Haluan langkah kaki menuju ke tempat letak kenderaan. Letih badannya tidak tertanggung lagi. Letih menatap monitor belum lagi berkurangan. Kesibukannya pada minggu ini tidak seperti yang sebelumnya. Sehinggakan dia lupa pada ibunya, adik-adik dan yang paling utama pada Alina, kekasih yang setia menantinya untuk sekian lama.
Dengan cermat topi keledar dipakai dan enjin motosikal dihidupkan. Dia lebih senang menunggang motosikal dari memandu kereta. Keadaan lalu-lintas yang sesak setiap kali waktu puncak menjadi sebab utama. Antara sebab sampingan, ekonomi, bermotosikal lebih ekonomi berbanding memandu kereta.
Badannya yang sasa itu direbahkan ke sofa. Terasa hilang sedikit letih pada ketika rebahannya disambut lembut oleh sofa empuk. Butang kemeja berwarna hijau tanpa corak dibuka satu persatu supaya dapat dinikmati kenyamanan udara yang keluar dari pendingin hawa. Dikeluarkannya handphone dari saku seluar.
‘25 missed call’ angka yang terpamer di skrin tersebut mengejutkan Azri. Bertambah huru-hara hatinya bila melihat kesemuanya dari nombor yang sama. Lantas dia mendail semula nombor tersebut. Dia faham benar dengan pendirian pemanggil, tidak akan menghubungi jika tidak penting. Pasti ada sesuatu yang penting jika angka yang terpamer melebihi tiga. Handphone itu dilepaskan lalu terdampar di sisi dadanya setelah panggilan itu tidak dijawab.
Dia masih lagi berbaring di sofa sambil merenung siling. Sedang mindanya bergelut dengan kemungkinan yang terjadi. Dicubanya sekali lagi, namun masih lagi hampa kerana tiada jawapan dari pihak kedua. Mungkin merajuk sebab tak angkat call dia tadi. Atau handphone berbunyi di atas sedang dia pula tengah sibuk di bawah. Gegaran handphone ditangan membuatkan dia terkejut. Pantas dia menjawab panggilan itu.
“Assalammualaikum.” Suara lunak yang didambakan menerjah lembut gegendang telinga bagaikan irama asli yang mendamaikan.
“Waalaikumussalam.” Mahu saja dia meneruskan kata-kata berbentuk soalan, tapi akalnya cukup prihatin untuk membiarkan pemanggil menceritakan hal sebenar.
“Azri, saya ada hal nak bincang dengan awak.” Kata ganti nama yang cukup janggal untuk diterima oleh saraf pendengarannya.
Namun diketepikan rasa sangsi yang mula wujud di pangkal hati. “Apa yang kita perlu bincangkan sayang?”
“Saya nak awak terima apa yang akan awak dengar dengan hati yang terbuka. Saya...saya…tamatkan hubungan kita setakat ni.” Suara gugup itu agak gementar untuk menyatakan apa yang perlu diberitahu.
“What?” Terlongo mendengar kata-kata Alina yang diluar jangkaan. Akalnya cuba mencari punca frasa itu wujud tanpa di duga. Gagal juga walau sudah dicuba untuk mengimbas kembali sesuatu yang menjadi punca untuk dirinya dibenci. “But why?”
“Cukuplah sekadar awak tahu saya tak layak untuk awak.”
“Sayang, abang minta maaf. Abang benar-benar sibuk dan takde masa untuk sayang. Berikan abang masa untuk abang…”
“Stop it Azri! Please don’t call me sayang anymore. I’m unable to be your sayang.” Getaran suara itu
mematikan suara pujukan lembut. Ketegasan di dalam kata-kata itu membuatkan Azri hilang akal untuk memujuk.
Puas difikirkan apa kesalahan yang telah dilakukan sehingga gadis itu begitu marah dan tegas mengungkapkan pendiriannya. Diteliti satu persatu tingkahlaku serta tutur kata yang diimbas dari memori. Mencari kemungkinan yang ada untuk mewujudkan alasan untuk berpisah. Akhirnya terlena kepenatan serta minda yang sudah pun letih memikirkan masalah yang baru terbeban.
Kebaya sutera yang membaluti tubuh kerdil Nadia diperkemaskan lagi. Nadia berpuas hati dengan hasil tangannya. Sutera China berwarna biru muda menjadi pilihan untuk majlis pertunangannya nanti. Alina cukup berhati-hati mengawal emosi dan riak muka bagi melindungi rasa hatinya yang sebenar. Baginya masalahnya itu tidak perlu diwar-warkan kepada orang lain.
Seakan cemburu melihat rakan sekolejnya gembira ditunangkan dengan pemuda yang memang teman istimewa. Mungkin dia tidak beruntung kerana tidak dilamar oleh teman istimewanya. Kadangkala dia berasa beruntung juga kerana dilamar oleh orang lain. Kira famous jugakla aku ni. Bukanla anak dara tak laku.
“Ooo anak dara tak laku¦” Sentuhan dibahu membuatkannya terperanjat. Langsung terkeluar apa yang difikirkannya. “Ish, kau ni.. terperanjat aku la. Nak apa?”
“Sape anak dara tak laku tu? Kau ke?” Nadia ketawa kecil.
“Wei, tolong sikit ya.. Aku nak bertunang Ahad ni. Itu maksudnya aku bukanlah anak dara tak laku.”
Berkelip-kelip mata di sebalik cermin.
“Wah, Tahniah. Azri tak pernah cerita pun. Dua tiga hari lepas aku call dia, dia takde cakap pun nak pinang kau. Cuma dia kata dua tahun lagi dia nak kawin dengan kau.”
Muka yang indah dihiasi dengan senyuman tadi tiba-tiba berubah. Alina tunduk kemuraman. Nadia terpinga-pinga. Salah susun kata ke, takkan dia marah aku call Azri? Senyuman di bibir Nadia turut surut. “Alina, I’m sorry. I didn’t mean to hurt you. Ok, dari hari ni aku takkan call Azri lagi.”
Alina menggeleng. Sesuatu yang dirahsiakan kini terluah juga. Hmm..gatal mulut nak bangkang, terima padahnya. “Nope, kau tak salah. Aku akan bertunang dengan orang lain.”
“Hah, kenapa?”
“Parent aku setuju untuk terima pinangan tu. Aku terpaksa menurut je. Maruah keluarga, harus dijaga.”
“Habis Azri macam mane? Dia dah tau ke?”
“Kitorang dah break-off..” Nadia kagum dengan sikap Alina yang tenang itu. Sebegitu tenang dia menangani masalahnya. Kagum melihat Alina berjaya melakonkan watak selamba pada awal pertemuan tadi. “Nadia, tolong aku!”
“Yes. What ever you want, just give an order.”
Bersambung.....
0 comments:
Post a Comment