengganggu. Apabila tidurnya memasuki fasa NREM, dia akan menangis jika didodoi sekali pun. Dalam keadaan itu adalah lebih baik bayi tersebut dibangunkan sahaja kerana dia sudah puas tidur.

    Tekanan perasaan yang kuat dan juga stres mampu mengganggu paras melatonin dalam darah dan mengganggu tidur membuatkan seseorang menjadi insomnia. Pengambilan ubat seperti valium tidak boleh diamalkan kerana boleh menyebabkan ketagihan. Disebabkan faktor itu doktor lebih berminat memberikan kaunseling agar pesakit dapat mengurangkan pengambilan ubat-ubatan.

    Masalah tidur kerap melanda masyarakat moden dewasa ini. Gangguan paras melatonin yang serious menyebabkan keletihan dan tubuh menjadi lesu kerana proses baik pulih tubuh terganggu. Melatonin boleh ditambah melalui suplemen harian.

    Pengidap insomnia mengalami masalah ketidakseimbangan melatonin yang ketara. Golongan ini juga mengalami masalah metabolik seperti kencing manis dan gout. Terdapat juga pengidap insomnia menderita masalah mental seperti schizophrenia dan manic disorder. Keadan ini berlaku disebabkan ketidakseimbangan transmitter dalam otak dan juga hormon. Selain hormon seperti melatonin otak kita juga boleh bertindak dengan kehadiran dopamine yang memberi signal kepada otak kita. Ketiadaannya membuat kita menjadi letih dan lesu. Penyakit seperti parkinson bersangkut paut dengan transmitter sebegini.

    Cara yang baik menangani masalah insomnia adalah dengan meningkatkan kandungan melatonin dalam badan. Terdapat makanan seperti soya dan buah-buahan jenis beri kaya dengan melatonin. Melatonin boleh dibeli dalam bentuk pil atau krim untuk mendapatkan tidur yang berkualiti dan tubuh badan yang sihat. Paras melatonin dapat ditingkatkan dengan aktiviti senaman, bersukan dan mendengar muzik yang indah. Bagi sesetengah orang paras melatonin meningkat dengan membaca atau berkhayal yang indah-indah. Sebab itu timbulnya teknik-teknik khayalan seperti mengira, membayangkan sesuatu yang indah untuk memulakan proses tidur. Para pengamal hypnosis iaitu satu teknik penguasaan minda turut menyarankan teknik khayalan yang mampu meningkatkan paras melatonin dalam darah kita dan merangsang tidur yang berkualiti.

    Satu cara yang baik untuk merangsang tidur adalah menukar cadar baru selain memastikan bilik tidur cantik kemas dan bersih. Pastikan tiada hama pada tilam yang menggigit pada waktu malam membuatkan kulit terasa gatal gatal. Elak minum kopi atau sebarang minuman yang mengandungi banyak kafein serta pastikan perut tidak terlalu lapar atau terlalu kenyang.

    Seseorang yang tidurnya berkualiti akan mendapat kesihatan yang lebih baik. Jiwanya akan terasa bahagia dan kecergasan fizikal dan mindanya akan bertambah. Seorang pensyarah yang mencuba krim melatonin memberitahu: ‘‘Sejak menggunakan krim melatonin dan mempraktikkan tidur berkualiti, saya dapati tahap kecergasan meningkat. Semasa berdiskusi dengan teman sejawat yang jauh lebih muda mereka memuji ketepatan dan kepantasan saya menyelesaikan masalah dan membuat analisis. Tahap matematik saya juga meningkat.’’

    Semakin usia meningkat paras melatonin dalam darah akan merosot kerana kelenjar pineal yang menghasilkan melatonin mengecut. Jika kita membiarkan perkara ini berlaku maka kualiti tidur akan terjejas dan hormon lain dalam badan juga merosot.

    Adalah dicadangkan rawatan menggunakan krim dan juga kapsul melatonin bagi membaiki masalah ini. Krim dan kapsul melatonin membantu pemulihan kelenjar pineal. Ia membuatkan anda tidur nyenyak dan nyaman seperti bayi. Hasilnya anda menjadi lebih muda, otak cergas dan riang semula.


    sumber : 
    ARKIB : 24/10/2010
    http://www.utusan.com.my

    Thursday, October 28, 2010

    Hapuskan Parut Jerawat...



    SALLY merenung ke bayangnya di cermin. Jerawat sudah sembuh hasil rawatan yang dijalani dengan bersungguh-sungguh. Selain berubat di klinik, dia juga rajin ke salon untuk mencuci mukanya. Tak cukup dengan itu dia turut mengamalkan rejim mencuci muka dan pemakanan sihat.

    Setahun yang lalu masalah jerawat bagaikan tragedi ngeri yang menimpa Sally. Syukurlah dengan teknologi perubatan moden maka mimpi ngeri tersebut sudah berakhir dan kini hanya tinggal kesan parut kehitaman.

    Baru-baru ini Sally datang bertemu saya. Dia bertanya sama ada parut parut tersebut dapat dipulihkan atau tidak.

    “Bagaimanakah cara terbaik bagi memulihkah parut. Jika ada apakah peratusan ia boleh pulih semula?” tanya beliau bertalu-talu.

    Semangat Sally tetap kental sebagaimana saya mengenalinya setahun lalu.

    Saya yakin Sally akan berjaya merealisasikan impiannya.


    APAKAH SEBENARNYA PARUT JERAWAT?

