| Adam Hawa | Agama | Cerpen | Download | Fakta | Jalan-jalan Cari Makan | Keluarga | Kesihatan | Kisah Hidupku | KomiKartun | Lawak Jenaka | Pedoman | Pendidikan | Perkahwinan | Solat | Tips |
Daftar Tetamu Kehormat
Wednesday, January 12, 2011
Be Urself!!!
Hari tu aku ade quiz organic chemistry secara tetiba. Nasib baek la semalam aku dah bace byk la jgk kn. Tapi bile time quiz tu, mata aku tetap bergerak melilau-lilau melihat kertas kawan aku. Aku bukannya tak boleh jawab tp tak yakin lgsg dengan jwapan aku. Pastu cmne plak aku bleh yakin dgn jwapan kwn aku sdngkn aku tak tahu jwapan die btul ke tak. Pelik btul kan. Aku rasa ini mmg berlaku dalam segelintir pelajar. Walaupun stdy bagai nak rak tp ttp takut untuk mencuba.
Tapi itulah lumrah sebenar manusia. Tak yakin pada kekuatan diri sendiri. Walaupun tahu yg diri kita bleh buat tp tetap mahu bergantung kpd org lain. Bila result keluar tu rendah, mulalah menyalahkan diri sendiri. Kenapa la aku tiru die? Kenapa la aku padam jwapan aku? Kenapalah itu kenapalah ini. Siapa sebenarnya kita salahkan? Kwn? Lecturer? Jwapan tu ade dlm diri kita sendiri. Semua itu berlaku kerana kita lgsg tak percaya pada keupayaan sendiri. Kita sepatutnya memandang ke hadapan. Be positive. Tak pe lah kalau jwapan tu salah kan. Sekurang-kurangnya kita mencuba dan telah buat yg terbaik. Belajar dari kesilapan kan.
Dalam situasi lain plak kan. Kita menetap di hostel bersama kwn satu kuliah. Hari tu mmg semngat la nak belajar kn. Nak revise balik ape yg telah diajar oleh lecturer. Kita masuk la bilik kwn2. Sorang ni tgh tgk movie kt laptop. Sorang tgh berborak-borak gn kwn die. Sorang lagi tgh maen PSP. Tak de sorang pn kwn kita yg stdy. Mood kita yag berkobar-kobar nk stdy td terus hilang. Kwn2 aku relax je, takkan aku nk stdy kot. Inilah sebenarnya perangkap psikologi. Kwn2 kita telah mempengaruhi dan meracuni fikiran kita. Pergaulan kita dgn kwn2 terlalu rapat, sehingga ape yg dilakukan oleh kwn kita mesti juga dilakukan oleh kita walaupun dalam hati ingin melakukan sesuatu. Persoalannya kenapa timbul perasaan tersebut? Kerana kita takut. Takut untuk menerima kenyataan bahawa kita tak akan dapat hidup tanpa kawan.
Sedar tidak sedar, kehidupan kita sebenarnya byk dipengaruhi oleh faktor sekeliling. Kwn-kwn dan keluarga sebenarnya memainkan peranan penting untuk membentuk fikiran kita. Walaupun tidak suka, kita akan menjadi suka disebabkan kwn2 kita semua mnyukainya. Aku tak ckp la kwn2 ni tak penting kan. Jujurnya, kawan2 mmg pnting dalam proses kedewasaan dan kematangan kita. Dalam sesetengah perkara, nak tak nak, kita perlu mengikut kwn kita. Tp kita juga perlu memikirkan diri kita sendiri. Mcm mana haluan kita. Cara kita belajar, meluahkan pendapat dan menangani masalah. Semua ini sebenarnya penting untuk diambil perhatian. Kita akan dpt tahu yg sesuatu bende itu tak sesuai utk diri kita, apabila kita melakukannya sendiri tanpa rakan2. Cuba kita bayangkan terdampar di sebuah pulau tanpa penghuni. Ape yg akan bermain di fikiran kita? Bagusnya klu kwn2 aku ade. Adakah itu yg kita nak? Kita akan dapat mengatasi masalah dan situasi ini tak akan mnjadi masalah kpd kita apabila telah terbiasa melakukan byk perkara dgn sendiri.
Be yourself!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment