Daftar Tetamu Kehormat

Thursday, April 14, 2011

Apa yg Aku Pendam Ttg Dia



Cinta, satu perkataan yang sering menjadi mainan di mulut remaja. Budak- budak yang baru mencecah 12 tahun pun sudah tahu bercinta-cintun ni. Tapi, apalah sangat cinta zaman kanak-kanak atau lebih tepat lagi cinta monyet. Cinta yang datang dan pergi cuma sekadar kenangan di zaman kanak-kanak. Bila mereka sudah dewasa, baru mereka sedar cinta sebenar bagaimana. Begitu juga aku. Sepanjang hidup aku, hanya ada dua lelaki yang aku betul-betul aku sayang. Bermula zaman kanak-kanak aku, tidaklah sampai bercintan-cintun , tetapi aku pernah digosipkan dengan seorang budak lelaki kelas aku sendiri. Gosip yang dicetuskan oleh lelaki itu sendiri. Disebabkan dia agak terpengaruh, anak cikgulah kan disekolah itu, dan aku pula antara pelajar yang selalu mendapat tempat pertama di dalam kelas membuatkan gossip tentang kami tersebar dengan luas. Budak lelaki ini agak mulut lepas sikit, bila ada rakan-rakan kami sengaja bertanya siapa budak perempuan yang dia suka, sudah tentu nama aku naik. Tak hairanlah, gossip ni tersebar dengan luasnya. Satu sekolah tahu. Tambahan pula, semua adik-adiknya dan juga mak dan ayahnya tahu dia sukakan aku. Kadang-kadang naik tebal muka aku bila ada orang yang mengejek aku dengan dia. Ada sekali tu, aku ditugaskan menjaga kelas pelajar adik budak lelaki tersebut kerana cikgu-cikgu ada mesyuarat.

Bila aku masuk je kelas tersebut, adik dia sudah tersenyum-senyum kepada aku. Pandangan dia kepada aku tu buat aku jadi serba tak kena pula. Naik segan aku dengan cara dia memandang aku. Yelah, aku memang rapat dengan dia, tapi takde perasaan aneh pun bila bersamanya. Bagi aku ketika itu, tiada istilah cinta dalam hidup aku. Yelah, ketika gossip itu mula tersebar, aku baru darjah tiga, manalah aku nak pikir pasal perasan-perasaan ni. Aku tahu main je. Aku memang rapat dengan semua budak kelas aku tidak kira lelaki mahupun perempuan. Budak-budak, mana kisah kalau mandi sungai sekali dengan lelaki pun kan...

Sampai darjah enam pun gossip itu terus menjalar keseluruh sekolah sampai aku rasa kebal dah nak menjawab bila orang tanya tentang kami. Memang jawapan aku ‘tak’ la. Bagi aku waktu tu, Cuma sekadar ejekan kawan-kawan sahaja tentang pengakuan dia yang sukakan aku tu. Selepas aku masuk tingkatan satu, aku dan dia tak bersekolah sama. Aku masih di kedah, manakala dia belajar di sekolah di negeri perlis. Pada awal- awal tahun semasa ditingkatan satu tu, memang dia selalu call aku, kami bersembang macam biasa. Aku pun macam biasa, masih menganggap dia kawan aku. Tidak lama selepas itu, aku tinggal di asrama, jadi memang susahla dia nak telefon aku, zaman itu, mana da handphone lagi.Jadi, kami lost contact bila telefon rumah aku pula ayah aku sudah matikan kerana bil yang melambung tinggi. Itu bukan kerja aku, kerja abang akulah yang dok bergayut dengan kawannya. Sejak dari itu memang kami tak pernah call atau berjumpa.

Bila aku masuk tingkatan dua, barulah aku faham bagaimana perasaan orang yang menyukai seseorang. Indah je rasa dunia ni. Hahahaaha.. Aku mula berminat dengan seorang senior aku disekolah. Tapi sangka ku, inilah cinta monyet, cinta di zaman sekolah dan perasaan itu akan hilang bila aku sudah dewasa dan matang dalam hidup ini. Entah apa yang aku nampak padanya, semuanya tentang dia aku suka. Biasalah tengah suka. Aku sanggup buat kerja gila bila aku cuba cari number telefon rumahnya dari buku pendaftaran kelas. Memang gila tapi bukan aku yang buat, kawan aku yang buat, aku hanya ambil dari dia je.Hehehe ..

Sebenarnya kawan aku tu suka juga dekat senior tu, sebab itulah dia sanggup curi-curi tengok buku pendaftaran kelas senior aku tu. Pelik juga bila aku cerita dekat orang, yang aku dan kawan aku tu boleh rapat disebabkan lelaki tu. Sebab, kitorang sama-sama minat leaki tu, kitorang mesti akan kongsi apa je yang kami tahu pasal lelaki tu, sama-sama usha dia dari jauh. Hahaha.. Masa tu, aku sanggup ke library sebab nak tengok dia kerana library searas dgn klas dia, tambahan pula dia duduk tepi tgkp, so bolehlah aku curi-curi tengok dia. Nakal betul time tu. Tapi bila aku dapat number phone tu, aku tak terus call dia, sebab masa tu, spm dah dekat, aku tak naklah ganggu dia. Aku tunggu sampai dia dah keluar dari sekolah dulu. Masa aku form 3 barulah aku mula call dia. Masa tu banyak dah student yang ada handphone, so aku try la mintak no handphone dia, dia memang bagi number dekat aku. Ingatkan semudah tu je la aku dapat number dia. Masa tue, aku tak bagi tahu lagi nama aku, aku hanya bagi tahu dia yang aku satu sekolah dengan dia je. So dah dapat number phone dia tu, aku dan kawan aku ni try la call.

Dah da handphone sendiri kan time tue. Masa tue la baru aku tau itu bukan number dia, tapi number kawan dia. Nasib baiklah aku aku tak cakap apa-apa sebab aku pelik bila aku Tanya dia, dia macam tak tahu apa-apa je. Kawan dia tu pun sama juga degil dengan aku, tak nak bagi tahu dia tu siapa, sampailah last-last dia ngaku jugak nama dia ‘a’. Aku kenal ‘a’ ni, so, aku pun xbagi tahu juga nama aku. Hehehe.. Tapi dia tak nak bagi tahu aku nombor phone senior yang aku minat tu sebab aku tak nak bagi tahu dia nama aku. Sejak dari itulah, habis no aku tersebar kat kawan-kawan dia yang lain. Huhuhu.. tapi aku tetap tak beri tahu nama aku kat diorang. Yelah, kalau aku bagi tahu, kantoilah aku admire kat senior aku tu. Tak pasal-pasal glamour pula aku glamour kat sekolah tu. Lupa pula aku nak citer, senior aku ni low profile sikit, berbanding kawan-kawan dia yang lain. Tapi dia lelaki normal juga, nakal juga. Kalau tak, takkan dia tipu aku kan. Dan dalam banyak-banyak number yang mesej aku tu, rupa-rupanya salah satu tu, nombor fon senior aku. Tapi aku memang tak layanlah, malah nombor tu la aku paling menyampah sekali nak balas mesej dia sebab cara dia macam kasar sikit. So, bila dia mesej pun, memang aku tak balaslah. Bila dah hampir setahun, aku cuba mintak nombor senior aku tu dari kawan-kawan dia, tapi still tak dapat. So, aku pun macam give uplah.

Dah nak pmr pula time tu, baik aku focus dekat exam aku tu. So, aku pun dah tak try minta nombor dia sampailah satu hari tu. Masa tu aku baru masuk form 4. Masa tu sekolah aku adakan pertandingan bola tampar antara sekolah peringkat daerah. So, aku dan kawan sekelas aku ni pergilah cuci mata sekejap. Masa tu, cikgu tak masuk kelas. Itu yang kami melencong tu. Tengah-tengah menonton game tu, tiba-tiba aku perasan ada seseorang yang macam aku kenal sangat dekat tengah-tengah court tu, jadi pengadil utk game tu.

Teng..teng..teng.. Senior aku lah. Tiba-tiba je aku rasa macam nak lompat-lompat je kat situ. Excited punya pasal. Nasib baik aku sedar lagi orang ramai dekat situ, dah pakai baju kurung sekolah kan. Takkan lah aku nak lompat-lompat pula. Selepas tu, aku rasa semangat balik nak dapatkan nombor telefon dia. Hehehe.. Bagi aku, dia tetap ada style macam dulu. Erm, sebenarnya aku rasa dia tak la handsome sangat pun dimata orang lain, dimata aku je kot dia nampak handsome. Sebab dia tak la popular macam kawan-kawan dia yang lain. Agaknya sebab itulah aku suka dia. Low profile, study pun okey. Bermula dari situ, aku try call balik nombor rumah dia. Kira, semua orang dalam rumah dia tu kot aku pernah cakap. Mak dia pun tahu aku nak mintak nombor phone dia. Dia siap pesan dekat mak dia lagi, kalau ada orang mintak nombor phone, jangan bagi. Tension aku. Kawan aku yang juga minat dekat senior tu, try juga call.

Agaknya sampai dia rimaslah kot, dia bagi juga nombor dia dekat kawan aku tue. Aku suruh kawan aku try minta nombor senior tu dan akhirnya dia bagi satu number ni. Kawan aku pun passlah number phone tu dekat aku. Bila aku call je, memang dah save dalam phone aku, nombor yang paling aku menyampah tu la. Aku mula lah tak percaya dengan dia. Masa tu, aku memang dah give uplah. Ingatkan dia nak bagi betul-betul, tapi main-main pula. So, memang aku tak call balik number tu. Aku buat bodoh je. Esok tu, number tu mesej aku. Dia tanya nama aku, tapi aku tak jawab. Aku tanya balik ni siapa? Kenapa nak tahu nama aku? Dia cakap dia kawan senior aku tu. Senior aku yang suruh aku tanya nama aku kalau nak tahu number dia. Aku pun pelik juga. Main kawan-kawan pula dia ni. Dahla habis number aku tersebar dekat kawan-kawan dia. Nasib baik tu number baru, so memang susahla dia nak detect number aku dari kawan-kawan aku yang lain. Dari pagi sampai kepetang aku mesej dengan number tu. Dia dok cuba tanya nama aku, aku pula cuba nak tahu dia tu siapa? Last-last sekali aku cakap dekat dia. Tak nak bagi tahu takpelah, aku pun dah nak pindah dari sekolah tu. Aku guna ayat sedih sikit. Tak sangka pula sekeras hati dia tu, boleh pula mengalah dengan aku. Dia mengaku juga dia tu senior aku. Dia cakap dia tak nak bagi tahu hal sebenar sebab dia nak tahu dulu siapa aku ni. Tapi aku tak bagi tahu juga nama aku time tu. Dia cakap dia save nama aku ‘hantu’ sebab tak tahu nama. Kurang asam gak dia ni.

Tapi, aku tak percaya macam tu je, aku suruh dia call aku, cakap hello then letak balik. Aku nak dengar suara dia betul ke tak sebab aku cam suara dia. Dia call aku terus. Tapi sebelum tu sempat lagi dia peril aku, dashsyat aku ni sampai cam suara dia, mesti dok call dia tiap-tiap hari. Kurang asammm… Bila dia call tu, huishh, memang betullah dia. Tak sangka dia aku akan berbual dengan dia dalam telefon. Bahagianya rasa. Muka-mula dia call aku dengan handphone dia, pastu habis kedit kot terputus pula. Baru nak excited, terputus pula. Tiba-tiba dia call aku dengan number rumah dia pulak. Wahhhhh, lagilah aku excited. Itu maknanya dia memang nak berbual dengan aku. Hahaha.. Kitorang sembang lama jugalah, hamper sejam gak. Dia ajak jumpa sebab dia nak kenal dengan aku. Dia cakap xacilah aku je kenal dia, dia tak kenal aku. Hehehe. Tapi aku ni bukannya jenis main keluar je dengan lelaki yang baru aku kenal. Walaupun dia tu senior aku, tapi aku bukannya kenal sangat hati budi dia, so aku tolak permintaan dia. Dia tawar diri nak datang sekolah, jumpa dalam kawasan sekolahlah, aku tolak juga, tak naklah aku. Kantoi ngan warden, tak pasal-pasal dibuang asrama sebab dating. Buat malu family je. Last-last dia mengalah juga. Dia pun tak ajak dah. Selepas tu, dia try tanya nama aku je tapi aku tak bagi tahu juga. Tak selamat kalau aku nak bagi tahu nama aku time tu. Aku sebenarnya segan jugalah sebab aku yang terkejar-kejar dia selama ni. So, aku buat keputusan, biarlah waktu yang tentukan bila dia akan kenal aku. Hehehe.. Bila dipikir-pikirkan balik, dia ni bersabar lama juga dengan aku ni.


