Daftar Tetamu Kehormat

Sunday, March 20, 2011

Lagenda Budak S****

Pemberitahuan: Cerita ini langsung tiada kena-mengena dengan diri penulis, kaum kerabat beliau, mahupun kucing hitam belaan beliau.





Maka tersebutlah kisah di sebuah kampung terdapat seorang pemuda yang mempunyai tabiat yang agak pelik. Pemuda yang bernama Sarip itu amatlah suka akan air sirap. Setiap kali sebelum makan dan selepas makan, pasti air sirap yang menjadi kewajipan baginya. Puas ibunya menyuruh dia meminum air lain, tapi dia sekali-kali tidak akan menghiraukan kata-kata ibunya. Malah pernah jua ibunya menyediakan air Fresh Orange dimana buah oren yang digunakan adalah diimport khas dari China. Tetapi tidak jua mahu diminum oleh Sarip.

Istimewanya Sarip ni bukan sahaja dia suka minum sirap, bahkan dia juga amat mahir membuat air sirap yang sangatla sedap. Setiap orang yang mencuba segelas air sirap buatan Sarip pasti akan minum 2 gelas, bagi yang minum 2 gelas, pasti nak minum 4 gelas. begitulah seterusnya mengikut gandaan dua. Disebabkan kebolehannya yang luar biasa itu, dia pasti menjadi orang pertama yang dijemput untuk menyediakan air sirap jika ada sebarang kenduri yang dibuat di kampungnya.

Disebabkan harga gula naik mendadak, maka amatlah marah Bapanya Sarip iaitu Dollah. Dia seringkali menyalahkan Rokiah, ibunya Sarip kerana terlalu banyak minum sirap ketika mengandungkan Sarip dahulu yang menyebabkan sarip tiada mahu meminum air lain selain air sirap. Rokiah pula menyalahkan suaminya kerana tidak membeli susu Anmum ketika dia mengandung dan dia terpaksa minum sirap kerana hanya ada sirap dirumahnya ketika itu.Maka bertelagahlah pasangan suami isteri itu dari pagi sampai ke petang.

Sementara itu, sarip yang sedang syok memancing sambil minum air sirap kegemarannya di sergah oleh Meon, budak suruhan Tok Ketua. Akibatnya terpelantinglah botol air sirap Sarip kedalam sungai. Tiba-tiba muncul ikan-ikan dalam jumlah yang sangat banyak. Ikan pun suka akan kelazatan sirap buatan sarip.

"Weh ape main sergah-sergah ni? Rugi je sirap aku bagi minum kat ikan tu," sarip memamg amat pantang kalau air sirapnya dibazirkan.

"Sorry Sarip, ni emergency case. Tok ketua nak jumpa kau sekarang jugak. sangat penting katanya," balas meon dengan termengah-mengah seolah-olah baru lepas dikejar serigala jadian.

Lalu sarip pun segera ke rumah Tok ketua kerana dia amat terhutang budi dengan Tok ketua yang selalu membelanjanya minum air Sirap di gerai Salmah Janda. Setibanya dia dirumah Tok ketua, kelihatan ramai orang kampung sedang menyiapkan khemah dan sebagainya seolah-olah ingin membuat kenduri kahwin.namun sarip tidak tahu siapakah yang akan berkahwin kerana tidak pula sarip menerima jemputan daripada sesiapa.

"Baguslah kau datang Sarip, cepat sediakan air sirap istimewa. YB wakil rakyat akan datang melawat kampung kita petang ni," nampak kalut saja Tok Ketua hari ni. maklumla YB nak datang.

Sarip hanya mengikut sahaja arahan Tok ketua. Lagipun memang dia selalu buatkan air sirap setiap kali ada kenduri besar di kampungnya. Ada juga yang cuba pandang-pandang jeling-jeling untuk mengetahui rahsia apakah yang dilakukan oleh Sarip sehingga ada yang pernah menggigit gelas kerana terlampau sedapnya air sirap buatan sarip.namun mereka hampa kerana cara yang digunakan oelh sarip sama sahaja dengan cara orang lain membuat air sirap. Tiada ramuan istimewa ataupun cara yang luarbiasa.

Tepat jam 3 petang, maka datanglah YB wakil rakyat diiringi oleh 18 orang bodyguardnya yang mempunyai body tough seperti The Rock dan memakai sut hitam ala-ala mafia. Namun terselit jua seorang gadis yang amatlah cun sehingga ada pemuda kampung itu terlanggar tiang akibat terlalu asyik memandang gadis tersebut. Gadis tersebut bernama Sofia yang juga merupakan anak kepada YB berkenaan. Walaupun begitu, sarip tidak mempedulikan semua itu kerana merasa tugasnya sudah selesai. Dia lebih selesa melayan PSP sambil menyedut air sirap buatannya.

Sesudah acara lawatan kampung, maka tibalah masa untuk acara makan-makan. Yb serta anak gadisnya dijemput untuk makan makanan yang enak-enak yang disediakan oleh orang kampung. Tiba-tiba YB bangun dengan muka yang suspen.

"Siapa yang buat air sirap ni? Saya mahu berjumpa dengannya?" Tiba-tiba YB itu bersuara dengan nada yang serius. maka cuak lah Tok ketua mendengar kata-kata YB tersebut.Lalu dia segera mengarahkan Meon untuk memanggil Sarip. sarip yang sedang leka bermain PSP menghempuk kepala Meon kerana mengganggu masanya untuk bersenang lenang.Namun dia tetap jua mengikut meon kerumah tok ketua.

Setibanya dia di rumah Tok ketua, dia berasa amat hairan kerana suasana sunyi sepi.Selalunya orang kampung itu suka memekak kalau ada kenduri sebegini.Tok ketua juga kelihatan pucat seperti baru make-up.

"Jadi kamulah pemuda yang menyediakan air sirap ni?" Yb itu segera menyoalnya. Sarip hanya mengangguk kerana dia turut merasa ketakutan.

"Siapa nama kamu?"

"Sarip Yb. Tapi orang kampung panggil saya Sarip Sirap atau Mr SS,"

Tiba-tiba Yb itu senyum dan berkata "Sarip, sudikah kamu mengahwini anak gadis saya?"

Kata-kata YB itu amatlah mengejutkan Sarip dan seluruh warga kampung sehingga ada yang terjatuh dari kerusi, tidak kurang juga yang tercekik tulang ikan.

sarip yang terpinga-pinga dengan pertanyaan YB itu tiba-tiba terpandang akan Sofia yang cun-melecun.Dia pun segera bersetuju setelah melihat senyuman Sofia yang manis seperti air Sirap buatannya. Seluruh kampung bersorak kegembiraan dan ada segelintir pemuda dan duda yang kecewa dengan berita itu.

Selepas berkahwin dengan Sofia, sarip mula menceburkan diri dalam bidang keusahawanan dengan membuat sirap dengan jenamanya sendiri yang diberi nama Sirap sarip yang menggunakan tagline "sedap sehingga menggigit gelas".Perniagaannya semakin maju sehingga dieksport ke New York serta Afrika Selatan.

Begitulah kisah Legenda Budak Sirap yang menjadi terkenal hanya kerana segelas AIR SIRAP...

-TamaT-