Daftar Tetamu Kehormat

Showing posts with label Jalan-jalan Cari Makan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-jalan Cari Makan. Show all posts

Thursday, November 18, 2010

Berarak ke Hutan Lipur Sg. Kedondong =P

HUTAN LIPUR SUNGAI KEDONDONG
Assalamualaikum.... apa kabaq smua? Im home now...he3 rasa nya smua orang dah mula cuti semester kan... ada juga yg bakal exam minggu depan...tapi yg paling best..ada juga akan habih belajaq pada tahun ni he3 tahniah pada depa smua =)

dah hampir 2 minggu aku tak crita pasal diri aku... bukan apa, cbuk dengan exam he3 budak rajin katakan ... apa2 pun study 1st come tau...itu pesan mak ayah aku..he3

kali ini aku nak crita alkisah aku dan kawan2 pi berkelah kat Hutan Lipur Sg. Kedondong =) korang penah dengar tak? sapa tau, aku bagi sekupang he3 


ok...kami mula jalan2 ni pada kul 5 pagi he3 awalkan??? bese la..kuar awal..sampai awal...lagi pun pagi2 sejuk, jalan pun tak la jem sangat nanti =D kami bertolak dengan 3 bijik keta... MBA, TAY dan DBN.. aku ngan Mark Kyle nek 1 keta ngan Papa dan Mama...pic kat atas ni dalam keta la...romantikkan Papa dan Mama (^_^)



kami dah sampai dengan slamat he3..rasanya masa tu kul 7 lebih la...sejuk juga waktu...cuaca pun mendung... risau gak..takut tiba2 hujan hu3...kami semua berdoa minta semua nya berjalan lancar..amin.... masing2 kaur keta meregangkan diri yg dah cram he3...exercise bro...1..2..3..



he3 bila dah sampai ni...macam bese la...wajib posing maut punya...aksi2 pic tugu negara kat tengah hutan ni =D hero remaja orang asli 2010



dari parking kete nak ke port yg bes..memang susah...macam jungle trek..hu3..takut juga la... tapi alhamdulillah....pas 500m masuk dalam hutan ...dapat juga port yg ok dan tak bahaya...SAFETY FIRST!!! geng2 laki tinjau2 kawasan...hero katakan nyeh3



xtvt paling bes skali ialah barbie-Q he3 !st skali..kenela wat tapak masak...bakar arang...fuh..memang susah nak bakar arang hari tu...susah nak hidup...tapi mungkin cuaca lembap sama...cepat bro..lapaq dah ni hu3



ye ye ye..ayam dah masak he3 kecoq ayer liur aku tau tak...mana tak nya...bau aroma ayam tu...tambah plak bunyi prut aku dari tadi...lapaq gilerrr bro....apa2 pun aku tibai ayam 3 ketul he3 errppp....alhamdulillah..

gendang gendut tali kecapi,
boroi perut makan lagi...ha3



he3 aksi2 hero remaja kat dalam sungai..noty2 sexy2...cuba teka...dari kiri hingga ke kanan..sapa mereka??? (^_~) jangan lupa undi depa smua he3


ni la family aku =D wajah2 yang ceria...luv u all..bro sis..


apa2 pun ni info tentang Sg. Kedondong ni....

Bagi sebahagian warga kota, terutamanya yang berkeluarga, menjadi satu kemestian untuk mencari lokasi sesuai buat berkumpul sambil melakukan aktiviti riadah.
 
Bagi pencinta alam, tentunya air terjun, jeram atau sungai yang jernih serta sejuk airnya menjadi tumpuan.
Salah satu lokasi pilihan terbaik bagi yang gemarkan suasana sebegini ialah Hutan Lipur Sungai Kedondong yang terletak di Batang Kali, Hulu Selangor.

Destinasi popular ini sudah lama menjadi tumpuan penduduk tempatan dan kawasan sekitarnya, termasuk dari Pahang, untuk bersantai bersama keluarga bukan sahaja pada hujung minggu, tetapi juga cuti umum dan cuti musim perayaan.

Tidak sukar untuk ke pusat perkelahan ini biarpun lokasinya terletak kira-kira 60 kilometer dari Kuala Lumpur. Terletak di laluan utama Jalan Genting Highlands ke Batang Kali menyebabkan destinasi ini cukup mudah untuk dikunjungi sepanjang masa.

Untuk sampai ke sana, ada banyak pilihan laluan yang hanya mengambil masa kira-kira satu jam 15 minit iaitu sama ada memilih untuk menggunakan jalan lama Batu Caves- Hulu Yam, Rawang-Batang Kali atau melalui Lebuh Raya Karak-Genting Highlands.

Istimewanya sepanjang perjalanan ke sana, suasana keindahan serta kehijauan kawasan hutan dan bukit bukau seolah-olah sudah membayangkan lokasi yang bakal dituju.

Ini kerana sepanjang laluan, pengunjung disajikan dengan panorama alam semula jadi yang cukup indah termasuk tasik di sebelah kiri jalan dan sungai yang jernih di bahagian kanan jalan raya.

Sebaik sampai ke lokasi, pengunjung tidak perlu bersusah payah memikirkan di mana hendak meletakkan kenderaan mereka kerana kawasan tempat letak kereta yang disediakan cukup luas dan selesa.

Sambil mencari lokasi sesuai, aliran sungai yang jernih seolah-olah menggamit pengunjung untuk datang hampir ke gigi sungai. Apatah lagi kedengaran kicauan unggas rimba bersama hilai tawa anak kecil bersorak riang sambil mandi di anak sungai yang belum tercemar ini.

Apa yang menariknya, selain boleh menikmati air sungai yang sejuk dan jernih, pengunjung boleh mendirikan khemah di kawasan lapang yang disediakan. Sama ada memilih untuk membawa makanan yang telah dimasak dari rumah atau memasak sendiri di kawasan itu, terpulang kepada pengunjung.

Bagi yang datang berkeluarga, pondok yang disediakan lebih memudahkan mereka untuk berkumpul sambil berbaring menikmati kicauan unggas rimba.

Kawasan yang dikawal selia sepenuhnya oleh Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) ini mula dimajukan kira-kira 10 tahun lalu, di mana pembangunannya mengambil kira konsep percutian keluarga.

Aktiviti lain yang boleh dijalankan di sini termasuklah perkhemahan dan meredah hutan secara berkumpulan, selain mendaki bukit sambil mengenali ratusan spesies flora dan fauna yang asli.

Selain tempat letak kereta dan tandas awam disediakan, terdapat juga gerai makan yang menyajikan juadah istimewa ala masakan kampung. Tidak terkecuali gerai cenderamata yang menjual pelbagai jenis kraftangan buatan masyarakat Orang Asli.

Dalam keasyikan, jangan lupa melihat jam tangan kerana panorama menghijau di sini adakalanya membuatkan pengunjung hampir terleka hari sudah menginjak senja



p.s: apa lagi??? jom la ramai2 pakat pi sana he3 jangan lupa ajak aku tau ..yahoo.... nantikan sambungan seterusnya...Berarak Ke Awan he3


Sunday, October 31, 2010

Muzium Kesenian Islam...

Jeng..jeng kembara aku kali ni nak citer aku p Muzium Kesenian Islam, KL la... rombongan ini dianjur oleh budak2 kelas 6.01.....6.02, 6.03 dan 6.04 join je he3 ....lets da story begin k...

bermula nya pagi yg indah di bumi barakah ni...aku bangun macam bese la...bersihkan diri..siap2 kan apa yg patut he3... pastu aku dan geng2 kene p dataran perhimpunan dulu...sebab ada taklimat exam..mau tak mau memang kene p jg sebab depa amik kehadiran he3... cari penyakit la sapa yg tak p tau... apa2 pun pesan ayah aku, hidup jangan cari masalah!!! tapi slalunya masalah yg cari aku hu3 =(

pas amik kehadiran dan habis taklimat, aku tanya Abg ZaiDee, kul brapa nak bertolak ni? dia cakap kul 8.30 pagi. so, aku ada masa lagi nak lepak kat kafe...apa lagi ...makan laa.....ayahku pesan lagi, kalau nak p mna2, pastikan perut kene isi dulu...

he3 ni menu aku makan pagi ni...

Nasi goreng + Telur mata + Air suam = RM ???


aku makan dengan tahap kelajuan maksimum!!!!! jam dah 8.30 pagi..so, aku turun ke garaj bas.. ceh, ingatkan dah nak bertolak..rupa2 nya kul 9 plak...janji Melayu hu3 xpe lah..dah bese... tapi aku tak suka =(

ok...apa2 xtvt sebelum bermula, mesti ada taklimat kan? taklimat ringkas tapi simple ni disampaikan oleh otai program rombongan ni, Abg ZaiDee =P

Gaya sorang tokoh pemimpin akan datang? he3
hidup Abg ZaiDee!! Chaiyok!!!

erm..kami semua  bertolak dengan 1 bas panjang, 1 bas pendek, 1 van he3 ..perjalanan rasanya mengambil masa dalam 45 minit kot...bukan la jauh sangat pun KL ngan Bangi...kalau lambat sampai pun sebab jalan jem..tapi flow jalan ok ja...takde masalah..Alhamdulillah!!! akhirnya kami sampai juga...


amik pic sabaik je sampai he3

erm..ni pandangan dari pintu masuk... kira2 nya ni hall menyambut tetamu la..
ada sapa2 kenal orang2 dalam pic ni? =)

pas masuk je dalam muzium tu..kami diminta ke dewan..untuk diberi taklimat dan dibahagikan kumpulan kecil... kami semua kene wat 3 kumpulan kecil...sebab ada 3 guider muzium ni akan teman kami sepanjang kembara muzium ni...

masa ni tengah beri taklimat ringkas he3
yang mana satu pilihan ku??? =P

kat mana aku dok dalam pic ni? =)

okey...kami diberitahu kat muzium ni ada 13 galeri kot..sori..ingat2 lupa ni hee... jadi kalau ikut masa yang ada, memang tak sempat la nak tengok betul2... by da way...ini apa yang aku lihat dari lensa kamera aku...

ni galeri foto oleh Benoy K. Behl dan Abhinav Atris...
jurufoto khas National Geographic...




 KRONOLOGI DINASTI PEMERINTAHAN ISLAM

Kronologi Dinasti Islam Di India

Kronologi Kesultanan Dunia Melayu
 
Kronologi Dinasti-Dinasti Utama China

Kronologi Dinasti-Dinasti Islam


SENI BINA ISLAM


Peta Dunia Seni Bina Islam di Seluruh Negara

sejarah dunia palestin juga diterangkan kat muzium ni... ada satu sudut dinding yg crita secara ringkas...


PALESTIN : SEJARAH BUDAYA YANG DILUPAI

pandangan dari sudut kiri...


dari kanan pulak....


He3 ok tak? sebenarnya banyak lagi aku nak crite kat korang semua..tapi apakan daya? banyak sangat!!! tapi bagi aku la...kita sebagai Muslim...eloknya kita semua pi lawat muzium ni...bagus untuk kita tau serba serbi tentang kronologi Islam di dunia ni!!! oh ye..untuk tahu maklumat lebih lanjut tentang muzium ni... sila klik Muzium Kesenian Islam di sini..


p.s : sejarah apa yang kita nak bawa untuk Islam???

Thursday, October 28, 2010

Selamat Malam KLCC...

sambungan Nasi Le...MAK!!!!!

he3 ni final episod dari post2 sebelum ni..naaa.....(^_^)") last post aku crita pasal nasi lemak kan?? tul x? kalau tak tau..kene la baca crita sebelum nya..baru ada mari itu punya feel....

okey...pas kami semua habis makan dengan lahap nya kat kedai nasi lemak antarabangsa tu.... kami pun jalan2 ke keta la...sambil jalan2 tu..tengok2 la juga kawasan persekitaran kat kg.baru..

memang sonok la...meriah suasana orang kata...lebih2 lagi malam tu juga adalah hari wajib bagi pasar malam kg.baru..ramai gilerr!!!

cantik kan pemandangan pasar malam kg.baru???
siap ada background KLCC lagi tu...he3



hah!!! lupa nak bagitau hampa semua..kat kg.baru ni ada member kolej aku dok kat situ.. nama dia Daus@Kamal =P dia ni pantang ada cuti..mesti lari balik rumah..mentang2 la rumah dekat katakan..(jelesnye aku)....Daus penah bagitau kat aku..kalau dia bukak tingkap bilik rumah dia je...mesti nampak KLCC... fuh memang romantik la...kalau malam pertama nanti....jangan marah ye Daus he3

okey..situasi la ni dalam keta nak kuar kg.baru...malam masih muda lagi...so..kitaorang semua ronda2 la dulu...makan angin KL ni...uhuk2...memang cantik KL malam2 ni...setiap bangunan, kondo2, rumah2 ada je stail lampu masing2...

tiba2 datang idea gilerr dari Miss Diva...ada ka patut...jom lepak kat KLCC!!!! ha3 aku layan je..lagi pun memang lama tak pi sana..rasanya dah hampir 1 tahun...lama la juga kan...



waa...cantik malam tu kt KLCC...orang ramai plak tu mai lepak kat pancut air..banyak pelancong2 amik pic2 kat sini..macam2 ragam ada...he3 aku n da geng lepak juga la tepi2 tu...lepak makan aiskim ngn air sprite yg ditaja oleh Miss Diva, Mama dan Husz...thx!!!!! sambil kudapan malam, kami borak2 la tentang masalah ummah..ceewwaahhh!!! =P aku ngan P-Dot plak macam bese he3 melihat keindahan malam ciptaan MAHA ESA...Subhanallah!!!

he3 ada sapa kenal budak laki ni???

sebelum balik, ini pic aku amik dari parking keta...
Subhanallah!!!


p.s: dah habis...inilah citer aku dalam masa sehari...penat tapi hepi... (^_^)

Wednesday, October 27, 2010

Nasi Le...MAK!!!!!

sambungan post Selipar Aku...Hu3...

wokey..kita continue balik story aku ni... aku letih sangat2 hari tu... kalau ikut kan plan asal..pas habis konvo tu, adik aku ajak aku kuar..p cari barang2 dapur, makanan n minuman ....ala macam bese la...standard punya barang bila dok kat hostel ni...adik aku ajak gi Amcorp Mall...tapi aku minta maaf sangat2 kat adik aku tu.. aku tak jadi teman dia...nasib bek dia faham keadaan...sayang adik aku...=P



sampai hostel, aku pun kaboom!! kat atas katil dengan gaya kuak lentang!!! pergh..stylo beb wa cakap sama lu he3...zzzZZZ....



masa aku di alam mimpi...tiba2 aku terjaga..Huh?? henpon aku bunyi mesej...tut.."excuse me boss..you have text message"...dari Husz.. "salam bro..jom kuar..makan2 cari jalan.." aku apa lagi set je...pas bangun tidor ni memang cepat lapar...plan kuar makan ni memang ondaspot tau...

erm..kami kuar 2 keta, 5 boys 2 gurlz...he3 geng boys Aku, Husz, Ajid, P-Dot, dan Cucu Atok.. geng gurlz plak Miss Violet dan Mama he3 (^_^).


bila dah sampai area kg.baru..dah masuk waktu maghrib...jadi sebagai muslim yg bek..mestilah tunaikan yg wajib dulu...kami semua p solat maghrib dan terus isya' kat masjid kg.baru...he3 betul tak geng? =P






dah usai solat..kami pun berjalan kaki dari masjid ke kedai nasi lemak antarabangsa..tak jauh pun..ada la dalam 5 minit je...ada dalam 10 minit dari KLCC, 5 minit dari UniKL..kire2 nye kat tengah bandaraya aar ni...senang jer nak p sana.. ade banyak cawangan...nak tahu klik ni...korang google map jer kat tenet tu hah ...
ni detail die..
Nasi Lemak Antarabangsa
7C, Jalan Raja Muda Musa,
Kampung Baru,
50200 Kuala Lumpur.
bukak 6pm – 5am daily



menu kedai nasi lemak antarabangsa ni mcm bese je... menu utama..semesti nya nasi lemak.. ada jugak mee dan makanan lain2...harga memang AGAK BERPATUTAN...ok la...tapi kalau nak kenyang..mungkin susah kot hu3..sikit ja ..bagi aku la..sebab aku ni memang makan banyak =P he3

ok.. ni... pic pengasas @ tokey nasi lemak..

oh ye..sebelum tu nak crita sikit asal-usul nama nasi lemak antarabangsa ni...kisah ni bermula seorang mamat pramugara ka pilot..ntah..tak ingat..sori..si mamat ni slalu beli nasi lemak kat kg.baru ni sebelum dia bertugas flight...setiap kali nak flight, mesti dia beli bungkus..wat makan dalam flight...akhirnya jadi la NASI LEMAK ANTARABANGSA!!! agak2 kan kalau mamat tu keje kat KTMB..mesti nama nye jadi nasi lemak antarabandar he3




macam ni la suasana dalam kedai...memang ramai orang tau..tapi nasib bek..masa kami pi lepak situ...orang masih kurang lagi...tapi bila makin menjelang malam..sedar tak sedar...meja kedai dah penuh...fuhh!!!


yang ni..ajid punya makan..nasi + ayam + limau panas = rm6.70

so..pada geng2 yg belum makan lagi nasi lemak antarabangsa...jemput2 la datang ye..orang kata..tak sah kalau dok kat KL ni tak makan nasi lemak ni he3..jangan lupa plak ajak aku kalau nak p sana k...


p.s : gendang gendut tali kecapi...kenyang perut, wa manyak senang hati lor... (^_^)")


bersambung....