Bila aku masuk tingkatan empat, aku dapat menyambung pelajran aku di sebuah sekolah elit di perlis. Aku dah tak boleh bawak handphone, jadi kami lost contact. Aku pun ingatkan sampai situ je la aku dan dia. Bila masuk sekolah tu, aku pun macam busy dengan aktiviti kat sana. Tidak menyangka pula disekolah itu, aku terjumpa dengan kawan baik budak lelaki tersebut. Jadi secara tak langsungnya, dapatlah aku no handphone lelaki tersebut. Tetapi, bukan aku yang mula menelefon dia, dia yang menelefon aku. Sejak dari itu, kami boleh dikatakan selalu jugalah berhubung. Dan, kali ini dia masih menagtakan benda yang sama. Dia masih mengungkit zaman kanank-kanak kami yang selalu digosipkan. Pernah juga dia cuba mengayat aku, tetapi seperti biasa, aku buat tak tahu je. Dia pun bercakap dengan nada bergurau. Aku pun endah tak endah je la kata-kata dia. Masa tu aku pun masih ada perasaan dekat senior aku tu. Dah tak nampak dah orang lain. Kami mula berhubung kembali sejak dari itu. Dan selalunya dial ah yang call aku, aku mesej je dia.hehehe. Dipendekkan cerita, masa aku dekat matrik, budak laki ni ada call aku time besday dia. Panggilan free kan, bolehlah dia call aku. Kali ni dia tetap cakap benda yang sama tapi bukan dengan nada yang bergurau. Dia tanya aku, ingat tak masa sekolah rendah dulu, aku suka dekat kau? Aku pun jawab, itu cerita lamalah. Zaman kanak-kanak lagi, mana nak tahu apa-apa pasal perasaan-perasaan ni. Lepas tu dia cakap, dia memang betul-betul sukakan aku time tu, budak-budak tak pandai nak menipu kan? Terkedu kejap. Dia macam nak luahkan perasaan pula.

Aku pun balaslah, aku cakap yang aku anggap dia dari dulu, sekarang dan selamanya sebagai kawan je. Aku rasa macam pelik pula kalau bercouple dengan kawan baik sendiri. Yelah, kami ni dah rapat sangat dulu, jadi bagi aku saying aku kepadanya sekadar sahabat je la. Bukan kekasih. Selepas dari tu, dia tak pernah telefon aku lagi. Sampai sekarang ni. Agaknya, dia terasa dengan aku ke bila aku cakap macam tu?. Jika dulu kita 12 tahun, sekarang ni kita dah 21 tahun. Dalam masa 9 tahun tu, mungkin dah banyak berubah dalam hidup kita. Tambahan pula, masih bersisa perasaan aku kepada senior aku tu.

Aku melangkah masuk ke university dengan perasaan kosong. Walaupun university yang aku masuk ini ramai lelaki, langsung tak mengugat perasaan aku kepada senior tu. Hebat sungguh penangan senior tu. Aku meminati dia selama enam tahun walaupun tak pernah berjumpa dengannya sepanjang itu. Kawan aku yang meminati senior tu pun sudah dah ada orang lain dalam hidupnya, sedangkan aku masih setia dengan perasaan aku. Bila masuk university ni, bebas sikit untuk menggunakan internet. Bermula dengan mesej dengan senior tu, aku dah ada ym dia. Zaman tu, ym memang popular kan.Kami kembali berhubung. Hampir setiap malam kami ber chit chat. Aku rasa ketika ini, tidaklah perlu aku merahsiakan identity aku lagi kerana kemungkinan utk berjumpa dengannya makin tipis. Dia dah masuk u lain, aku pula masuk u lain. Sedang diulit bahagia dengan perasaan tu, tiba-tiba kawan aku yang pernah meminati senior sudah break dengan couple dia. Aku berkongsi kesedihan dengan dia. Walaupun aku tidak pernah kecewa dalam pencintaan, tapi aku faham perasaan kecewa itu. Ada satu hari tu, kawan aku tu mesej aku, dia mintak nombor telefon senior tu. Dia nak contact balik dengan senior tu. Masa tu, laju sahaja air mata aku keluar . Tiba-tiba sahaja aku dapat rasa yang aku akan kehilangan senior tu. Berbanding dengan aku, kawan aku tu memang lagi cantik dan pandai dressing dari aku. Senior tu pun pernah cakap yang aku ni kasar, tak macam kawan aku tu. Hari tu aku pergi kelas pun kosong je. Tak masuk otak pun. Tapi hari itulah juga hari munculnya lelaki yang menggangu fikiran aku sehingga kini. Sebenarnya dia dah muncul depan aku sejak awal semester 1 lagi, cuma aku je yang tak perasan. Yelah, masih dengan setia dengan senior tu. Kisah aku dan dia ni bermula bila kawan aku ajak keluar ke Bandar. Diorang nak beli barang. Selalunya aku menolak pelawaan diorang, aku malas nak keluar, jimatlah katakan.

Tapi hari tu kebetulan aku memang nak beli tiket bas nak balik kampong, so, aku ikut lah diorang. Kawan aku ni, tak berani nak drive ke Bandar sebab tak tahu jalan kat Bandar tu, so dia suruhlah sorang budak laki kelas aku ni drive kan. Aku pun tak tahu dia yang drive keta tu, so bila kawan aku cakap nak gi ambil laki tu dekat kolej kediaman, barulah aku tahu. Tak tahu kenapa aku bedebar bila dpat tahu laki tu akan drive. Tapi aku buat-buat cool je lah depan kawan aku tu. Tapi, laki tu buat aku bertambah berdebar bila tiba-tiba dia terus masuk kat tempat duduk belakang, sebelah akulah tu. Dia sengaja nak menyakat kawan aku tu, suruh dia drive, lepas tu kawan aku pun drive lah juga bila lelaki tu cabar dia. Tapi sampai dekat station minyak je. Baru je keta tu nak jalan, laki tu tegur aku, dia cakap kena pakai tali punggang kalau kawan aku ni drive, bahaya. Dia melawak. Orang lain dalam keta tu semua ketawa, tidak aku, pelik + terkejut sebab tiba-tiba dia ramah dengan aku, padahal sebelum ni tak pernah langsung dia tegur aku. Tapi aku senyum jugalah kat dia. Tapi aku ikut juga nasihat dia tu, aku tariklah tali pinggang tu nak pakai tapi tak boleh. Dah banyak kali aku cuba tarik tapi tak boleh, aku pun malaslah. Aku ingat nanti bila keta ni stop, baru aku try balik sekali lagi. Sebab aku perasan, dia tengok arah aku yang terkial-kial tarik tali pinggang tu. Tiba-tiba rasa cam segan dengan dia. Bila kitorag berhenti nak isi minyak, dia keluar isikan minyak.

Aku pun time tu cubalah tarik sekali lagi tali pinggang tu, tapi tak boleh juga. Tiba-tiba je laki tu buka pint uterus tolong tarikkan untuk aku. Makin terkejut aku dibuatnya. Tiba-tiba je buka pintu sebelah aku. Tapi jauh dari sudut hati aku, terharu sebenarnya. Yelah, aku tak minta tolong pun, dia dah tolong. Persepsi aku tentang dia berubah sikit sejak dari tu.Sebenarnya sebelum ni, aku pun tak suka sangat dengan dia, cara dia macam playboy je. So, aku memang tak berminatlah nak berbaik dengan dia. Lupa pula nak bagi tahu, kawan aku ni memang admire dekat laki ni, sebab tu diorang ajak laki ni jadi driver kami, macam nak bagi peluang untuk dia mendekati laki tu. Aku malas nak masuk campur hal diorang, janji aku dapat balik kampong weekend ni. Aku nak jumpa kawan baik aku yang bakal ke UK nak sambung belajar kat sana.

Tapi aku rasa pelik pula bila kami sampai dekat shoping complex tu, kata nak bagi peluang dekat kawan aku yang minat dekat dia tu nak rapat dengan laki ni, tapi boleh pula diorang berjalan berdua, tinggal aku dengan laki tu dekat belakang. Tapi aku taklah jalan sekali dengan laki tu, aku jalan antara diorang dan lelaki tu. Aku rasa kesian pula bila tengok muka laki tu yang macam bosan je, yeah perempuan kalau shoping memang lama.Bertambah pelik, bila nak pergi bayar parking kereta tu, diorang pergi berdua juga, tinggal aku dengan mamat tu berdua lagi. Nak juga aku ikut tapi bila tengok muka laki tu, macam tak patut pula aku nak ikut, nak pergi bayar parking je pun, dah la asyik tinggal dia sorang je, dah jadi betul-betul macam driver kami pula. So, aku pun tunggulah kawan aku dengan dia dalam kereta. Masuk je dalam kereta, dia berbual dengan aku dengan ramahnya, makin aku pelik.

Tadi, depan kawan-kawan aku dia takde pula tegur aku seramah ni. Tapi aku layan jugalah dia berbual. Bila nampak je kawan aku datang kea rah kereta tu, dia terus diam. Tak habis lagi apa yang dia nak cakap tadi. Aku lagi,lagilah pelik. Kalau dia depan kawan aku, memang tak tegur aku, tapi bila tinggal berdua, dia mesti tegur aku. Pelik tapi aku mals nak pikir, sebab mood aku nak baik kampong je time tu. Sejak hari tu, hidup aku dengan university ni dah mula berubah. Laki tu mula menganggu ketenangan hidup aku. Bila kami terserempak, dia pasti tak pandang aku. Buat tak tahu je. Aku yang baru nak berbaik dengan dia pun jadi makin menyampah. Hari tu baik je berbual dengan aku walaupun bila hanya tinggal kami berdua je baru dia tegur aku. Tapi, sekarang ni dia langsung tak pandang aku, macam aku ni buat salah pula dengan dia. Bila dia buat muka dengan aku, aku pun makinlah rasa menyampah dengan dia, aku kalau jumpa dia pun buat bodoh je. Tapi, boleh pula, kawan aku ni susun aku dengan dia jadi satu ajk utk projek klas kami. Aku rasa macam nak luruh jantung aku bila dapat tahu aku kena bekerjasama dengan dia. Dia tengok muka aku pun tak nak, macam manalah nak buat kerja sekali? Kenapa tak biar kawan aku yang minat laki tu je satu ajk? Kenapa pula aku? Tapi aku malas nak personal banyakbanyak, aku ikut je la arahan. Malas ak gaduh walaupun emnag tak puas hati giler. So, aku dah plan nak bahgi-bahagi kerja je, lepas tu buat kerja masing-masing. Takdelah nak buat sekali ni. Aku mesej dia tanya laki tu, bila diorg free? (ada seorang lelaki lagi jd ajk tu). Lepas tu dia ckp, buat petang ahadlah. Tak mau buat pagi. So, aku pun ikutlah cadangan diorang. Petang tu tiba-tiba dia mesej aku, dia cakap, yg sorg lg tu tak datang, dia keluar, tinggal aku dan dia je yang discuss petang tu. Rasa macam aku luruh je jantung aku baca mesej dia tu, semalam dia yg cakap petang ni diorang free, kenapa pula tiba-tiba yg sorang tu keluar pula? Haish.. dah mulalah aku gabra ni bila aku nak kena berdua dengan dia. Nak cancel pun, takut tak sempat nak buat, sebab tinggal dua hari je lagi. So kena juga discuss. Aku pun berlagak cool je bila duduk depan dia. Tapi aku rasa, dia pula yang macam tak selesa bila aku duduk depan dia. Lepas tu, aku tukar duduk disebelah dia bila aku nak tengok skrin laptop dia. Barulah nampak dia macam selesa sikit nak discuss dengan aku. Dia pun berbual dengan aku okey je, dari pasal project tu melalut sampai pasal assignment.

Takde pula dia dingin dengan aku. Tak paham aku dengan perangai dia ni. Esok tu, dia bagi pendrive dekat aku nak suruh aku print maklumat, dia cakap dia nak balik pendrive tu malam ni. Laa.. tak menyempat. Dah macam tak boleh je pin jam pendrive orang dulu kalau nak guna. Sanggup pula dia datang ke kolej kediaman aku semata-mata nak ambil pendrive yang 2 GB tu, pelik betullah. Pukul 8 dia dah mesej aku, tanay dah siap ke belum. Geram aku dengan dia ni, kelam kabut sangat. Dia bagi pendrive tu pun dah dekat pukul 7, pukul 8 dah nak ambil balik. Aku solat pun tak lagi. Bila aku cakap belum print lagi, dia cakap takpelah, dia suruh kawan dia ambil dekat aku. Dia tnya number nilik aku so, suruh kawan dia je yang ambilkan untuk dia. Pulak, tadi bukan main nak guna cepat, ni boleh pula suruh kawan dia je yang ambil. Berkerut sejuta dah dahi aku ni pelik dengan dia ni. Lepas tu, dia ajak aku buat sekai kerja tu esoknya. Dia cakap dia tak pandai sangat nakbuat kerja-kerja ni. Aku pun ikut je la permintaan dia tu, kalau aku tak turun nanti, kata aku ni tak beri kerjasama pula kan. So, sepetang tu aku pun menghabiskan masa dengannya dan sorg lagi tu. Selepas itu, dia dah mula berbaik dengan aku walaupun dia tak tegur aku depan orang lain, tapi dia dah takde buat muka dengan aku, so aku assume dia ni takde masalah dengan akulah sebab hasil kerja kitorang menjadi walaupun pada awalnya aku rasa memang tak boleh buat kerja dengan dia. Dia mula cuba menarik perhatian aku. Kebetulan nama aku ni ada dua orang di dalam kelas kami. Ada satu hari tu, kitorang ada jamuan makan malam, first tu, aku duduklah dekat satu meja ni sebab ramai pelajar prempuan dekat situ, tapi still ada beberapa tempat kosong lagilah. Pastu, laki tu dan beberapa kawannya duduk kat tempat kosong tu, kira mengadap dengan akulah.

Kawan-kawan aku yang rapat dengan aku tu duduk kat meja lain sebab diaorang berbual dengan budak kelas aku yang lain, laki. Aku malaslah nak join diorang sebab aku bukannya rapat dengan budak laki sangat. Sebab tu, ak duduk dekat meja yang ramai perempuan ni. Nak dijadikan cerita, kawan aku panggil aku suruh duduk semeja dengan diorang, aku pun macam serba alah sebab meja aku dudk tu dah cukup 8 orang, kalau aku tinggal meja tu, nanti kosong pula, nanti kesian ula diorang kena cari seorang lagi nak penuhkan meja. Sedangkan emja yang kawan-kawan aku duduk tu, banyak lagi tempat kosong, so lagi senanglah nak cari orang duduk kat situ. Pastu tiba-tiba je laki tu cakap, sebut nama aku, jangan lah pindah. Duduklah dekat sini. Ingatkan, dia cakap dekat akulah, tetapi rupa-rupanya dia cakap dekat budak perempuan yang sama nama dengan aku tu. Haish, geram aku, aku yang nak kena pindah, bukan budak tu, wt pe cakap kat dai pula. Agaknya kalau, dia cakap macam tu dekat aku, aku tak pindah kot dekat kawan aku tu. Tapi, dia pilih untuk cakap pada kawan aku yang sama nama dengan aku tu je, aku bangun terus pergi duduk kat kawan-kawan aku tu. Jauh dari sudut hati aku, kecewa. Perasaan aku masa tu dah mula aneh dengan laki tu. Laki tu pula selalu sahaja menduga perasaan aku. Sampailah satu hari tu aku minta no fon sorang kawan dia ni yang satu ajk dengan kami aritu, sebab nak bagi ink printer dekat dia, tapi laki tu tak balas pun mesej aku. So, aku assume, dia nak bagi dalam kelas ke or aku terus tanya dia je petang nanti dekat kelas. Tapi bila aku sampai kelas, dia langsung tak pandang aku, muka masam giler, aku pun jadi takut nak tanya dia. So, aku pun abaikanlah niat nak bagi ink printer kat kawan dia tu. Lepas tu, dia mula jadi macam dulu, alyan aku digin je, tak pandang, apatah lagi kalau nak tegur kan. Aku pun confuse dengan dia ni, sekejap layan aku baik, sekajap tidak. Pada masa tu, aku dengan senior aku dah macam mula menjauh sikit, dah tak selalu chit chat. Dah dekat dengan exam, so, masing-masing busy. Sampailah hari kawan aku mintak no fon senior tu dekat aku, aku diam je dalam kelas. Aku rasa kecewa sangat time tu, aku rasa macam dah kehilangan senior aku tu.

Kelas petang tu, ada presention bi, tapi group aku tak kena present lagi, aku pun duduklah dengan satu geng ni yang dok layan citer nur kasih. Memang aku suka sangat cerita tu. So, aku tak dengar pun presentation yang diadakan di booth, aku duduk kat meja je. Aku perasan budak laki tu asyik lalu dekat situ je tapi dia tak tegur pun kitorang. Kitorang pun dok asyik layan citer tu je. Banyak kali jugalah, sebab tu aku perasan. Last, last dia berhenti juga dekat sebelah aku. Dia tanya,Korang tengok citer apa ni? Aku pun jawablah nur kasih. Lepas tu dia tanya lagi, ooh. Nur kasih the movie ke? Aku pun balas, mana ada nur kasih the movie lah. Dia tersengih je sambil terangguk-angguk. Aik, boleh pula dia tegur aku. Tapi sebenarnya titik permulaan untuk aku lupa ada senior aku dan aku mula menerima perasaan aku kepada lelaki tu. Tak tahu kenapa, bila dia tegur aku balik, aku rasa macam suka sangat kepada dia and aku boleh lupa sekelip mata je perasaan aku yang bertahun-tahun tertanam dalam hati aku ni padas nior tu. Pelikkan. Aku dah tak berhubung lagi dengan senior tu. Tapi, aku pun takdelah membiarkan perasaan aneh aku kepada laki tu terus menjalar, takut juga aku yang bertepuk sebelah tangan. Walaupun dia cuba menarik perhatian aku, tetapi dia tak pernah berbual panjang dengan aku. So, aku tak tahu apa yang dia fikir tentang aku. Tetapi sejak dari situ, dia mula ada dimana aku ada. Entahlah ini kebetulan yang dirancang atau memang takdir. Waktu aku kena present, dia tunggu sampai aku habis present, padahal kawan-kawan dia dah balik pun. Yelah aku group last kan. Bila aku ada kelas kat tempat lain, dia da kat tempat lain, dia akan lalu depan kelas aku tu, padahal ada jalan yang ebih dekat nak balik kolej kediaman. Ada sekali tu aku tak perasan, dia duduk di kerusi dengan kawannya di depan kelas aku. Aku tengah kusyuk menyalin sesuatu. Tiba-tiba je aku rasa nak kalih ke sebelah kanan aku, terkejut aku bila mata aku terus ebrtembung dengan matanya.

Cepat-cepata ku kalih kat tempat lain. Dia pun sama. Cepat-cepat kali kat tempat lain bila dia sedra aku perasan pandangan dia tu. Jauh disudut hati aku ada perasaan gembira. Tapi aku maintain cool je bila depan orang lain. Dan banyak lagi kebetulan yang seumpama itu. Sampailah kawan aku citer dekat aku laki tu dah ada gf sekarang ni. aku tertarik mendengar cerita itu. Entah aku percaya atau tidak cerita itu pada mulanya. Kawan aku tunjuklah gambar gf laki tu dekat aku. Bagi aku, biasa je perempua tu, tapi macam ayu-ayu sikit, tak macam aku yang kasar sikit. Mulanya, aku ingatkan itu gossip je tapi bila kawan baik aku sendiri buka fb laki ni, memang betul dia dengan perempuan ni bercouple. Perasaan aku masa tu keliru. Tak tahu apa yang jadi sebnarnya. Kalau selama ni dia dah ada gf, kenaa nak menduga perasaan aku lagi? Ke aku je yang perasan selama ni? perasan ke bila setiap hari ada saje benda yang kau sengaja buat untuk tarik perhatian aku? Aku memang takde jawapan untuk soalan aku ini. Hanya laki tu je yang boleh explain semua ni. Aku rasa macam bodoh je bila dia permainkan aku macam tu. Nasib baiklah aku tak pernah citer sal ni dekta mana-mana kawan aku dekat kelas aku di u ini. Jadi, kecewa aku aku simpan sendiri je. Bila amsuk semester 3, kami jarang berjumpa, tak banyak kelas kami sama. Aku rasa lega sikit bila aku tak perlu berhadapan dengan dia. Aku sangka, aku dah boleh lenyapkan perasaan aku kepada dia tetapi tidak semudah itu. Bila masuk tahun ketiga, kami kembali satu kelas macam semester 1 dahulu. Dia muncul lagi dalam hidup aku. Dia kembali cuba menarik perhatian aku macam dulu, dia akan tegur kawan-kawan aku bila aku ada, tetapi dia hanya berbual dengan kawan aku je, aku tak pula dia tegur. Aku tak tahu kenapa dia macam tu dengan aku? Apa salah aku? Kenapa bila kami berdua je, baru dia nak berbual dengan aku ramahnya? Sampai sekarang, aku selalu terfikir kenapa dia hanya tegur aku bila aku dan dia je yang tinggal, bila aku dgn bdk2 lain, dia takkan tegur aku? Kenapa kadang dia layan tak pandang aku langsung, dan kadang-kadang dia pandang aku sampai aku perasan? Kenapa dia cuba tarik perhatian aku jika dia sudah pun ada yang special? Tengah-tengah aku menyoal soalan sendiri tentang laki tu, aku terjumpa senior aku di dalam bas semasa nak pulang ke kampong ku. Pertemuan yang tak diduga itu menambahkan lagi kekeliruan aku. Sebenarnya aku telah buat solat istikharah eberapa hari sebelum itu. Aku tidak nampak wajah lelaki tu, tapi aku sejak aku buta solat istikharah, makin banyak kebetulan aku dan lelaki itu. Namun, bila aku terjumpa dengan senior aku yang sudah bertahun aku tak pernah berjumpa walaupun rumah kami bukanlah jauh sangat, satu daerah, tetapi boleh pula terjumpa di dalam bas itu. Sedangkan, aku sendiri tidak rancang dari awal untuk balik dengan bas pada malam itu. Seolah-olah kebetulan yang terjadi ini memberikan aku petunjuk. Tapi, aku sendiri tidak yakin, Cuma aku masih berdebar bila melihat dia menaiki bas yang aku naiki. Aku keliru dengan apa yang berlaku. Aku rasa sakitnya hati bila terpaksa pura-pura tabah bila berhadapan depan lelaki itu, seolah-olah aku tidak ada perasaan dengannya. Aku keliru bila senior itu muncul semula dalam hidup aku. Aku berharap, masa berlalu dengan pantas, supaya aku tidak perlu lagi berhdapaan dengan lelaki itu, biarkan aku mulakan hidup baru. Mungkin sudah tiba masanya aku redha dengan siapa pun jodohku, kerana aku yakin ketentuan-Nya adalah yang terbaik untukku. Untuk hanya beberapa bulan ini, aku mengahrapkan kekuatan darmu mengahdapai semua dugaan MU ini.Ya Allah, kau hindarilah aku dari perasaan kecewa ini.. kau kurniakanlah aku seorang lelaki yang soleh, yang boleh membimbing aku ke jalan yang benar, yang mampu memayungkan kasihnya kepadaku sepanjang hayatku.

0 comments: