Daftar Tetamu Kehormat

Sunday, October 31, 2010

Muzium Kesenian Islam...

Jeng..jeng kembara aku kali ni nak citer aku p Muzium Kesenian Islam, KL la... rombongan ini dianjur oleh budak2 kelas 6.01.....6.02, 6.03 dan 6.04 join je he3 ....lets da story begin k...

bermula nya pagi yg indah di bumi barakah ni...aku bangun macam bese la...bersihkan diri..siap2 kan apa yg patut he3... pastu aku dan geng2 kene p dataran perhimpunan dulu...sebab ada taklimat exam..mau tak mau memang kene p jg sebab depa amik kehadiran he3... cari penyakit la sapa yg tak p tau... apa2 pun pesan ayah aku, hidup jangan cari masalah!!! tapi slalunya masalah yg cari aku hu3 =(

pas amik kehadiran dan habis taklimat, aku tanya Abg ZaiDee, kul brapa nak bertolak ni? dia cakap kul 8.30 pagi. so, aku ada masa lagi nak lepak kat kafe...apa lagi ...makan laa.....ayahku pesan lagi, kalau nak p mna2, pastikan perut kene isi dulu...

he3 ni menu aku makan pagi ni...

Nasi goreng + Telur mata + Air suam = RM ???


aku makan dengan tahap kelajuan maksimum!!!!! jam dah 8.30 pagi..so, aku turun ke garaj bas.. ceh, ingatkan dah nak bertolak..rupa2 nya kul 9 plak...janji Melayu hu3 xpe lah..dah bese... tapi aku tak suka =(

ok...apa2 xtvt sebelum bermula, mesti ada taklimat kan? taklimat ringkas tapi simple ni disampaikan oleh otai program rombongan ni, Abg ZaiDee =P

Gaya sorang tokoh pemimpin akan datang? he3
hidup Abg ZaiDee!! Chaiyok!!!

erm..kami semua  bertolak dengan 1 bas panjang, 1 bas pendek, 1 van he3 ..perjalanan rasanya mengambil masa dalam 45 minit kot...bukan la jauh sangat pun KL ngan Bangi...kalau lambat sampai pun sebab jalan jem..tapi flow jalan ok ja...takde masalah..Alhamdulillah!!! akhirnya kami sampai juga...


amik pic sabaik je sampai he3

erm..ni pandangan dari pintu masuk... kira2 nya ni hall menyambut tetamu la..
ada sapa2 kenal orang2 dalam pic ni? =)

pas masuk je dalam muzium tu..kami diminta ke dewan..untuk diberi taklimat dan dibahagikan kumpulan kecil... kami semua kene wat 3 kumpulan kecil...sebab ada 3 guider muzium ni akan teman kami sepanjang kembara muzium ni...

masa ni tengah beri taklimat ringkas he3
yang mana satu pilihan ku??? =P

kat mana aku dok dalam pic ni? =)

okey...kami diberitahu kat muzium ni ada 13 galeri kot..sori..ingat2 lupa ni hee... jadi kalau ikut masa yang ada, memang tak sempat la nak tengok betul2... by da way...ini apa yang aku lihat dari lensa kamera aku...

ni galeri foto oleh Benoy K. Behl dan Abhinav Atris...
jurufoto khas National Geographic...




 KRONOLOGI DINASTI PEMERINTAHAN ISLAM

Kronologi Dinasti Islam Di India

Kronologi Kesultanan Dunia Melayu
 
Kronologi Dinasti-Dinasti Utama China

Kronologi Dinasti-Dinasti Islam


SENI BINA ISLAM


Peta Dunia Seni Bina Islam di Seluruh Negara

sejarah dunia palestin juga diterangkan kat muzium ni... ada satu sudut dinding yg crita secara ringkas...


PALESTIN : SEJARAH BUDAYA YANG DILUPAI

pandangan dari sudut kiri...


dari kanan pulak....


He3 ok tak? sebenarnya banyak lagi aku nak crite kat korang semua..tapi apakan daya? banyak sangat!!! tapi bagi aku la...kita sebagai Muslim...eloknya kita semua pi lawat muzium ni...bagus untuk kita tau serba serbi tentang kronologi Islam di dunia ni!!! oh ye..untuk tahu maklumat lebih lanjut tentang muzium ni... sila klik Muzium Kesenian Islam di sini..


p.s : sejarah apa yang kita nak bawa untuk Islam???

