Daftar Tetamu Kehormat

Monday, November 1, 2010

Adab Berdoa...


 bicara kali ni adalah berkaitan dengan kehidupan kita seharian selaku seorang muslim...iaitu DOA...mari kita mulakan...fikir sejenak...

seorang lelaki melangkahkan kaki ke sebuah bilik. kini, dia berkameja kemas tanpa ada kedutan, bertali leher walaupun rimas, rambut disikat kemas, adab dan tatacara bercakap sungguh sopan dan pelbagai lagi keajaiban dapat dilihat. semua itu amat luar biasa berbanding hari-hari lain. dia kini sedang berdepan dengan penemuduga. oh, patutlah! rupanya nak minta keje.

kita pulak bagaimana? saat kita dok minta daripada Allah akan seribu keperluan dan kehendak, adakah kita ni begitu teliti tentang segala adab-adabnya? sedangkan kita bila nak menghadap sultan pun ada caranya...apatah lagi kita hamba-NYA...

SEBELUM
  • sediakan hati bahawa Allah bersifat dengan sifat harus melakukan apa sahaja yang ingin dilakukan-NYA. bertaubatlah juga kepada Allah.
  • sebaik-baiknya berada dalam keadaan suci daripada hadas dan berwuduk.
  • menghadap kiblat jika tiada halangan.
  • memilih waktu yang mustajab untuk berdoa seperti hari arafah, bulan ramadhan, hari jumaat dan sebagainya.
  • memilih keadaan yang baik untuk berdoa seperti ketika sujud, antara dua khutbah, ketika berpuasa dan lain2.
  • mengangkat kedua-dua belah tangan hingga nampak ketiak dan menyapu kedua-dua tangan ke muka apabila selesai berdoa.
  • digalakkan solat sunat hajat sebelum berdoa atau meminta sesuatu.
  • pastikan makanan dan minuman kita darida sumber yang halal. ini kerana Allah menolak doa orang yang makan dan dibesarkan daripada sumber haram.
  • hendaklah mengutamakan berdoa untuk diri sendiri berbanding mendoakan untuk orang lain.

SEMASA
  • memulakan dan mengakhiri dengan doa dengan memuji Allah dan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
  • berdoa dengan mengucapkan "ya Rabb" sebanyak 3 kali.
  • mengakui dan menyesali dosa yang dilakukan.
  • tidak mengangkat suara ketika berdoa.
  • berdoa dengan penuh perasaan takut dan gerun akan kehebatan dan kebesaran Allah serta khusyuk kepada-NYA.
  • berdoa dengan penuh perhatian dan kesungguhan.
  • ulangi doa yang dibaca.
  • tidak berdoa dengan suatu keburukan.
  • menggunakan ayat yang ringkas tapi padat (al-jami').
  • diharuskan juga bertawassul dengan amal soleh yang pernah dilakukan.

SELEPAS
  • menyapu muka dengan tangan setelah selesai berdoa.
  • mengaminkan doa yang dibacakan.
  • bersangka baik bahawa Allah akan memakbulkan doa kita. jika tidak, pasti ada alternatif lain diberikan Allah, sama kita sedar atau tidak.
  • bersabar menanti jawapan Allah terhadap doa yang dipohon.
antara doa yang mustajab ialah
doa anak soleh yang mentaati kedua-dua ibu bapa...


 sumber : SOLUSI isu no.22, m/s 15


p.s : ikhlaskah aku berdoa selama ni...hu3..ya Rabb..ya Rabb..ya Rabb...ampunkanlah dosa kami...

0 comments: