Daftar Tetamu Kehormat

Showing posts with label Solat. Show all posts
Showing posts with label Solat. Show all posts

Friday, August 5, 2011

10 Amalan Ramadan Yang Terbalik, Muhasabah Balik!



Email ini aku dapat pada tahun 2009 yang lalu, selepas sambutan hari raya. Rasanya elok kalau kita sama2 membincangkannya sempena menyambut Ramadan ini - :D


Selepas selesai menunaikan pelbagai ibadat sepanjang bulan Ramadan yang mulia, terutama ibadat puasa, yang merupakan rukun Islam, ada beberapa perkara yang kita perlu perbetulkan pada Ramadan yang akan datang, jika kita diberi peluang bertemu dengannya lagi, antaranya:

1. Memenuhkan awal Ramadan, meninggalkan akhir Ramadan

biasanya kita memenuhkan masjid dan surau pada awal Ramadan kerana seronok menyambut ketibaan Ramadan
tetapi pada hujung2 Ramadan banyak yang tidak ke masjid lagi malah akan meninggalkan tarawih kerana sibuk membuat kuih
dan persiapan raya yang lain seperti menghias rumah, membetulkan tempat letak peralatan2 rumah, membasuh cadar, langsir dst...

yang memberikan alasan letih bekerja, tidak sihat, tidak ada masa, banyak kerja lain, banyak program yang perlu disudahkan, banyak jemputan rasmi berbuka puasa yang perlu dipenuhi dan sebagainya…

sepatutnya kita memenuhkan akhir Ramadan sama seperti kita memenuhkan awal Ramadan dengan pelbagai amalan sebab yang demikian itu adalah amalan Nabi s.a.w. seperti disebut dalam hadis... pada sepuluh malam yang terakhir Nabi s.a.w. selalunya meninggalkan tempat tidur, meninggalkan bersama isteri dan membanyakkan ibadat sehingga santak
ke waktu sahur.....

Nabi s.a.w. sentiasa memenuhkan Ramadan keseluruhannya dengan membanyakkan amalan dari mula masuknya Ramadan hinggalah ke malam terakhir Ramadan, tanpa membezakan awal atau akhir Ramadan. Para Sahabat juga berbuat demikian, mengurangkan tidur dan membanyakkan amalan sepanjang bulan yang mulia itu.

Tidak salah memenuhi jemputan rasmi, atau banyak bekerja, atau program yang perlu disudahi, tetapi amalan pada bulan puasa tidak boleh dikurangkan sehingga ke tahap minima atau ditinggalkan terus hanya kerana perkara2 yang lain yang menyibukkan kita daripada membanyakkan beribadah sunat khusus pada bulan yang mulia ini.

Melakukan kerja2 rutin harian seperti itu pun adalah ibadah juga, tetapi ia adalah muamalah yang digalakkan, bukannya ibadah sunat khusus yang dituntut agar dibanyakkan pada bulan Ramadan ini



2. Bersolat tarawih sebanyak mungkin

biasanya kita di Malaysia dan beberapa tempat lain di dunia Islam, umat Islam hanya melakukan solat tarawih sebanyak
8 rakaat saja, diikuti oleh solat witir sebanyak 3 rakaat, atas alasan Nabi s.a.w. tidak melakukan solat tarawih bersama para memang malas beribadat, termasuk pada bulan Ramadan (sebab dah terbiasa malas).
Malah JAIS sendiri pernah mengeluarkan pekeliling yang mengarahkan masjid2 di seluruh negeri Selangor agar melakukan
solat tarawih tidak lebih dari 8 rakaat dan disertakan dengan tazkirah selepas solat tarawih, sebelum solat witir.

Tidak tahulah sama ada sekarang ini arahan itu sudah ditarik balik atau tidak. Kita tidak berminat mengambil tahu tentang hal itu.

Kalau sudah ditarik balik arahan itu, alhamdulillah.

Memang hadis itu sahih kerana riwayatnya amat jelas, hukumnya juga jelas, tidak boleh dipertikaikan lagi. Cuma dari segi tafsirannya, kehendaknya dan huraiannya saja yang kita perlu fahami benar2, agar tidak tersalah hukum atau tersalah ijtihad.

Entah dari mana hukum yang mereka gunakan, dari kitab mana yang mereka rujuk dan dari ulama muktabar mana yang mereka pegang ijtihadnya, tidaklah diketahui.

sepatutnya kita membanyakkan ibadat sahaja pada bulan Ramadan ini tanpa mengira berapa rakaat solat tarawih itu hendak didirikan. Bukan soal 8 atau 20 yang jadi isu, tetapi sikap kita yang malas itulah yang perlu dikikis. Dalam kitab Fiqh 4 Mazhab pun disebutkan bahawa 3 mazhab (Syafie, Hambali, Hanafi) menjadikan ijmak 20 rakaat solat tarawih, manakala mazhab Maliki pula menjadikan ijmak 36 rakaat solat tarawih pada setiap malam. Tidak ada seorang pun ulama muktabar yang pernah membincangkan bahawa solat tarawih itu 8 rakaat, dan selebihnya adalah bidaah. Malah pemerintah Wahabi di Arab Saudi sekarang pun masih mengamalkan solat tarawih sebanyak 20 rakaat di Masjidil Haram dan Masjidin Nabawi seperti yang dapat kita lihat dalam siaran langsung solat tarawih dari Masjidil Haram yang disiarkan di tv. Jadi, golongan yang menyuruh kepada 8 rakaat solat tarawih itu sebenarnya mengikut mazhab mana dan ulama muktabar yang mana?

Apakah semata-mata mengambil mafhum dari hadis yang diriwayatkan itu sahaja? Tidak mahu merujuk kepada ijmak ulama dahulu?

Hendak kata ulama dahulu tidak faham maksud hadis itu, atau tidak pernah terjumpa matan hadis itu, amatlah mustahil kerana semua orang dari semua zaman sudah tahu tentang matan hadis itu.

Mazhab mana yang mereka pegang dan ikut, tidaklah diketahui sampai sekarang.
Syiah sendiri melaksanakan solat tarawih sebanyak 50 rakaat setiap malam.

Tidak ada walau satu hadis pun yang menyatakan secara tepat bahawa solat tarawih itu hanya 8 rakaat sahaja dan tidak boleh lebih dari itu. Sepatutnya ibadat sunat seperti solat tahajud, tarawih dan lain2 yang tidak pernah dinyatakan had bilangannya, buatlah seberapa banyak pun, tidak akan ada bidaah dalam melaksanakannya.

Bagaimana pula dengan para Sahabat dahulu yang menunaikan solat tahajud sampai seribu rakaat semalaman, kebanyakan mereka pula yang melaksanakan sehingga 500 rakaat setiap malam, dan hampir semua Sahabat melaksanakan sehingga 200 rakaat setiap malam, apakah mereka itu akan kita kata bidaah juga atas alasan ia tidak pernah dibuat begitu oleh Nabi s.a.w.?
Oleh itu, marilah kita melaksanakan semula solat tarawih sebanyak 20 rakaat seperti sebelum ini, kerana ia telah disebut dan dibincang oleh sekalian ulama yang besar2 dan alim2 secara jelas dan terang benderang.

Tinggalkan terus persoalan bidaah 20 rakaat itu kerana ia hanya membuang masa dan melawan ijmak ulama yang muktabar
Malah sewaktu Sayidina Umar Al-Khattab memerintahkan solat tarawih itu dilaksanakan sebanyak 20 rakaat dan diimamkan
oleh seseorang bagi kaum lelaki dan seorang lagi imam bagi kaum wanita, Sayidatina Aisyah r.a. sendiri tidak pernah membantah
atau menyatakan bidaah, malah beliau sendiri ikut bersolat sebanyak 20 rakaat seperti yang disunnahkan oleh Sayidina Umar.

Walhal beliau adalah orang yang paling dekat dengan Nabi s.a.w. semasa hayatnya dahulu
Tidak ada seorang Sahabat pun yang diriwayatkan pernah membantah atau membangkang, malah semuanya setuju melaksanakannya di masjid masing2 mengikut jumlah yang telah ditetapkan oleh Khalifah Umar itu.

Bukankah perintah dan amalan para Khulafa itu dikira sebagai sebahagian sunnah? Terlalu jelas bahawa amalan solat tarawih sebanyak 20 rakaat itu adalah amalan yang dimulakan oleh Khalifah Umar, salah seorang khulafa yang berempat, kenapa dinafikan pula?

Apakah kita hendak melawan sunnah Khulafa dengan menggunakan sunnah Nabi s.a.w.?

Sedangkan amalan solat tarawih sebanyak 20 rakaat itu adalah untuk kebaikan semua umat!


3. Melaksanakan tazkirah atau usrah atau seumpamanya antara solat tarawih dan solat witir

biasanya kita lihat sekarang ini semacam sudah menjadi trend antara solat tarawih dengan solat witir diadakan kuliah agama oleh orang2 tertentu, baik yang dilantik oleh pihak masjid mahupun oleh individu itu sendiri. Seperti disebutkan tadi, pihak JAIS sendiri telah mengeluarkan pekeliling yang menyuruh diadakan tazkirah dan ceramah antara solat tarawih dengan solat witir.
Banyak pro dan kontra tentang hal ini dari banyak pihak, atas pelbagai alasan dan logik yang dapat diberikan. Antaranya ada
yang berkata tazkirah itu mengganggu fokus mereka kepada ibadat tarawih, tidak menepati roh Ramadan, menghilangkan rasa
seronok semasa beribadat, isi tazkirah lari dari tajuk, seperti menyentuh soal peribadi orang, cenderung kepada parti politik tertentu, memburuk-burukkan pihak lain dan sebagainya. sepatutnya kita kena faham bahawa ini bulan Ramadan, ia bulan khusus untuk umat Islam beribadat, bukannya bulan untuk
mendengar tazkirah, ceramah dan usrah. Walaupun ia disampaikan tidak panjang, ia tetap tidak sesuai pada bulan Ramadan.

Kalau hendak juga buat tazkirah, buatlah pada waktu siang, seperti selepas usai solat subuh, pada waktu duha, selepas solat zuhur atau selepas solat asar. Kalau mahu juga dibuat pada waktu malam, buatlah selepas berbuka, antara waktu maghrib dengan isyak.

Tazkirah itu sememangnya bagus dibuat, sebab menuntut ilmu itu dituntut agama, hanya masanya dan tempatnya biarlah betul.

Tidak ada siapa pun yang mengatakan tazkirah itu sebagai bidaah atau makruh atau haram, cuma dpertikaikan dari segi masa, tempat dan cara ia disampaikan. sebagai orang yang berilmu kita sepatutnya sudah amat faham tentang kesesuaian masa, tempat, keadaan dan hadirin yang mendengarnya. Janganlah jadi golongan yang hanya tahu menyampaikan tetapi tidak mahu memahami khalayak dan suasana penerimaan para hadirin.

Surah Al-Qadar sendiri menyatakan balasan pahala yang 1000 bulan itu hanya didapat oleh orang yang beramal ibadat sahaja, tidak disebut akan didapat oleh orang2 yang belajar atau mendengar tazkirah walaupun dibuat sepanjang malamnya.

Apakah kita hendak juga menjadikan tazkirah itu sebagai alasan membenarkan segala perbuatan kita?
Tarawih itu diberi nama begitu kerana pada sunnahnya (para Sahabat dan tabiin) mereka akan berehat selepas 4 rakaat (2 salam) selama 15 minit atau 20 minit. Jika di Masjidil Haram, mereka akan melakukan tawaf pada waktu itu, dan menyambung semula solat tarawih selepas usai melaksanakan tawaf 7 kali pusingan, manakala di Masjidin Nabawi para Sahabat akan membaca Quran sekitar 1 juz atau setengah juz pada waktu rehat tersebut. Ulama Wahabi di Masjidil Haram sekarang tidak lagi menjadikan tawaf sebagai amalan antara 4 rakaat tarawih, hanya solat tarawih terus-menerus. Ada Sahabat yang tidur seketika untuk melepaskan lelah, ada yang makan atau minum dan sebagainya. Khalifah Umar membiarkan para Sahabat berbuat apa sahaja dalam waktu ‘tarawih’ itu. Waktu ‘rehat’ mereka itu tidak pernah diganggunya dengan mendengar tazkirah atau usrah. Tidak ada disebutkan bahawa Sayidina Umar pernah mengadakan tazkirah pada waktu rehat tersebut.

Mengadakan tazkirah dan usrah seperti itu tidak ada dalam sunnah Nabi s.a.w. dan sunnah para Khulafa dan tidak ada seorang pun ulama muktabar yang membincangkan tentang hal itu. Yang ada ialah masing2 menyuruh melipatgandakan amal ibadat pada bulan ini, bukannya disuruh mendengar tazkirah. Memanglah mengajar dan belajar ilmu itu baik, sangat dituntut.

Tetapi membuatnya dalam keadaan umat disuruh sangat2 beribadat merupakan suatu hal yang tidak betul cara, masa dan tempat. Andaian beberapa golongan bahawa mencari ilmu pada bulan Ramadan lebih baik dari tidur adalah andaian yang salah sama sekali! Tidak pernah ada mana2 ulama dahulu yang berkata
bahawa belajar dalam bulan Ramadan lebih baik dari tidur, dengan alasan kalau tidur pun boleh dapat pahala, belajar lagi banyak pahala yang dia akan dapat. Salah! Sebab banyak hadis yang menyatakan tidur orang yang puasa tidak sama nilainya dengan tidur orang yang tidak puasa. Orang yang tidur pada bulan puasa itu letih sebab 3 perkara, iaitu:


(1) tidur kerana kelaparan dan kehausan disebabkan panas cuaca atau panjang masa bertahan dari makan dan minum

(2) keletihan sebab telah beribadah hampir sepanjang malam pada waktu malamnya, sebab itulah dia mengantuk dan tertidur

(3) ia sengaja tidur dengan tujuan khusus untuk menguatkan tubuh badan agar dapat beribadat pada malam nanti dengan lebih selesa dan kuat.


Orang2 zaman sekarang ini, walaupun tidak mendapat ketiga-tiga faktor di atas, jika mereka mendapat mana2 dua dari yang di atas pun sudah dikira sangat bagus. Malah kalau hanya ada salah satu faktor di atas pun, sudah dianggap menepati kehendak Ramadan itu sendiri.

Inilah perkara2 yang kita kena faham, yang tidak dapat difahami dengan baik oleh kebanyakan orang, bukannya faham ikut cara dan selera kita saja.
Sebab itu dinamakan solat itu dengan nama Tarawih, iaitu ada rehat antara setiap 4 rakaat, dan mereka mendirikan solat tarawih sebanyak 20 rakaat malam. Tidak pernah ada tazkirah atau usrah antara solat tarawih dengan solat witir!

Malah, nama solat sunat yang kita dirikan itu iaitu ‘solat sunat tarawih’ diberi nama oleh Sayidina Umar r.a.,

bukannya oleh Nabi s.a.w. sebab tidak ada riwayat dan nas yang sahih menyebutkan bahawa Nabi memberi nama khusus kepada solat itu, tetapi jelas riwayat yang datang dari Khalifah Umar yang memberikan nama solat itu sebagai solat tarawih, dan nama itu kekal sehingga ke hari ini, malah turut sama digunakan dengan taatnya oleh kaum Syiah yang sangat benci kepada Khalifah Umar!

Kita tidak mahu mengatakan perbuatan mengadakan takzirah atau usrah atau sebagainya (banyak istilah canggih
yang digunakan!) itu sebagai satu bentuk gangguan khusus kepada jemaah, tetapi sendiri mau ingatlah!


4. Tidak bersahur kerana mampu bertahan tanpa perlu bersahur

biasanya banyak orang yang tidak bangun bersahur pada waktu sebelum subuh. Antara alasan yang diberikan ialah untuk diet
kerana mengurangkan makan lebih baik pada bulan puasa ini. Ada juga yang makan dan minum puas2 sebelum tidur, dan selepas
itu tidak bangun2 lagi untuk bersahur, walaupun sudah terjaga sebelum masuk waktu subuh. Banyak yang berkata mereka bekerja di tempat berhawa dingin, maka tidak terasa lapar dan
dahaga seperti yang dialami oleh orang2 yang bekerja di tengah panas. Kerana itu, kebanyakan orang yang berpuasa meninggalkan
amalan sahur pada waktu sebelum subuh. sepatutnya setiap umat Islam bangun sahur, walaupun dia mampu bertahan sepanjang hari tanpa bersahur, dia kena bersahur juga.

Bukan masalah tahan atau tidak mampu berlapar yang menjadi persoalannya, tetapi kerana ia adalah sunnah.

Bersahur itu sunnah Nabi s.a.w., bukannya saja2 bangun sahur.

Yang mampu bertahan tanpa bersahur pun disuruh bangun bersahur, yang tidak mampu bertahan kalau tidak bersahur pun disuruh bangun bersahur.
Nabi memerintahkan kita agar bersahur supaya mendapat berkat dan rahmat dari Tuhan. Ertinya orang yang bersahur itu mendapat berkat kerana ia bangun bersahur, puasanya berkat kerana bersahur, makannya itu berkat kerana bersahur, ibadatnya juga berkat kerana bersahur dan bangunnya kerana bersahur itu juga berkat.

Apatah lagi jika dia mentakkhirkan bersahur, lagi banyaklah berkatnya. Kata Nabi s.a.w. sebaik-baik sahur itu ialah yang takkhir pada sahurnya.
Bersahur itu sunnah Nabi s.a.w., ertinya orang yang bangun bersahur itu mengikut sunnah Nabi s.a.w.

Malah kerana sunnahnya bersahur itu, orang2 yang uzur, sakit, baru lepas bersalin dan sedang haid juga disuruh bangun bersahur bersama-sama orang yang berpuasa, untuk mendapat berkat dan kelebihan bersahur itu, walaupun mereka itu sememangnya tidak boleh berpuasa atau tidak mampu berpuasa.
Ia bukan sahaja dapat membantu menguatkan lagi tubuh, malah dapat memastikan kesihatan kita lebih terjamin dan keadaan tubuh badan lebih baik untuk jangka masa panjang. Melazimkan berpuasa tanpa bersahur akan menyebabkan tubuh badan boleh hilang air badan yang banyak.

Kesannya akan lebih buruk pada masa jangka panjang, terutama setelah usia meningkat 40-an atau lebih.

Bukan puasa itu yang salah, tetapi cara kita mengamalkan puasa itu yang tidak betul dan tidak mengikut sunnah, kerana melazimkan tidak bersahur.
Para Sahabat semuanya bersahur, tidak ada yang tidak bersahur. Marilah kita mengikut sunnah Nabi s.a.w. dan para Sahabat.


5. Berlebih-lebih menyambut malam tujuh likur tetapi bukan dengan ibadah

biasanya orang Melayu-Islam, terutama di Pulau Jawa dan beberapa tempat di Malaysia, begitu beria-ia menyambut ketibaan malam Tujuh Likur dengan menyalakan lampu2 dan pelita di sekeliling rumah, dengan kepercayaan malaikat akan datang ke rumah yang terang kerana malaikat suka kepada cahaya dan dicipta dari cahaya.
Pada malam 7 Likur itu juga mereka mengadakan beberapa aktiviti yang tidak dilakukan pada malam2 lain pada bulan Ramadan, dengan kepercayaan pada malam itulah diturunkan Lailatulqadar yang dijanjikan.

Pada malam itu mereka menyalakan api, memasang lampu di luar rumah, membuka tingkap2 dan langsir, membuka mulut tempayan

(orang zaman dulu2 la ni) dan menyalakan lampu di semua bilik yang ada, termasuk dapur. Mereka juga memberi makanan kepada jiran terdekat dan saudara mara, berwangi-wangi dan beberapa aktiviti lain lagi. Banyak yang beriktikaf di dalam masjid sepanjang malam itu sambil membaca Quran dan bersolat sunat.

Mereka juga menunggu ketibaan Lailatulqadar berdasarkan tanda2 yang dilihat pelik pada malam itu.

Selepas mendapat alamat Lailatulqadar itu, barulah mereka memulakan segala amalan yang baik seperti membaca Quran, solat tahajud, berzikir dst. Biasanya tanda2 seperti itu akan muncul pada waktu tengah malam atau selepas itu.

Itupun kalau dapat melihat tanda2 itu, kalau tak dapat? Macam mana?

sepatutnya kita mengikut apa yang dibuat oleh Nabi s.a.w. iaitu membanyakkan amalan pada sepuluh malam terakhir

bulan Ramadan, bukannya merayakan malam 7 Likur sahaja. Nabi s.a.w. tidak pernah menyambut malam Lailatulqadar pada malam 27 Ramadan.

Malam Lailatulqadar tidak tertentu pada malam 27 Ramadan sahaja, walaupun dalam Quran disebut malam itu terjadi bersamaan dengan malam turunnya Quran kepada Nabi s.a.w. dan malam berlakunya Perang Badar Kubra.

Tidak ada pengkhususan muktamad mengatakan Lailatulqadar itu berlaku hanya pada malam 27 Ramadan atau 7 Likur itu.

7 Likur yang dimaksudkan itu pun sebenarnya mengikut kalendar Jawa dan ia hanyalah sebuah panduan umum, bukannya khusus pada malam 7 Likur itu betul2, kerana Tuhan menurunkan Lailatulqadar tidak merujuk kepada kalendar Jawa itu.

Memang tidak salah menyebut malam Lailatulqadar itu sebagai 7 Likur, atau nama2 lain yang bersesuaian, tetapi yang salahnya ialah mengkhususkan segala-galanya pada malam 27 Ramadan sahaja.
Para ulama juga telah menetapkan bahawa Lailatulqadar itu berlaku pada malam ganjil pada 10 hari terakhir Ramadan, tidak ditentukan pada malam yang mana satu. Imam Ghazali sendiri menetapkan turunnya Lailatulqadar itu berdasarkan permulaan tibanya Ramadan. Contohnya jika awal Ramadan jatuh pada hari Sabtu, Lailatulqadarnya ialah pada malam 21 Ramadan dan begitulah seterusnya.

Kebetulan pula pada tahun 1430/2009, Lailatulqadar itu memang jatuh pada hari Khamis malam Jumaat,

21 Ramadan. Pada tahun 1429/2008 dahulu, Lailatulqadar jatuh pada malam 27 Ramadan (Isnin malam Selasa).

Itu sekadar contoh untuk menunjukkan kita tidak boleh mengkhusus hanya pada malam 7 Likur itu sahaja, tetapi digalakkan beramal pada 10 malam terakhir Ramadan keseluruhannya, tanpa mengira ia malam genap atau malam ganjil.

Lailatulqadar sebenarnya bermula pada waktu terbenamnya matahari pada hari tersebut dan berterusan sehingga terbitnya fajar subuh. Maknanya, alamat2 yang ditunjukkan pada waktu tengah malam atau selepasnya itu hanyalah khusus kepada orang2 tertentu sahaja, bukannya pada semua orang. Tidak semua orang mendapat rezeki melihat tanda2 Lailatulqaadar itu, seperti yang dialami oleh beberapa orang.

Kalau hendak beramal pun, tidak perlulah menunggu sehingga mendapat alamat tertentu seperti yang disebutkan itu.

Boleh sahaja beramal sebaik saja matahari terbenam, dan dia akan tetap mendapat pahala Lailatulqadar, sama seperti dia beramal pada waktu tengah malam tersebut. Malaikat berpusu-pusu turun untuk berrsalam dengan umat Islam sejak dari waktu awal maghrib hinggalah saat terbitnya fajar subuh, diakhiri dengan salamnya imam mengakhiri solat fardu subuh. Para malaikat yang amat banyak itu akan naik semula ke langit secara beransur-ansur sebaik sahaja matahari muncul di kaki langit.

Sehubungan itu, sambutlah Lailatulqadar dengan cara yang sudah ditunjukkan oleh Nabi s.a.w. dahulu dan diikuti oleh para Sahabat dengan baik dan betul. Bukannya mengikut cara yang entah dari mana sumbernya dan jelas tidak pernah dibuat oleh Nabi s.a.w. dan para Sahabat dahulu.



6. Mengurangkan ibadah setelah tahu malam Lailatulqadar telah berlalu

biasanya kita menanti-nanti malam Lailatulqadar dan membanyakkan amalan pada malam2 tertentu dengan harapan akan mendapat pahala yang sangat lumayan seperti dijanjikan di dalam Quran.

Ada juga orang yang sudah mengetahui bila berlakunya Lailatulqadar itu berdasarkan maklumat yang diberikan oleh para ulama dahulu. Lalu kerana itu dia bersiap-siap sepenuhnya untuk menyambut Lailatulqadar itu dan memenuhkan malamnya dengan apa saja amalan yang dirasakan mahu dan mampu dibuatnya. Itu tidak salah sebab memang kita dituntut beramal pada malam itu, agar mendapat pahala yang dijanjikan oleh Tuhan kepada kita.

Tidak ada orang yang mahu melepaskan peluang mendapat pahala amalan 1,000 bulan kerana telah dijanjikan secara jelas di dalam Quran.

Tetapi sayangnya selepas dia mengetahui bahawa Lailatulqadar itu sudah berlalu dan masih ada baki hari2 Ramadan selepas itu, maka dia sudah tidak lagi beribadat dan melakukan amalan yang baik seperti sebelumnya. Malah dia hanya tidur sahaja sepanjang malam baki2 terakhir Ramadan, bermalas-malas dan berehat-rehat saja, tidak ada nilai lagi baginya malam2 Ramadan yang selebihnya itu.

sepatutnya kita kena faham dengan sejelas-jelasnya bahawa Lailatulqadar itu diturunkan pada waktu dan malam yang tertentu, dan tidak dijelaskan pada malam2 yang mana satu dengan tujuan agar kita membanyakkan amalan pada sepuluh malam yang terakhir itu tanpa mengira sama ada ia sudah berlalu atau belum.

Bukan masalah Lailatuqadar itu telah berlalu atau tidak yang menjadi persoalannya tetapi sejauh mana kita mahu mengikut sunnah Nabi s.a.w. yang menjadi persoalan di sini. Kalau kita mahu mengikut sunnah Nabi kita, maka ikutlah baginda yang beramal sepanjang malam pada ssepuluh malam yang terakhir, tanpa mengira Lailatulqadar itu sudah berlalu atau masih belum tiba.

Sunnah Nabi s.a.w menunjukkan yang baginda beramal lebih banyak dari biasa, termasuk berdoa, pada sepuluh malam yang terakhir itu, tidak pernah Nabi s.a.w. berehat saja selepas Lailatulqadar itu berlalu.

Mustahil Nabi s.a.w. tidak tahu malam bila Lailatulqadar itu datang, kerana Nabi s.a.w. sudah ditemui oleh Malaikat Jibril pada awal maghrib lagi, menyatakan malam ini adalah malam yang diberkati itu.

Tetapi yang nyata walaupun setelah Lailatulqadar itu berlalu, Nabi s.a.w. tetap membanyakkan ibadah pada malam2 baki Ramadan itu, seolah-olah Nabi s.a.w. tidak pernah tahu yang Lailatulqadar itu telah berlalu.

Maknanya Nabi s.a.w. menyuruh kita membanyakkan ibadah sepanjang bulan Ramadan ini, secara khusus dan dikhususkan lagi pada malam2 sepuluh terakhirnya. Lailatulqadar itu hanyalah pemberian bonus besar-besaran dari Tuhan untuk kita, tetapi pada malam2 yang selepas Lailatulqadar itu, amalan kita harus dibanyakkan lagi, terus-terusan seolah-olah Lailatulqadar itu belum pernah tiba kepada kita lagi. Itulah yang ditunjukkan oleh baginda dan para Sahabat dahulu.

Lagi satu, salah satu tanda amalan Lailatulqadar kita diterima sepenuhnya oleh Tuhan ialah selepas Lailatulqadar itu berlalu, amalan kita akan bertambah lagi, sebab kita sudah mendapat semangat baru untuk melipatgandakan ibadah kita.

Secara mudah, orang yang telah mendapat wang bonus dari kerajaan atau syarikatnya, pastilah akan bekerja dengan lebih rajin dan bersungguh-sungguh lagi selepas itu. Begitu jugalah dengan Ramadan ini, ia pasti akan melipatgandakan amalannya pada baki Ramadan yang masih ada itu, kerana berasa amat gembira dengan pemberian Lailatulqadar yang jauh lebih banyak dan bernilai daripada pemberian bonus oleh pekerjaannya itu, seolah-olah ia belum tahu yang Lailatulqadar itu telah berlalu.

Itulah kefahaman yang sepatutnya kita amalkan, hasil daripada kefahaman kita terhadap riwayat tentang amalan Nabi pada malam2 sepuluh yang terakhir.



7. Menumpukan Ramadan sahaja untuk beribadat, bulan lain dikurangkan ibadahnya

biasanya kita akan melebihkan amalan pada bulan Ramadan sahaja, tidak pada bulan2 yang lain sehingga pada waktu2 mutakhir, keluarlah dari tulisan dan mulut para ulama masa kini bahawa kita sebagai umat Islam janganlah menjadi hamba Ramadan, tetapi jadilah hamba Allah, yang beramal tidak mengira Ramadan atau bukan.

Yang salah pada mereka ialah kita membanyakkan ibadat pada Ramadan sahaja, dengan niat sengaja mengejar pahala yang banyak, dan pada bulan2 lain tidak beramal sebanyak itu atau tidak beramal langsung.
Sama ada benar atau tidak, tidaklah diketahui kerana menurut apa yang ditulis dalam lidah pengarang Harakah keluaran sebelum Raya 1430 Hijrah/2009 Masihi, disebut jangan menjadi hamba Ramadan. Kata2 tersebut kononnya dipetik dari buku tulisan Dr Yusuf Qardhawi yang menyatakan demikian. Diikuti oleh tulisan Ustaz Shukri Yusof dalam kolumnya di Harian Metro beberapa hari kemudian dengan tajuk yang sama, iaitu jangan menjadi hamba Ramadan, yang juga memetik kata2 tokoh ulama yang sama. Maknanya sepakat para ulama zaman ini menggerakkan idea agar umat Islam jangan menjadikan Ramadan sahaja untuk kita beribadah, jadikan bulan2 lain sama seperti Ramadan juga, yakni giat beribadah sepanjang masa.

Atau dengan maksud yang lain yang agak negatif, ibadat kita pada bulan Ramadan ini hendaklah sama sahaja banyaknya dengan ibadah kita pada bulan2 biasa. Hanya dibezakan dengan bulan2 lain kerana ditambah puasa pada siang hari dan tarawih pada malamnya.

sepatutnya kita juga kena faham bahawa kita bukanlah hamba Ramadan, sebab kita memang hamba Allah, yang bebas merdeka, tidak dijadikan hamba oleh sesiapa atau mana2 pihak, termasuk hamba dunia, hamba sistem dan hamba2 yang lain, seperti hamba Ramadan seperti yang didakwa.

Ramadan itu hanyalah bulan dalam kalendar Islam, tidak lebih dari itu. Tidak pernah kita dengar ada orang yang pernah menjadi hamba Ramadan, walau dalam cara apa pun dan cara bagaimana pun. Agaknya bukan begitulah maksud sebenar yang hendak disampaikan oleh Yusof Qardhawi itu kepada kita, kerana menjadi hamba Ramadan tentulah tidak sama dengan menjadi hamba dunia, sebab itulah perlu dijelaskan bahawa menjadi hamba Ramadan memang disuruh Tuhan sedangkan menjadi hamba dunia sangat dibenci Tuhan.

Pada teori dan pemikiran yang biasa, persoalan itu betul dan benar belaka. Kita janganlah memilih bulan tertentu untuk membanyakkan amal ibadah, kerana mati tidak mengira masa, Ramadan pun belum tentu akan dapat kita lalui lagi, sebab entahkan esok entahkan lusa kita akan dipanggil mengadap Ilahi, tanpa sempat melihat Ramadan.

Sebab itu eloklah beramal sebanyak mungkin tanpa mengira bulan atau masa tertentu, yang kita belum pasti akan kita alami atau tidak.

Secara teorinya, memang nampak macam itulah, tidak salah dan tidak silap2 lagi.

Tetapi pada realitinya, tidaklah demikian, sebab kita hidup dalam dunia yang realiti, bukannya dalam dunia yang dipenuhi teori semata-mata.

Yang disayangkan ialah kenyataan bahawa kita menjadi hamba Ramadan itu agak keterlaluan dan tidak menepati syarak dan tidak berdasarkan sunnah yang jelas. Kita kena faham sebab apa Tuhan turunkan Ramadan itu kepada kita.

Khususnya Ramadan itu didatangkan kepada kita dengan tujuan2 yang tertentu, yang sudah dijelaskan dengan sejelas-jelasnya oleh Quran sendiri, oleh Nabi s.a.w. dan oleh para Sahabat dahulu.

Memang pada dasarnya kita bukanlah hamba Ramadan, kerana Ramadan tidak pernah menghambakan sesiapa, walau dengan apa cara pun. Ramadan itu adalah kurnia dan rahmat dari Tuhan yang amat khusus untuk kita, seluruh umat Nabi Muhammad s.a.w., dan tidak lebih dari itu. Tidak pernah timbul soal siapa menghambakan siapa dalam bulan yang mulia ini.

Tidak pernah diketahui ada orang yang dimasukkan ke neraka kerana menjadi hamba Ramadan.

Yang ada ialah yang masuk neraka kerana tidak berpuasa pada siang Ramadan dengan sengaja. Istilah hamba Ramadan itu sendiri perlu diperbetulkan dan huraiannya juga perlu ditepatkan lagi, agar tidak tersalah maksud.

Jauh maksudnya menjadi hamba Ramadan dengan menjadi hamba dunia.

Yang kita takut ialah kesan dari pernyataan ini nanti, dalam jangka masa panjang. Ditakuti nanti, pada masa akan datang umat Islam akan menyambut kedatangan bulan Ramadan dengan penuh selamba dan tidak membanyakkan ibadat apa2 pun kerana takut dituduh menjadi hamba Ramadan, atau untuk mengelakkan dari tergolong ke dalam golongan hamba Ramadan, kerana telah disebutkan yang demikian oleh Yusuf Qardhawi dan anak muridnya atau orang2 yang sealiran fahaman dengannya.

Pada teori memang bagus galakan agar membanyakkan ibadah pada bulan Ramadan dan diikuti pada bulan2 seterusnya sehingga tiba ke Ramadan yang akan datang. Tetapi berapa keratkah yang benar2 mampu berbuat demikian, terutama sekali pada zaman sekarang? Apakah orang yang memberi teori itu sendiri mampu berbuat seperti itu sepanjang bulan yang lain sehingga tiba ke Ramadan yang akan datang? Apakah orang2 yang ikut mengembangkan teori ini juga mampu berbuat demikian? Tanyalah kepada mereka yang berbuat demikian. Bukan masalah dia ulama besar, kita orang biasa, maka dia boleh bercakap apa saja. Memang mudah bercakap, tetapi hendak melaksanakannya amatlah susah. Kalau dia mampu melaksanakannya alangkah bagusnya, tidaklah cakap tak serupa bikin. Dapatlah kita menjadikannya contoh untuk diikuti dan diamalkan.

Kedatangan Ramadan itu amat perlu kita nantikan dan hargai dengan sepenuhnya.

Sebab itulah Tuhan yang Amat Pemurah mengurniakan kepada kita bulan yang dimuliakan-Nya itu iaitu Ramadan kepada kita, khusus untuk umat Nabi Muhammad sahaja, tidak kepada umat2 yang lain.

Pada bulan2 lain kita tidak akan mendapat balasan pahala yang sebanyak dan semurah pada bulan Ramadan.

Bulan Ramadan ini adalah bulan yang khusus Tuhan menurunkan kasih sayang-Nya dengan sebanyak-banyaknya, tidak seperti pada bulan2 lain. Umat Islam sememangnya dituntut agar membanyakkan ibadat dan berusaha keras mencari keredaan-Nya. Malah pintu neraka ditutup rapat dan syaitan2 juga dirantai jauh2 ke dalam dasar laut untuk menggalakkan kita beribadat. Hal2 ini tidak pernah dilakukan Tuhan pada bulan2 lain.

Ertinya, Tuhan sendiri pun amat tahu bahawa umat manusia ini tidak akan mampu bertahan berbuat ibadat seperti itu selama-lamanya, sebab manusia ini mempunyai sifat jemu, penat, bosan, lelah, hilang motivasi dst.

Itu belum lagi dikira dengan gangguan dari nafsu kita sendiri, gangguan dari para syaitan yang tidak dirantai, gangguan dari orang2 biasa, gangguan dari segi tidak ramai yang ikut beribadat seperti kita, dst…

Maka dalam setahun itu, sekali diberikan-Nya kita peluang untuk melipatgandakan ibadah kita, dengan harapan kita akan kembali bersemangat dan gigih mendekatkan diri kepada Tuhan.

Hendak menghabiskan sebulan Ramadan itu dengan penuh pun amat susahnya, inikan pula hendak menghabiskan setahun dengan ibadat yang banyak seperti itu, rasanya mustahil dapat dilakukan oleh sesiapa pun.

Sememangnyalah Ramadan ini kurnia Tuhan untuk kita kembali menambah apa yang telah sedia kurang sebelum ini. Itulah hikmah Tuhan menjadikan Ramadan itu sebagai bulan untuk beribadah, bukannya bulan untuk bertazkirah, berteori dan berusrah.

Ertinya secara tersirat Tuhan menyatakan bahawa kita amat lemah dalam soal beribadah sehingga perlu ‘dipaksa dan digalakkan’ untuk beramal ibadah, dan dibuat dalam bulan yang khusus.

Dipaksa maksudnya amalan puasa yang diwajibkan, malah dijadikan salah satu daripada Rukun Islam yang lima .

Digalakkan maksudnya pahala ibadat pada bulan ini diberi gandaan yang sangat banyak, sehingga solat sunat yang didirikan sama nilainya dengan pahala solat fardu pada bulan2 lain, pahala bacaan Quran diberi nilai 10 pahala bagi setiap huruf yang dibaca, berbanding hanya 1 pahala bagi setiap huruf pada bulan2 biasa, nilai sehari puasa Ramadan itu sendiri adalah lebih baik dari puasa setahun pada bulan yang lain dst…

Takkanlah kita tidak faham tentang hal ini. Itu ertinya memang Ramadan itu sendiri adalah bulan untuk kita beribadah, maka tidak salahlah kalau kita membanyakkan ibadat hanya pada bulan ini, kerana memang itulah yang dikehendaki oleh Tuhan dan Nabi kita yang mulia.

Tidaklah timbul persoalan kita menjadi hamba Ramadan, kerana yang demikian itu adalah salah tanggap yang nyata dan tidak menepati dengan sunnah yang telah berjalan seperti itu tanpa sebarang perubahan selama lebih dari seribu empat ratus tahun yang lalu….

Semua ulama muktabar pada zaman dahulu sudah mengikutnya dengan penuh taat dan penuh rasa kehambaan tanpa sebarang komen atau menyeru kepada perkara yang bukan2. Mungkin niat mereka menyebutkan perkara ini adalah baik dan untuk kebaikan, tetapi isi yang digunakan mungkin tidak berapa sesuai dengan apa yang sepatutnya digunakan.



8. Bergembira berakhirnya Ramadan dan bergembira menyambut Aidilfitri

biasanya kita amat gembira apabila hari raya kian hampir. Tidak salah kita berasa gembira dengan ketibaan hari raya yang amat dinanti-nantikan itu.

Semua orang akan ikut gembira dengan tibanya saat itu. Sehubungan dengan itu, segala persiapan menjelang tibanya hari besar itu disiapkan dengan sepenuhnya dalam masa sekitar seminggu sebelum hari raya tiba.
Sebahagian orang lebih hebat lagi kerana dia bukan sahaja amat gembira dengan hampir datangnya bulan Syawal, malahan dia juga amat bergembira dengan berakhirnya bulan Ramadan yang mulia ini. Apabila tibanya 1 Syawal, maka dia akan beraya sakan, mengalahkan orang lain yang berpuasa penuh.


sepatutnya kita mencontohi para tabiin dan salafus soleh yang amat menanti-nanti ketibaan bulan Ramadan yang mulia, seperti hadis Nabi s.a.w. yang menyebut bahawa sesiapa yang menyambut ketibaan Ramadan dengan iman dan keyakinan, hati gembira, bersungguh-sungguh, dia akan masuk syurga.

Itu belum lagi dia berpuasa dengan iman dan yakin. Baru nak menyambut Ramadan sahaja sudah dapat masuk syurga. Mereka juga menyambut ketibaan Syawal dengan hati yang amat sedih dan mengharapkan agar Ramadan yang didapati pada tahun ini bukanlah yang terakhir untuk dirinya. Mereka ingin menyambutnya lagi dan berasa tidak sabar menanti kedatangan Ramadan yang akan datang, selain tidak berapa peduli dengan ketibaan Syawal yang bakal menjelang tiba.

Bukanlah ertinya mereka tidak menyambut ketibaan Syawal ini, tetapi mereka kurang bergembira dengan kedatangannya, sebab ganjaran dan berkat Ramadan itu sudah berakhir dengan berakhirnya Ramadan.

Mereka berasa sangat sedih kerana tidak pasti lagi akan bertemu dengan Ramadan yang akan datang atau tidak.

Rezeki bertemu Ramadan bukanlah perkara mudah, sebab kalau dah ajal tiba, tidak akan ada Ramadan lagi untuk kita.

Sebab itulah mereka bersedih.

Mereka juga berasa amat sedih kerana masa untuk membolot pahala dan ganjaran yang paling mewah yang tidak pernah ditawarkan kepada mana2 umat pada masa lalu sudah berlalu, tidak lagi sama nilai dan pahala beribadah pada bulan puasa dengan bulan biasa.



9. Bersolat tarawih dengan berlaju-laju agar cepat habis dan dapat segera pulang ke rumah

biasanya kita mengamalkan solat tarawih sebanyak 20 rakaat dengan target untuk dihabiskan seawal mungkin, mungkin jam 10.30 malam atau lebih awal daripada itu. Jika imam itu dapat melaksanakan solat tarawih dengan laju, maka imam itu dipuji dan ramailah orang yang ikut berjemaah dengannya, sebab dia dapat solat tarawih dengan laju.

Tetapi jika imam itu solatnya lambat sedikit atau bacaannya panjang sedikit, maka makmun akan segera berkurangan kerana sebahagian makmumnya ‘lari’ ke surau atau masjid lain yang imamnya lebih ‘laju’.

Apa yang hendak dikejar, tidak tahulah. Biasanya kalau selepas solat tarawih, kita akan pergi ke kedai kopi dan duduk di situ jauh lebih lama daripada bersolat di masjid tadi. Itu kebiasaan bagi kebanyakan dari kita.

sepatutnya kita membanyakkan masa duduk di masjid dan surau. Jika di masjid, iktikaf lama2 memang dituntut dalam bulan puasa ini, tambahan pula masjid2 akan menutup pintu dan mengunci pagar luar pada jam 10.30 malam.

Maka sisa2 masa yang ada hendaklah digunakan sepenuhnya untuk beriktikaf.

Para ulama dahulu menghabiskan sepanjang malam bulan Ramadan dengan beriktikaf di masjid. Mereka hanya pulang untuk makan sahur dan kembali semula ke masjid selepas selesai bersahur. Masa rehat mereka hanyalah di masjid sahaja, tidak seperti kita yang masih sempat lagi ‘mengopi’ selepas selesai solat di masjid atau surau.

Tidak salah berbuat seperti itu sebab masa untuk kita pada zaman sekarang di masjid amat singkat. Maka di kedai kopilah tempat kita berlonggok. Asalkan mereka mahu datang untuk bertarawih, itu sudah dikira sangat bagus, berbanding banyak lagi di luar sana yang langsung tidak bertarawih sepanjang bulan Ramadan ini.

Alangkah ruginya golongan yang seperti ini!

Kalau dipanjangkan solat tarawih itu, banyak pula jemaah yang lari atau tidak datang lagi ke masjid.

Itupun akan jadi masalah yang lain pula.

Tetapi berdasarkan sejarah, memang para Sahabat dan tabiin dahulu bersolat tarawih hampir sepanjang malam, malah banyak dari mereka yang tidak tidur pada waktu malam. Kalau tidur pun, hanya sebentar sahaja.


10. Menolak amalan membaca selawat kepada Nabi dan Khulafa antara setiap solat tarawih

biasanya hanya orang yang berfahaman Wahabi yang menentang membaca selawat kepada Nabi s.a.w., baik selepas solat fardu mahupun selepas solat sunat.

Jelas di dalam beberapa banyak buku fatwa yang ditulis oleh kalangan ulama Wahabi pada zaman ini yang tidak menggalakkan kita membaca selawat, dengan alasan Nabi Muhammad s.a.w. yang kita baca selawat kepadanya itu sudah wafat, sudah meninggal dunia. Pahala bacaan selawat itu tidak akan sampai kepada baginda yang telah wafat. Itu rumusan daripada beberapa fatwa para ulama Wahabi seperti yang kita baca.

Sehubungan dengan itu, timbul persoalan di kalangan kaum Muslimin di negara ini tentang bidaah atau tidaknya bacaan selawat yang dibuat antara solat tarawih dan antara solat witir.

Yang menyokong akan mengemukakan hujah berdasarkan fakta sejarah pada zaman dahulu, manakala yang menentang mengemukakan hujah mereka sendiri pula, dan bertegas mahu bacaan selawat itu dibuat juga. Namun, situasi zaman yang berubah telah banyak membantu perubahan dalam sikap dan cara mengerjakan solat oleh para jemaah pada zaman ini.

Akhirnya banyak pihak yang mula mengurangkan bacaan selawat itu atas alasan ia tidak ada pada amalan para Sahabat dahulu, dan tidak juga pada zaman tabiin dan ulama salaf.

Menanglah akhirnya suara2 golongan yang mahukan bacaan selawat itu ditinggalkan. Yang tinggal kini hanyalah pelaksanaan solat tarawih yang dibuat tanpa sebarang selawat antara setiap salamnya.

Solat tarawih yang dahulunya riuh rendah dengan suara2 nyaring orang membaca selawat kini hampir sunyi sepi, hanya ada orang2 yang mendirikan solat tarawih dengan mengikut sunnah pada zaman Nabi s.a.w. dahulu dan pada zaman Sahabat.

sepatutnya kita kena faham bahawa membaca selawat itu sememangnya dituntut oleh Tuhan sendiri kerana membaca selawat itu adalah arahan Tuhan di dalam Quran sendiri, ia bukannya sekadar disuruh oleh Nabi kita sahaja.

Tidak pernah pula disebutkan bahawa selawat itu tidak disuruh lagi sebaik sahaja Nabi s.a.w. wafat meninggalkan kita dari dunia ini.
Ertinya, sama ada Nabi s.a.w. itu masih ada lagi bersama-sama kita atau telah tiada lagi, selawat itu tetap disuruh kita membacanya, kerana telah dimaktubkan di dalam Quran.

Tuhan sendiri membaca selawat kepada Nabi, para malaikat juga membaca selawat kepada Nabi, maka apakah kita tidak mahu membaca selawat kepada Nabi? Jangan jadi golongan yang rugi hanya kerana mahu mempertahankan hujah kita yang rapuh.

Membaca selawat itu sunat, sangat digalakkan membacanya pada bila2 masa saja, termasuk antara 2 solat yang didirikan, maka tidak timbul ia bidaah jika dibaca selepas solat tarawih. Bacalah selawat itu pada bila2 masa pun, walau sebanyak mana pun, tidak akan ada bidaah lagi pada pembacaannya itu. Hujah dari mana yang digunakan yang mengatakan membaca selawat di antara solat tarawih itu adalah bidaah? Bukankah selawat tu sangat dituntut membacanya, lebih2 lagi pada bulan Ramadan yang pahala bacaan selawat kita akan digandakan dengan beribu-ribu kali ganda? Tidak salah ia dibaca, lebih2 lagi jika dibaca dengan penuh semangat dan penuh rasa cinta kepada Nabi s.a.w. Lagi banyak dibaca lagi bagus, sebab Nabi makin suka dan cinta kepada orang yang banyak membaca selawat kepadanya.

Pelik kerana orang yang berkata mereka faham tentang sunnah tetapi tidak faham tentang perintah dari Quran sendiri yang menyuruh kita membanyakkan selawat kepada Nabi .sa.w. sepanjang masa.

Wednesday, August 3, 2011

Perlu ke alasan untuk buat dosa???



"Aku dah usaha tinggal dah, tapi tak mampu. Nak buat macam mana"

"Tak boleh bai, aku ni lemah dengan godaan. Nafsu kuat sangat. Tu yang tak boleh tinggal benda-benda ni"

"Allah dah takdirkan aku camni. Aku nak buat camna. Dah tertulis di lauh mahfuz aku ni buat maksiat-maksiat ni. Takdir aku memang begini"

Itulah dia antara alasan yang sering didengari. Mungkin kita tidak pernah mendengarnya daripada mulut orang lain.

Tetapi kita mendengarnya daripada hati kita sendiri.

Ya. Kita memberikan alasan, untuk membenarkan kita melakukan dosa, keingkaran kepada Allah SWT.

Kita tunjukkan pada ketidak mampuan kita, kita katakan ia adalah punca godaan yang datang, malah adakalanya kita meletakkan perkara ini atas takdir Allah dan menyatakan ini semua susunan-Nya.

Inilah alasan-alasan kita.

Alasan untuk berdosa. Benarkah ia satu alasan yang melepaskan kita dari azab seksa-Nya?

Kita Yang Memilih Untuk Lemah

Dalam mengharungi kehidupan, sememangnya manusia akan bertemu dengan cabaran dan dugaan. Halangan demi halangan akan wujud untuk menguji insan.

Ujian ini adalah untuk melihat dari kalangan manusia ini, yang manakah yang terbaik amalannya, yang manakah yang layak menerima rahmat Allah dan memasuki syurga-Nya.

"Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);" - Surah Al-Mulk ayat 2.

Maka sudah menjadi lumrah bahawa dalam kehidupan ada ujian.

Justeru apakah alasan tidak mampu?

Hakikatnya, semua manusia mampu melepasi ujian yang Allah sediakan. Allah SWT telah berjanji bahawa, setiap ujian yang ditimpakan ke atas diri manusia itu, berada dalam lingkungan kemampuannya.

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." - Surah Al-Baqarah ayat 286.

Jadi, bagaimanakah boleh tidak mampu?

Jawapannya adalah, kita yang memilih untuk lemah. Kita yang memilih untuk tidak mengharungi cabaran dengan bersungguh-sungguh. Kita memilih untuk tidak berusaha hingga ke akhirnya.

Kita memilih untuk tunduk dan menerima kegagalan, lantas redha dengan kemaksiatan yang kita lakukan.

Perhatikan betul-betul di dalam jiwa kita. Benarkah kita tidak mampu? Atau kita yang memilih untuk tunduk kepada kerosakan?

Takdir Allahlah Yang Silap?

Menuding kepada Allah dan menyalahkan-Nya atas dosa-dosa yang kita lakukan adalah satu jenayah yang besar. Itu tandanya keimanan di dalam jiwa sudah terkoyak dan rosak.

"Kenapa Allah benarkan aku buat dosa?" Kita akan bertanya-tanya.

Tetapi siapa yang memilih untuk melakukan dosa? Siapa yang bergerak untuk melakukan dosa? Siapakah?

Kita.

Ketahuilah di dalam kehidupan ini, Allah berikan manusia satu perkara yang besar bernama IKHTIAR, pilihan, untuk manusia memilih sendiri antara yang buruk atau yang baik. Maka terletak di tangan kita untuk bergerak ke arah mana.

Dan setiap arah yang kita ambil, kita perlu sedar, ada konsikuensinya.

"Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur)" - Surah Al-Baqarah ayat 256.

Di zaman Umar Al-Khattab RA, ada seorang lelaki mencuri. Bila ditanya mengapa dia mencuri, lelaki itu menjawab: "Aku mencari kerana, Allah telah mentakdirkan aku mencuri"

Saidina Umar menyuruh lelaki itu dipotong tangannya, dan disebat 40 kali.

Sahabat-sahabat terkejut dengan hukuman itu. "Wahai Umar, hukum untuk mencuri hanyalah potong tangan. Mengapa ditambah dengan 40 sebatan?"

"Potong tangan untuk mencuri, dan 40 sebatan adalah untuk tuduhannya ke atas Allah SWT"

Ini adalah dalil yang jelas bahawa, kesalahan kita adalah tanggungjawab kita sendiri.

Lelaki itu, boleh sahaja memilih untuk tidak mencuri. Allah memberikannya ikhtiar. Tetapi dia memilih untuk ingkar kepada Allah SWT dan melakukan kejahatan dengan sengaja.

Dan siapa yang mengetahui takdir Allah?

Tiada siapa mengetahui.

Justeru, bagaimana alasan bahawa: "Allah dah takdirkan aku macam gini, jadi orang jahat" itu boleh dipakai?

Pengajaran Pembunuh 100 Orang

Saya suka dengan kisah pembunuh 100 orang. Dia telah membunuh 99 orang. Kemudian dia hendak bertaubat.

Lihatlah. Dia telah membunuh 99 orang. Tidak pula dia menyalahkan Allah SWT atas tindakannya membunuh 99 orang itu.

Bahkan, dia bergerak pula hendak bertaubat kepada Allah SWT. Lihat usahanya itu. Lihat kehendaknya itu.

Sampai kepada seorang alim, alim itu berkata bahawa, orang sepertinya tiada harapan. Oleh kerana marah, dia membunuh pula orang itu, mencukupkan pembunuhannya kepada 100. Tetapi selepas itu, dia mencari lagi jalan untuk bertaubat.

Lihat. Walaupun seorang alim menyatakan kepadanya bahawa dia telah tiada harapan, dia tetap berusaha. Lihatlah kepada dia ini. Adakah dia berkata: "Memang Allah dah takdirkan aku begini"???

Akhirnya, dia bertemu dengan seorang lagi alim. Dan orang alim itu berkata bahawa lelaki itu perlu meninggalkan suasana yang tidak membina. Maka ditunjukkan satu perkampungan yang boleh memberikannya suasana untuk bertaubat.

Maka bergeraklah lelaki itu. Tetapi di tengah perjalanan, dia meninggal dunia. Meninggal dunai tanpa sempat bertaubat. Tetapi dalam keadaan sedang berusaha untuk bertaubat.

Dan dia dimasukkan ke dalam syurga. Kisah ini boleh didapati dalam Sohih Muslim dalam bab Taubat.

Lihatlah bagaimana Allah membalas usahanya. Dia tidak sempat pun bertaubat.

Tetapi dia tidak berputus asa untuk menebus dosanya. Dia tidak berputus asa mencari jalan keluar.

Dia berusaha dan berusaha tanpa menuding jari kepada itu dan ini. Dia tidak pula memberikan alasan bahawa takdir tidak menyebelahinya dan dirinya sudah ketagih, tidak berkemampuan dan sebagainya.

Tetapi dia berusaha. Dia menggagahkan dirinya. Dia berusaha merapat kepada Allah SWT. Dia tidak memilih untuk lemah. Dia tidak memilih untuk semakin jauh daripada Allah.

Lihatlah dia.

Penutup: Pandanglah Kepada Diri. Diri Itu Yang Perlu Diperbaiki

Pokoknya, ketidak mampuan kita bukan alasan. Allah juga tidak pernah bersalah dalam hal ini. Tetapi diri sendirilah yang perlu dipersalahkan.

Mengapa memilih jalan sedemikian? Mengapa tidak berusaha sehingga habis hayat?

Mengapa tidak bergerak mendekati Allah dengan sepenuh kekuatan? Soalan-soalan ini perlu dilontarkan kepada dalam diri kita.

Perhatikan diri kita.

Yang bersalah hakikatnya adalah kita.

Kita yang memilih jalan kefasadan.

Dan siapa kata kita tidak boleh keluar?

Allah kah kata? Adakah kita mengetahui?

Hakikatnya, kita yang memilih untuk terus kekal dalam kerosakan.

Justeru, siapa yang memilih untuk keluar?

Saturday, June 11, 2011

Apa Hebatnya Solat Di Awal Waktu?



Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?

Waktu Subuh

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.

Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.

Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zohor

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.

Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti.

Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Waktu Magrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.

Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.

Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak


Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.

Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.

Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.

Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Qiamullail

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.

Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.

Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.

Wallahualam.

- Artikel iluvislam.com

p/s hebat kan?

Wednesday, June 8, 2011

Kerana Sebutir Kurma



Selesai menunaikan ibadah haji, Ibrahim bin Adham berniat ziarah ke Mesjidil Aqsa. Untuk bekal di
perjalanan, ia membeli 1kg kurma dari pedagang tua di dekat Mesjidil Haram. Setelah kurma ditimbang dan
dibungkus, Ibrahim melihat sebutir kurma tergeletak didekat timbangan. Menyangka kurma itu sebagian dari
yang ia beli, Ibrahim memungut dan memakannya.

Setelah itu ia langsung berangkat menuju Al Aqsa. Empat bulan kemudian, Ibrahim tiba di Al Aqsa. Seperti
biasa, ia suka memilih sebuah tempat beribadah pada sebuah ruangan dibawah kubah Sakhra. Ia shalat dan
berdoa khusuk sekali. Tiba tiba ia mendengar percakapan dua Malaikat tentang dirinya, "Itu, Ibrahim
bin Adham, ahli ibadah yang zuhud dan wara yang doanya selalu dikabulkan ALLAH SWT," kata malaikat yang satu.

"Tetapi sekarang tidak lagi. Doanya ditolak kerana 4 bulan yg lalu ia memakan sebutir kurma yang jatuh dari
meja seorang pedagang tua di dekat masjidil haram," jawab malaikat yang satu lagi.

Ibrahim bin Adham terkejut sekali, ia terhenyak, jadi selama 4 bulan ini ibadahnya, shalatnya, doanya dan
mungkin amalan-amalan lainnya tidak diterima oleh ALLAH SWT gara-gara memakan sebutir kurma yang bukan haknya. "Astaghfirullahal adzhim" Ibrahim beristighfar. Ia langsung berkemas untuk berangkat
lagi ke Makkah menemui pedagang tua penjual kurma. Untuk meminta dihalalkan sebutir kurma yang telah
ditelannya.

Begitu sampai di Makkah ia langsung menuju tempat penjual kurma itu, tetapi ia tidak menemukan pedagang
tua itu melainkan seorang anak muda , "4 bulan yang lalu saya membeli kurma disini dari seorang pedagang
tua. Kemana ia sekarang?" tanya Ibrahim.

"Sudah meninggal sebulan yang lalu, saya sekarang meneruskan pekerjaannya berdagang kurma" jawab anak
muda itu.

"Innalillahi wa innailaihi roji'un, kalau begitu kepada siapa saya meminta penghalalan ?" Lantas Ibrahim menceritakan peristiwa yg dialaminya, anak muda itu mendengarkan penuh minat.

"Nah, begitulah" kata Ibrahim setelah bercerita, "Engkau sebagai ahli waris orang tua itu, maukah engkau
menghalalkan sebutir kurma milik ayahmu yang terlanjur ku makan tanpa izinnya?"
"Bagi saya tidak masalah. Insya ALLAH saya halalkan. Tapi entah dengan saudara-saudara saya yang jumlahnya11 orang. ? Saya tidak berani membelakangkan mereka kerana mereka mempunyai hak waris sama dengan saya.."

"Dimana alamat saudara-saudaramu? Biar saya temui mereka satu persatu." Setelah menerima alamat, Ibrahim bin Adham pergi menemui. Biar berjauhan, akhirnya selesai juga. Semua setuju menghalalkan sebutir kurmamilik ayah mereka yang termakan oleh Ibrahim. 4 bulan kemudian, Ibrahim bin Adham sudah berada dibawah kubah Sakhra. Tiba-tiba ia mendengar dua malaikat yang dulu terdengar lagi bercakap cakap.

"Itulah Ibrahim bin Adham yang doanya tertolak gara-gara makan sebutir kurma milik orang lain."

"Oh, tidak.., sekarang doanya sudah makbul lagi, waris pemilik kurma itu telah menghalalkan apa yg dimakan
oleh Ibrahim bin Adham. Diri dan jiwa Ibrahim kini telah bersih kembali dari kotoran sebutir kurma yang haram kerana masih milik orang lain. Sekarang ia sudah bebas."

SUBHANALLAH…

Tuesday, June 7, 2011

JAGA 7 SUNNAH RASULULLAH...



"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup."

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, Jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT.Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari.
Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh.
Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan,
bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah,
dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus
kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu.
Kata khalifah Ali bin Abu Thalib,
"Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat,
dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat
. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula,
oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Monday, June 6, 2011

Pahala-pahala berjemaah di masjid



1. Sebelum berjalan ke masjid, ketika seseorang berwuduk di rumahnya, bukan berwuduk di masjid, dia telah mendapatkan pahala atas wuduknya.

2. Ketika dia memakai pakaian dan wangi-wangian dengan niat kerana akan masuk masjid, maka dia akan mendapat pahala tersendiri. Kerana Allah SWT telah memerintahkan agar seseorang berhias setiap masuk masjid.

3. Ketika seseorang berjalan ke masjid dengan melangkahkan kaki, maka tiap langkah kakinya itu mendapatkan kebaikan tersendiri yang mendatangkan pahala.

4. Ketika masuk masjid, seseorang akan mendapat pahala bila membaca doa masuk masjid.


5. Masih ketika masuk masjid, dia juga akan mendapatkan pahala ketika melangkah dengan kaki kanannya.

6. Setelah masuk masjid, seseorang akan mendapat kesempatan mendapatkan pahala dari solat tahiyatul masjid.

7. Kemudian ketika seseorang duduk di masjid sambil menunggu datangnya waktu solat, dia sudah dikira melakukan iktikaf bila dia meniatkannya. Menurut mazhab As-syafi’iyah, iktikaf boleh dilakukan asalkan dengan niat dan berdiam di masjid, meskipun hanya sesaat saja.

8. Begitu azan berkumandang, dia juga akan mendapatkan kesempatan mendapatkan pahala tersendiri dengan mendengarkan azan dan menjawabnya.

9. Setelah mendengar azan, dia akan mendapatkan kesempatan mendapatkan kebaikan lagi ketika membaca doa selepas azan.

10. Selesai doa azan, dia akan mendapatkan lagi kesempatan mendapat pahala dengan solat sunnah qabliyah.

11. Setelah iqamat,lalu imam mengatur barisan, dia akan mendapatkan pahala lagi bila ikut memperhatikan imam dan mengatur barisannya agar lurus dan rapat.

12. Pada saat solat jemaah dilaksanakan, dia akan mengikuti semua gerakan imam dengan baik. Kalau imam berdiri, maka dia berdiri, kalau imam rukuk, maka dia rukuk, kalau imam sujud maka dia ikut sujud. Semua tindakannya mengikuti imam itusudah mendatangkan pahala tersendiri.

13. Ketika imam sampai pada bacaan “waladhdhaallin”, maka dia menjawab, “amiin.” Jawaban itu mendatangkan pahala tersendiri.

14. Dia juga akan mendapatkan pahala tersendiri ketika mengucapkan salam ke kanan dan ke kiri, dibandingkan saat solat sendirian di rumah, atau berjemaah di rumah. Kerana salam itu doa untuk orang yang di kanan dan kirinya. Dan kerana di masjid jumlah jemaahnya lebih banyak, maka doa yang akan diterimanya jauh lebih banyak.

15. Selesai solat wajib, dia akan mendapatkan pahala lagi bila membaca beberapa zikir atau doa.

16. Kemudian kesempatan berikutnya lagi adalah ketika dia melakukan solat sunnah ba’diyah solat.

17. Di dalam masjid, dia tentu akan bertemu dengan banyak jemaah solat lainnya. Ketika bertemu dan memberi salam, dia akan mendapatkan pahala tersendiri.

18. Sambil memberi salam, apabila dia juga berjabat tangan, maka dia pun akan mendapatkan pahala tersendiri.

19. Senyumnya kepada sesama saudaranya adalah sedekah. Dan ini akan menambahlagi kesempatannya untuk mendapatkan pahala.

20. Ketika hendak berpisah dengan sesama jemaah di masjid, maka dia akan mendapat pahala bila mengucapkan salam atau membalas salam.

21. Dia juga akan mendapatkan pahala bila diikuti dengan berjabat tangan ketika akan berpisah dengan sesama muslim.

22. Ketika pulang dari masjid, dia membaca doa keluar masjid. Hal itu menambah lagi pahalanya.

23. Di masjid terbuka kesempatan untuk berinfaq, maka bila dia memanfaatkan kesempatan itu, dia akan mendapatkan pahala tersendiri dari berinfaq.

24. Di dalam masjid seringkali digelar khutbah atau majelis ilmu (kultum). Bila dia mendengarkan nasehat dan penyampaian ilmu dengan niat menjalankan perintah Allah SWT dan kerana menuntut ilmu itu wajib hukumnya, maka dia akan mendapatkan kebaikan tersendiri.

25. Ketika keluar, dia melangkah dengan kaki kirinya. Satu lagi tambahan pahala akan didapatnya.

26. Ketika pulang, dia mengambil jalan lain yang tidak sama dengan jalan yang dilalui semasa pergi ke masjid.
Ini adalah sunnah Rasulullah SAW yang tentu mendatangkan pahala tersendiri.

27. Setiap langkah kaki saat pulang dari masjid, maka dia akan mendapatkan pahala lain tersendiri.

27 Keutamaan solat di Masjid. Tentu ini hanya sebagian kecil dari keutamaan solat berjemaah di masjid.

p/s: article di ambil kt isuhangat.net (sekadar brkongsi)
sme2 kte memeriah kn dan memakmurkan masjid... =D

Friday, January 14, 2011

3x LeBih BaiK



Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: “Apabila Nabi SAW memberitahu sebuah pernyataan, baginda mengulanginya sampai tiga kali hingga orang ramai dapat memahami dan mengerti perkataannya dengan baik dan setiap kali nabi meminta izin untuk masuk (ke dalam rumah, ia mengetuk pintu) tiga kali dan mengucapkan salam.” (al-Bukhari)


Huraian:
Simbolik tiga kali dalam sesuatu perbuatan bergantung pada situasi dan tempat. Dalam melakukan sesuatu perkara ibadah seperti mengambil wudhu’, kita dikehendaki melakukan pada satu-satu rukun itu sebanyak tiga kali kerana ia adalah lebih baik bahkan termasuk dalam perkara sunat.

Malah bagi kebanyakan perkara, perbuatan mengulang-ulang itu dianggap akan menyempurnakan kekurangan yang berlaku sebelumnya daripada langsung tidak melakukannya atau setidak-tidaknya menduakan malah lebih bagus menigakan dan seterusnya. Jika kurang dari tiga kali ditakuti menjadi kurang bermanfaat, khususnya dalam perbuatan mengingat atau menghafal ilmu yang menuntut kita mengulang-ulangnya beberapa kali sesuai dengan sifat manusia yang mudah lupa.

Tetapi ada juga berlaku sekiranya sesuatu itu dilakukan lebih dari tiga kali akan mengundang mudarat dan keburukan atau jatuh pada peringkat batal contohnya jika bergerak dengan sengaja lebih dari tiga kali sewaktu dalam solat, solat dianggap batal. Sesungguhnya dalam hal ini Islam menekankan tentang kesederhanaan dan menegah perbuatan melampaui batas. Justeru bilangan 3 kali adalah jalan paling selamat!

Saturday, December 11, 2010

9 Jenis Anak Syaitan



Umar al-Khattab r.a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:

1. Zalituun - Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin - Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan - Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf - Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).

5. Murrah - Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud - Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim - Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan - Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus - Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

Friday, December 10, 2010

10 orang yang mayatnya tidak busuk & tidak reput...



Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?"

Maka jawabnya Rasulullah saw, "Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'." Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :
1. Para Nabi
2. Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:
Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hanba-hamba Ku berpuasa (ahli puasa) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga.

Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :"Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."*

Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

" Dan (ingatlah) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan." (Surah Al-Baqarah : 237)

Monday, November 1, 2010

Tip Membuat Keputusan...


Pernah tak kita jadi blur, bingung, dalam membuat pilihan??? mesti pernah punya, jangan tipu la... hatta, nak makan kat kedai pun kita kene wat pilihan menunya... pi shoping baju pun...entah berapa kali masuk fitting room...betul tak???

Sesungguhnya hidup kita ni adalah sebuah jalan...di kiri dan kanan ada saja onak durinya, banyak cabaran la orang kata. ada yang mengundang luka, ada yang nak kita sentiasa dalam tahap kesedaran tinggi, serta juga sentiasa mampu kawal diri.

Sedaqlah! kontrollah! hidup ini sentiasa tuntut kita wat pilihan. pilihlah jalan yang beri bahagia di dunia dan akhirat. jauhkan diri dari pilihan yang kabur, mencari sedap hanya sat je, tapi last2 derita selama-lamanya. jangan la banyak bagi alasan kerana makin banyak kita bagi alasan, makin hilang rahmat dan bantuan daripada Tuhan...

okey..kat bawah ni ada beberapa petua yang cukup praktikal la untuk kita semua amal bila nak wat pilihan.


Pertama : Solat Istikharah

Solat Istikharah ini memang patut jadi prioriti kita sebagai Muslim dalam bila wat keputusan. tak semua perkara yang kita nak adalah yang terbaik untuk kita dan tak semua perkara yang kita tak suka bawa mudarat. hanya Allah saja yang tahu apa yang terbaik untuk kita.

Firman Allah s.w.t, Surah al-Baqarah 2:216 yang bermaksud : "Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka pada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."


Kedua : Musyawarah

Musyawarah, syura, bermesyuarat atau diskusi amat penting. satu akal yang bersuara wat keputusan sama sekali tak sama dengan suara majoriti atau akal yang kurang ilmu dan pengalaman tak dapat wat keputusan sematang mereka yang yang berilmu dan mempunyai pengalaman hidup yang banyak. oleh sebab itu, mintalah pendapat orang soleh, ilmuwan atau mereka yang lebir berumur daripada kita seperti ibu bapa dalam membantu kita wat keputusan.


Ketiga : Dengar Kata Hati

Hati pun leh main peranan juga bila wat keputusan. tetapi perlulah bersyarat. bukan sembarangan hati yang kita leh dengar kehendaknya. hanya hati yang cintakan Allah dan Rasul ja yang layak dipertimbangkan. oleh sebab itu, dengarlah kata hati selepas solat terutamanya selepas solat fardhu, solat taubat atau solat istikharah serta ketika sedang berpuasa.





sumber : Solusi isu no.22, m/s 27



p.s : erm..penah dengar tak sajak 'The Road Has Not Taken'??

Adab Berdoa...


 bicara kali ni adalah berkaitan dengan kehidupan kita seharian selaku seorang muslim...iaitu DOA...mari kita mulakan...fikir sejenak...

seorang lelaki melangkahkan kaki ke sebuah bilik. kini, dia berkameja kemas tanpa ada kedutan, bertali leher walaupun rimas, rambut disikat kemas, adab dan tatacara bercakap sungguh sopan dan pelbagai lagi keajaiban dapat dilihat. semua itu amat luar biasa berbanding hari-hari lain. dia kini sedang berdepan dengan penemuduga. oh, patutlah! rupanya nak minta keje.

kita pulak bagaimana? saat kita dok minta daripada Allah akan seribu keperluan dan kehendak, adakah kita ni begitu teliti tentang segala adab-adabnya? sedangkan kita bila nak menghadap sultan pun ada caranya...apatah lagi kita hamba-NYA...

SEBELUM
  • sediakan hati bahawa Allah bersifat dengan sifat harus melakukan apa sahaja yang ingin dilakukan-NYA. bertaubatlah juga kepada Allah.
  • sebaik-baiknya berada dalam keadaan suci daripada hadas dan berwuduk.
  • menghadap kiblat jika tiada halangan.
  • memilih waktu yang mustajab untuk berdoa seperti hari arafah, bulan ramadhan, hari jumaat dan sebagainya.
  • memilih keadaan yang baik untuk berdoa seperti ketika sujud, antara dua khutbah, ketika berpuasa dan lain2.
  • mengangkat kedua-dua belah tangan hingga nampak ketiak dan menyapu kedua-dua tangan ke muka apabila selesai berdoa.
  • digalakkan solat sunat hajat sebelum berdoa atau meminta sesuatu.
  • pastikan makanan dan minuman kita darida sumber yang halal. ini kerana Allah menolak doa orang yang makan dan dibesarkan daripada sumber haram.
  • hendaklah mengutamakan berdoa untuk diri sendiri berbanding mendoakan untuk orang lain.

SEMASA
  • memulakan dan mengakhiri dengan doa dengan memuji Allah dan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
  • berdoa dengan mengucapkan "ya Rabb" sebanyak 3 kali.
  • mengakui dan menyesali dosa yang dilakukan.
  • tidak mengangkat suara ketika berdoa.
  • berdoa dengan penuh perasaan takut dan gerun akan kehebatan dan kebesaran Allah serta khusyuk kepada-NYA.
  • berdoa dengan penuh perhatian dan kesungguhan.
  • ulangi doa yang dibaca.
  • tidak berdoa dengan suatu keburukan.
  • menggunakan ayat yang ringkas tapi padat (al-jami').
  • diharuskan juga bertawassul dengan amal soleh yang pernah dilakukan.

SELEPAS
  • menyapu muka dengan tangan setelah selesai berdoa.
  • mengaminkan doa yang dibacakan.
  • bersangka baik bahawa Allah akan memakbulkan doa kita. jika tidak, pasti ada alternatif lain diberikan Allah, sama kita sedar atau tidak.
  • bersabar menanti jawapan Allah terhadap doa yang dipohon.
antara doa yang mustajab ialah
doa anak soleh yang mentaati kedua-dua ibu bapa...


 sumber : SOLUSI isu no.22, m/s 15


p.s : ikhlaskah aku berdoa selama ni...hu3..ya Rabb..ya Rabb..ya Rabb...ampunkanlah dosa kami...

Kita dan Doa...


Doa..doa..doa.. kita ni berdoa bukan la saja nak beritahu Allah apa yang kita minta, kerana kalau tak minta doa pun, Allah sedia tahu segala-galanya. Allah Maha Mengetahui segala apa yang kita zahirkan mahupun apa yang kita sembunyikan...

Jadi watpa lagi kita berdoakan? Berdoa ni sebenarnya adalah satu tugas pengabdian. dengan berdoa ni kita akui kelemahan, kemiskinan, kehinaan, kejahilan, dan lain-lain sifat kehambaan kita di sisi-Nya. doa adalah bukti sifat kehambaan kita kepada Allah s.w.t. sebagai hamba kita perlukan Allah lebih daripada segala-galanya dalam hidup ini. dan juga kita wajib memuliakan Allah setiap masa. inilah hakikat doa...

Firman Allah yang bermaksud : "berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. sesungguhnya orang yang menyombongkan diri daripada menyembah-Ku akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina-dina." (Surah Ghafir 40:60)

Doa adalah cara hidup yang menjadi tradisi orang soleh. bermula daripada bangun tidoq, masuk bilik ayaq, bersih diri, kuar tandas, pakai baju, tengok cermin, makan, minum, pakai kasut, naik kenderaan, lihat pemandangan, bersin, menguap hinggalah tidoq semula. semua itu ada doanya yang khusus. Malah untuk melakukan hubungan laki bini pun ada doanya.

Itulah speselnya Islam =) ajaran Islam begitu kaya dengan doa. bukan saja untuk wat perkara yang besar, tetapi untuk wat perkara yang dipandang remeh sekalipun, Islam ajar kita untuk berdoa. Allah mendidik manusia agar selalu dan sentiasa berdoa kepada-Nya dan mengajar manusia menerusi ayat2 al-Quran. begitu juga dengan para rasul dan nabi mendidik umatnya.

MENGAPA DOA ITU PENTING?

1. Mengekalkan hubungan dengan Allah setiap masa.

2. Kupayaan melakukan perubahan ke arah kebaikan secara berterusan.

3. Didampingi oleh Malaikat dan menghalau Syaitan.

4. Membentangkan masalah dengan jelas dan tuntas.

5. Melahirkan rasa berkongsi menghadapi sebarang kebuntuan.

6. Mengaktifkan diri untuk berusaha.

7. Menghindar daripada penyakit fizikal.


SALAH FAHAM TENTANG DOA


1. Doa itu bukan permohonan tetapi juga suatu kewajipan.

2. Doa bukan sesuatu yang pasif.


DIARI DOA SEORANG MUSLIM DALAM SEHARI 24 JAM....



CARA ALLAH  MAKBULKAN DOA

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud : "Tidaklah seseorang yang berdoa kepada Allah dengan doa keculai Allah akan memberikan kepadanya, sama ada dengan dikabulkan segera di dunia lagi. Atau disimpankan untuknya kebaikan di akhirat atau ditutupkan (kifarat) dosanya setakat doanya selama dia tidak doakan unsur-unsur dosa, memutuskan silaturahim atau mohon disegerakan. Maka berkata sahabat : 'Ya Rasulullah bagaimana doa minta segera itu?' Baginda kata : 'Seseorang itu berdoa, aku berdoa Tuhanku, maka perkenanlah segera.'" (Sunan al-Tirmizi, no.3986, menurut Abu Isa hadis ini gharib)

melalui hadis ini, para ulama telah merumuskan bahawa doa itu dikabulkan dalam pelbagai kaedah dan keadaan. antaranya termasuklah :

1. Doa itu dikabulkan serta-merta.

2. Dikabukan pada waktu lain.

3. Dihindarkan bahaya.

4. Allah berikan sesuatu yang lebih baik di akhirat.

5. Kifarat kepada dosa-dosa.



HAK ISTIMEWA  GOLONGAN TERTENTU

1. Doa ibu bapa kepada anak-anak.

2. Doa anak soleh yang mentaati kedua-dua ibu bapa.

3. Doa orang yang teraniaya atau mereka yang berada dalam kesusahan.

4. Doa seorang sahabat yang mendoakan sahabat.

5. Doa orang yang sedang dalam musafir.

6. Doa orang yang berpuasa sehingga berbuka.

7. Doa pemimpin yang adil.


ADAB BERDOA

1. Yakin Allah akan makbulkan.

2. Jangan berdoa sesuatu yang membawa permusuhan dan dosa.

3. Jangan berdoa tanpa bertahmid dan berselawat.


USAHA + DOA

Usaha + Doa = Orang Mukmin

Usaha + Tanpa Doa = Orang Sombong

Tiada Usaha + Doa = Orang yang Malas





sumber : Solusi isu no.22, m/s 16-23



p.s: sebelum kita tidoq...berdoalah...mungkin itu waktu terakhir kita terjaga... hu3




Tuesday, October 26, 2010

7 Golongan Masuk Ke Syurga...




p.s: mudah2-an kita semua tergolong dalam 7 golongan...hu3...(T_T)