Amin ya..Rabb... selesai juga amali hafazan hari ni.. dah hampir 2 bulan menghafaz Al-Quran... tu pun berdasarkan surah2 pilihan yang akan diuji. macam bese la kan apa2 ujian amali ka praktikal, mesti aku yg kena dulu... dah nk wat camna kan..dah nama aku mula dgn huruf 'A'. terima je lah he3 tapi bgs juga kalau kita mula dlu...berkat tok guru org kata..
ini lah adalah senarai surah2 yg akan dan telah diuji tadi he3
i) Surah Ar-Rahman
ii) Surah Luqman
iii) Surah Nuh
iv) Surah Al-Qiyamah
v) Surah Al-Jinn
jenuh juga la dok menghafaz surah2 ni he3 awal2 tu berat juga la, mungkin sebab niat nak menghafaz tu mungkin tak betul...org kata niat hafaz sebab terpaksa...tok guru selalu kata nak wat satu benda niat kerana Allah dulu..baru ada berkat..lebih2 lagi Al-Quran Kalamullah..
semalam semasa aku tengah menghafaz,...ting tong!!! aku dapat mesej dari kawan aku la... ayat dia macam ni la...
"Untuk amali besok. Tempat: 01,02,03 di blik taranum. Masa: 7.30 pg. Penilaian: 1 surah dr 5 surah pnjang, 1 surah dr surah an-naba' hga al-lail, 1 surah dr surah ad-dhuha hga an-nas. kalau x ingt, blh mintak tukar untuk 3 kali shj dgn pemeriksa. sbrkn!"
habis ja aku baca mesej tu..fuhh..aku rasa lega bangat... hilang keserabutan dalam pala otak aku ni. mana tak nya, sebelum ini aku sangka akan diuji 5 surah panjang. so..apa lagi..aku pun mengukuhkan bacaan hafazan yang aku dah boleh bawa..
em..pendek kata, Alhamdulillah...aku dapat tasmi' dengan Ummi dengan baik. aku diuji dengan Surah Ar-Rahman, Surah As-Syam dan Surah Ad-Dhuha. syukur sgt2 tau.. doaku dimakbulkan..Allah mudahkan ujian aku tadi...
apa2 pun aku harap, aku akan sentiasa istiqamah dgn bacaan hafazan aku ni agar tak lupa..
ok, di sini ada tip2 utk menghafaz Al-Quran (next post). Moga Allah mudahkan kita..Amin....
0 comments:
Post a Comment