    Apabila jerawat sembuh, ia akan meninggalkan kesan kemerahan atau kesan parut hitam. Ini sebenarnya bukan parut jerawat tetapi kesan daripada radang jerawat . Jika tiada jerawat baru yang tumbuh, kulit akan sembuh dengan sendiri . Proses penyembuhan ini boleh mengambil masa 6 hingga 12 bulan. Kesan akibat jerawat lebih daripada setahun dikenali parut jerawat. Biasanya parut ini kekal dan membuatkan kulit muka kelihatan gelap dan kurang menarik. Untuk mengelakkannya rawatan awal boleh dilakukan. 



    RAWATAN AWAL 
    Radang kulit disebabkan oleh jerawat adalah satu proses penyembuhan yang normal. Ada beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk membantu merawat peringkat awal parut jerawat.

    Pendedahan kepada matahari melambatkan proses penyembuhan radang jerawat dan boleh merosakkan kulit. Oleh itu pengunaan sunblock yang sesuai amat penting

    Doktor boleh memberi krim tretinoin untuk mempercepatkan proses remodeling kulit.

    Penggunaan peeling agent seperti AHA (Alpha Hydroxy Acid) yang bersesuaian juga boleh mempercepat kan proses remodeling kulit .

    Jangan memicit jerawat atau parut jerawat . Ini akan mengganggu proses penyembuhan jerawat. Ia juga boleh menyebabkan bakteria yang terdapat di dalam jerawat tersebar lebih ke dalam kulit. Ini boleh menyebabkan parut jerawat yang lebih dalam berlaku

    Penggunaan krim antioksidan seperti Vitamin C juga membantu memulihkan kesan jerawat.


    RAWATAN PARUT JERAWAT

    Dengan kemajuan teknologi laser dermatologi/ aesthetic , kini rawatan yang paling berkesan untuk rawatan parut jerawat adalah dengan menggunakan laser. Dua jenis laser yang paling berkesan adalah laser CO2 (karbon dioksida ) atau Erbium Yag. Kedua-dua laser ini adalah dalam kategori ablative. Ia bermaksud akan meratakan kawasan kulit yang dirawat dengan laser. Ia juga akan merangsang kulit untuk membentuk kolagen. Ini menyebabkan kulit akan kelihatan lebih tegang, kesan parut jerawat kurang dalam serta pori pori muka kelihatan lebih halus. Proses rawatan ini perlu dilakukan beberapa sesi di antara enam ke lapan minggu.

    Masalah jerawat adalah masalah utama untuk remaja . Masalah ini menjadi lebih rumit apabila remaja mula mencuba pelbagai jenis produk. Saya boleh memberi beberapa tip dan panduan untuk remaja yang mempunyai masalah jerawat.

    1. Amalkan banyak pemakanan yang mengandungi antioksidan yang tinggi seperti buah-buahan citrus, nenas, kiwi dan anggur. Kebanyakan sayur sayuran juga mempunyai antioxidan yang tinggi .

    2. Stres juga boleh menjadikan jerawat tumbuh dengan banyak. Oleh itu lakukan aktiviti yang boleh mengurangkan stres dan menyihatkan seperti bersukan.

    3. Apa-apa produk yang diletakkan di muka mestilah bebas minyak, berasaskan air dan non-comedogenic (tidak menyumbat pori-pori muka). Gunakan pencuci muka yang sesuai dan jangan mencuci muka dengan sabun mandi.

    4. Jika peralatan kosmetik anda menyebabkan tumbuh whitehead atau blackhead, tukar kepada jenama lain. Yang terbaik adalah kosmetik berasaskan mineral. Kosmetik di muka mesti dicuci sebelum tidur .

    Perubahan hormon juga boleh menyebabkan jerawat yang teruk. Jika langkah langkah di atas tidak dapat membantu, rawatan seperti antibiotik, chemical peeling, photofacial dan rawatan hormon boleh membantu. Sila berjumpa dengan pakar kulit.

    Parut di muka selalunya disebabkan oleh kesan jerawat. Namun begitu ia juga boleh disebabkan kesan kecederaan seperti terbakar atau luka. Setakat ini belum ada produk yang boleh merawat kesan parut dengan berkesan. Jika parut itu tidak dalam, rawatan seperti chemical peeling dan microdermabrasion boleh membantu mengurangkan masalah parut. Tetapi jika parut itu dalam dan banyak, rawatan yang sesuai adalah laser CO2 atau Erbium YAG. Rawatan yang diperlukan adalah sebanyak tiga ke lima sesi. Rawatan ini adalah yang terbaik untuk masalah parut.



    JERAWAT DI BADAN

    Untuk merawat Jerawat di badan , saya nasihatkan untuk mengambil antibiotik yang sesuai seperti Minocycline HCL. Ini bertujuan membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat itu bengkak dan sakit. Semasa rawatan antibiotik , nada perlu menggunakan krim Benzoyl peroxide (seperti jenama Oxy) agar rawatan lebih berkesan. Jika jerawat tersebut mempunyai blackhead, rawatan seperti krim tretinoin perlu digunakan. Namun begitu anda dinasihatkan bertemu doktor untuk mengenal pasti rawatan yang sesuai.

    Untuk rawatan terkini, terdapat dua jenis laser yang sangat berkesan untuk merawat jerawat iaitu Isolaz yang mendapat kelulusan untuk merawat jerawat tahap 1 hingga tahap 6 dan laser long pulse Nd:Yag. Kelebihan rawatan ini adalah ia ringkas, tidak sakit dan sangat berkesan.


    sumber :  
    ARKIB : 17/10/2010
    http://www.utusan.com.my