Saturday, October 30, 2010

Ujian @ Exam???


Erm...ujian? mesti tertanya-tanya kan...mentang2 la la musim examination @ termination =P tapi aku bukan nak citer pasal periksa ka apa2 yang berkaitan...tapi mungkin ada juga la sikit kaitnya... check out!!

Dalam al-Quran, Allah ada sebut pelbagai ujian ke atas manusia @ kita la tu. antaranya sesuatu yang memikat hati dan nafsu..erm..yummy!! nikmat seperti pangkat, harta , badan yang sihat dan rupa paras yang menawan..Alhamdulillah!! ; atau kesusahan dan musibah seperti sakit, harta takde, mati dan seumpamanya..Nauzubillah!!!

Semua itu adalah ujian untuk tentukan kita ni beriman atau sebaliknya. Allah s.w.t sebagai Pencipta semua makhluk di dunia ni, Maha Mengetahui keadaan kita yang selalu lalai dan leka. Allah nak kita agar tak tertipu dan terpengaruh dengan nikmat dunia serta segala kesenangannya.

Sebab tu la, macam bese la...akan ada kita yang lulus ujian dan akan ada juga kita gagal ujian...

Firman Allah, Surah al-Anbiya' 21:35 yang bermaksud : "Tiap-tiap diri akan akan merasakan kematian. kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya) dan hanya kepada Kami kamu dikembalikan."


JENIS-JENIS UJIAN
secara umumnya, ada empat ujian yang Allah bagi kat kita :

1 Ujian Mentaati Perintah Allah
Solat, puasa, bayar zakat. wat haji, tutup aurat, kata baik dan lain2.

Setiap ibadah yang Allah perintah ada hikmah, manfaat dan kebaikan. akan tetapi hikmah tersebut tak banyak disebut sebagai ujian, bagi melihat ketaatan kita wat perintah-Nya. dengan ini, akan terbukti sapa yang benar2 ikut perintah Allah dan ajaran Rasulullah, dan sapa pula derhaka dan ingkar-Nya.


2 Ujian Menjauhi Larangan Allah
Minum arak, mencuri, mengumpat, bohong, dan seumpamanya.

Sebagaimana kita tahu ibadah yang merupakan perintah Allah, larangan-Nya juga ada hikmah, manfaat, dan kebaikan untuk kita. kita yang diberikan pilihan, namun sesuatu yang disenangi oleh nafsu akan menjadi piliha utama, betul tak? jadi, yang tinggal hanyalah iman di dalam jiwa yang membatasi kita daripada melepasi batas sempadan dan had yang ditentukan syariat. justeru, inilah ujian yang mesti dihadapi agar kita tidak bertunggangkan nafsu yang menipu.


3 Ujian Kebaikan (Nikmat)
Contohnya nikmat kekayaan, anak2, isteri, kesihatan dan pelbagai nikmat hidup.

Firman Allah s.w.t, Surah al-Taghabun 64:14 yang bermaksud : "Wahai orang yang beriman, sesungguhnya antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu. maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta  mengampuni (mereka), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."


4 Ujian Keburukan (Musibah)
Misalnya miskin, sakit, kematian dan sebagainya.

Sebagaimana yang ditegaskan oleh Allah s.w.t menerusi firman-Nya, Surah al-Baqarah 2:155-157 yang bermaksud : Dan sesungguhnya Kami akan berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan bua-buahan. Dan berilah berita gembira kepada orang yang sabar, (iaitu) orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Mereka itulah golongan yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat daripada Tuhan mereka, dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk."



sumber : Solusi isu no.22, m/s 58-59



p.s : erm...agak2 la kan, berapa markah ujian kita di sisi Allah??

Melatonin Rawat Imsonia..



MASALAH SUKAR TIDUR sering diajukan kepada saya. Berapa jam waktu tidur yang mencukupi. Mengikut kajian waktu tidur sekitar lima hingga enam jam adalah ideal. Orang yang mengamalkan waktu tidur sebegini akan hidup lebih lama dan mempunyai kesihatan tubuh sangat baik berbanding mereka yang tidur banyak terutamanya pada siang hari.

Adalah tidak benar manusia memerlukan tidur 10 jam sehari. Jika waktu tidur terlalu panjang sudah tentu kita terpaksa menghabiskan sebahagian besar daripada hayat untuk tidur sahaja. Mereka yang tidur terlalu banyak mungkin mempunyai masalah mendapatkan tidur yang berkualiti. Meskipun mereka tidur dalam tempoh masa yang panjang namun badan tidak memperoleh rehat secukupnya disebabkan oleh kualiti tidur yang kurang baik.

Tidur yang berkualiti mesti dipandang berat kerana ia membolehkan tubuh badan kita terpelihara. Semasa tidur tubuh mengumpul tenaga. Sel-sel tubuh juga mula mengalami proses pemulihan. Pelbagai zat dan bahan protein akan dirembes oleh tubuh kita pada waktu malam. Di antaranya hormon yang memelihara tubuh. Begitu juga dengan enzim yang bertindak membaiki sel-sel. Bila tidur terganggu, hormon dan enzim yang keluar turut terganggu membuatkan tubuh tidak dapat dipulihkan atau direhatkan secukupnya.

Proses kitaran ini dinamakan circadian rhythm yang bertindak umpama jam biologi dan bekerja secara berperingkat mengikut waktu yang ditetapkan. Setiap bahan kimia tubuh kita dirembes oleh kelenjar dalam badan mengikut circadian rhytm.

Pernahkah anda mendengar perkataan melatonin? Melatonin adalah bahan kimia semulajadi yang terhasil di dalam otak kita. Apabila waktu malam paras melatonin mula meningkat. Ini membuatkan kita mengantuk dan mampu tidur nyenyak. Pada waktu siang pula paras melatonin merosot menyebabkan kita hilang rasa mengantuk. Kitaran melatonin penting bagi membolehkan tubuh kita kekal dapat mengimbangi antara aktiviti tidur dan jaga.

Melatonin merupakan bahan yang membolehkan kita lena. Kadar melatonin yang rendah menyebabkan seseorang mengambil masa panjang untuk tidur. Keadaan itu menyebabkan seseorang resah dan gelisah. Kadar melatonin yang tinggi dalam darah menimbulkan rasa tenang dan mudah lena.

Apabila kita ke luar negara yang berbeza waktu, (misalnya ke Eropah), paras melatonin akan cepat berubah sehingga akhirnya kita boleh mengubah dengan cepat tabiat tidur kita mengikut waktu.

Tidur boleh dibahagikan kepada dua fasa iaitu REM sleep (Rapid eye movement) dan NREM (Non rapid eye movement).

Semasa fasa REM anak mata bergerak dengan laju ke atas ke bawah. Ini adalah tidur yang nyenyak dan biasanya aktiviti otak sangat aktif sehingga membawa mimpi mimpi yang indah. Fasa NREM pula adalah tidur yang mendatar dan seseorang akan mudah terjaga. Cuba lihat seorang anak kecil atau bayi yang tidur. Dalam fasa REM dia mungkin bangun menangis namun tidur semula dengan nyenyak apabila didodoikan seolah-olah tiada mimpi buruk yang mengganggu. Apabila tidurnya memasuki fasa NREM, dia akan menangis jika didodoi sekali pun. Dalam keadaan itu adalah lebih baik bayi tersebut dibangunkan sahaja kerana dia sudah puas tidur.

Tekanan perasaan yang kuat dan juga stres mampu mengganggu paras melatonin dalam darah dan mengganggu tidur membuatkan seseorang menjadi insomnia. Pengambilan ubat seperti valium tidak boleh diamalkan kerana boleh menyebabkan ketagihan. Disebabkan faktor itu doktor lebih berminat memberikan kaunseling agar pesakit dapat mengurangkan pengambilan ubat-ubatan.

Masalah tidur kerap melanda masyarakat moden dewasa ini. Gangguan paras melatonin yang serious menyebabkan keletihan dan tubuh menjadi lesu kerana proses baik pulih tubuh terganggu. Melatonin boleh ditambah melalui suplemen harian.

Pengidap insomnia mengalami masalah ketidakseimbangan melatonin yang ketara. Golongan ini juga mengalami masalah metabolik seperti kencing manis dan gout. Terdapat juga pengidap insomnia menderita masalah mental seperti schizophrenia dan manic disorder. Keadan ini berlaku disebabkan ketidakseimbangan transmitter dalam otak dan juga hormon. Selain hormon seperti melatonin otak kita juga boleh bertindak dengan kehadiran dopamine yang memberi signal kepada otak kita. Ketiadaannya membuat kita menjadi letih dan lesu. Penyakit seperti parkinson bersangkut paut dengan transmitter sebegini.

Cara yang baik menangani masalah insomnia adalah dengan meningkatkan kandungan melatonin dalam badan. Terdapat makanan seperti soya dan buah-buahan jenis beri kaya dengan melatonin. Melatonin boleh dibeli dalam bentuk pil atau krim untuk mendapatkan tidur yang berkualiti dan tubuh badan yang sihat. Paras melatonin dapat ditingkatkan dengan aktiviti senaman, bersukan dan mendengar muzik yang indah. Bagi sesetengah orang paras melatonin meningkat dengan membaca atau berkhayal yang indah-indah. Sebab itu timbulnya teknik-teknik khayalan seperti mengira, membayangkan sesuatu yang indah untuk memulakan proses tidur. Para pengamal hypnosis iaitu satu teknik penguasaan minda turut menyarankan teknik khayalan yang mampu meningkatkan paras melatonin dalam darah kita dan merangsang tidur yang berkualiti.

Satu cara yang baik untuk merangsang tidur adalah menukar cadar baru selain memastikan bilik tidur cantik kemas dan bersih. Pastikan tiada hama pada tilam yang menggigit pada waktu malam membuatkan kulit terasa gatal gatal. Elak minum kopi atau sebarang minuman yang mengandungi banyak kafein serta pastikan perut tidak terlalu lapar atau terlalu kenyang.

Seseorang yang tidurnya berkualiti akan mendapat kesihatan yang lebih baik. Jiwanya akan terasa bahagia dan kecergasan fizikal dan mindanya akan bertambah. Seorang pensyarah yang mencuba krim melatonin memberitahu: ‘‘Sejak menggunakan krim melatonin dan mempraktikkan tidur berkualiti, saya dapati tahap kecergasan meningkat. Semasa berdiskusi dengan teman sejawat yang jauh lebih muda mereka memuji ketepatan dan kepantasan saya menyelesaikan masalah dan membuat analisis. Tahap matematik saya juga meningkat.’’

Semakin usia meningkat paras melatonin dalam darah akan merosot kerana kelenjar pineal yang menghasilkan melatonin mengecut. Jika kita membiarkan perkara ini berlaku maka kualiti tidur akan terjejas dan hormon lain dalam badan juga merosot.

Adalah dicadangkan rawatan menggunakan krim dan juga kapsul melatonin bagi membaiki masalah ini. Krim dan kapsul melatonin membantu pemulihan kelenjar pineal. Ia membuatkan anda tidur nyenyak dan nyaman seperti bayi. Hasilnya anda menjadi lebih muda, otak cergas dan riang semula.


sumber : 
ARKIB : 24/10/2010
http://www.utusan.com.my

Thursday, October 28, 2010

Hapuskan Parut Jerawat...



SALLY merenung ke bayangnya di cermin. Jerawat sudah sembuh hasil rawatan yang dijalani dengan bersungguh-sungguh. Selain berubat di klinik, dia juga rajin ke salon untuk mencuci mukanya. Tak cukup dengan itu dia turut mengamalkan rejim mencuci muka dan pemakanan sihat.

Setahun yang lalu masalah jerawat bagaikan tragedi ngeri yang menimpa Sally. Syukurlah dengan teknologi perubatan moden maka mimpi ngeri tersebut sudah berakhir dan kini hanya tinggal kesan parut kehitaman.

Baru-baru ini Sally datang bertemu saya. Dia bertanya sama ada parut parut tersebut dapat dipulihkan atau tidak.

“Bagaimanakah cara terbaik bagi memulihkah parut. Jika ada apakah peratusan ia boleh pulih semula?” tanya beliau bertalu-talu.

Semangat Sally tetap kental sebagaimana saya mengenalinya setahun lalu.

Saya yakin Sally akan berjaya merealisasikan impiannya.


APAKAH SEBENARNYA PARUT JERAWAT?

Apabila jerawat sembuh, ia akan meninggalkan kesan kemerahan atau kesan parut hitam. Ini sebenarnya bukan parut jerawat tetapi kesan daripada radang jerawat . Jika tiada jerawat baru yang tumbuh, kulit akan sembuh dengan sendiri . Proses penyembuhan ini boleh mengambil masa 6 hingga 12 bulan. Kesan akibat jerawat lebih daripada setahun dikenali parut jerawat. Biasanya parut ini kekal dan membuatkan kulit muka kelihatan gelap dan kurang menarik. Untuk mengelakkannya rawatan awal boleh dilakukan. 



RAWATAN AWAL 
Radang kulit disebabkan oleh jerawat adalah satu proses penyembuhan yang normal. Ada beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk membantu merawat peringkat awal parut jerawat.

Pendedahan kepada matahari melambatkan proses penyembuhan radang jerawat dan boleh merosakkan kulit. Oleh itu pengunaan sunblock yang sesuai amat penting

Doktor boleh memberi krim tretinoin untuk mempercepatkan proses remodeling kulit.

Penggunaan peeling agent seperti AHA (Alpha Hydroxy Acid) yang bersesuaian juga boleh mempercepat kan proses remodeling kulit .

Jangan memicit jerawat atau parut jerawat . Ini akan mengganggu proses penyembuhan jerawat. Ia juga boleh menyebabkan bakteria yang terdapat di dalam jerawat tersebar lebih ke dalam kulit. Ini boleh menyebabkan parut jerawat yang lebih dalam berlaku

Penggunaan krim antioksidan seperti Vitamin C juga membantu memulihkan kesan jerawat.


RAWATAN PARUT JERAWAT

Dengan kemajuan teknologi laser dermatologi/ aesthetic , kini rawatan yang paling berkesan untuk rawatan parut jerawat adalah dengan menggunakan laser. Dua jenis laser yang paling berkesan adalah laser CO2 (karbon dioksida ) atau Erbium Yag. Kedua-dua laser ini adalah dalam kategori ablative. Ia bermaksud akan meratakan kawasan kulit yang dirawat dengan laser. Ia juga akan merangsang kulit untuk membentuk kolagen. Ini menyebabkan kulit akan kelihatan lebih tegang, kesan parut jerawat kurang dalam serta pori pori muka kelihatan lebih halus. Proses rawatan ini perlu dilakukan beberapa sesi di antara enam ke lapan minggu.

Masalah jerawat adalah masalah utama untuk remaja . Masalah ini menjadi lebih rumit apabila remaja mula mencuba pelbagai jenis produk. Saya boleh memberi beberapa tip dan panduan untuk remaja yang mempunyai masalah jerawat.

1. Amalkan banyak pemakanan yang mengandungi antioksidan yang tinggi seperti buah-buahan citrus, nenas, kiwi dan anggur. Kebanyakan sayur sayuran juga mempunyai antioxidan yang tinggi .

2. Stres juga boleh menjadikan jerawat tumbuh dengan banyak. Oleh itu lakukan aktiviti yang boleh mengurangkan stres dan menyihatkan seperti bersukan.

3. Apa-apa produk yang diletakkan di muka mestilah bebas minyak, berasaskan air dan non-comedogenic (tidak menyumbat pori-pori muka). Gunakan pencuci muka yang sesuai dan jangan mencuci muka dengan sabun mandi.

4. Jika peralatan kosmetik anda menyebabkan tumbuh whitehead atau blackhead, tukar kepada jenama lain. Yang terbaik adalah kosmetik berasaskan mineral. Kosmetik di muka mesti dicuci sebelum tidur .

Perubahan hormon juga boleh menyebabkan jerawat yang teruk. Jika langkah langkah di atas tidak dapat membantu, rawatan seperti antibiotik, chemical peeling, photofacial dan rawatan hormon boleh membantu. Sila berjumpa dengan pakar kulit.

Parut di muka selalunya disebabkan oleh kesan jerawat. Namun begitu ia juga boleh disebabkan kesan kecederaan seperti terbakar atau luka. Setakat ini belum ada produk yang boleh merawat kesan parut dengan berkesan. Jika parut itu tidak dalam, rawatan seperti chemical peeling dan microdermabrasion boleh membantu mengurangkan masalah parut. Tetapi jika parut itu dalam dan banyak, rawatan yang sesuai adalah laser CO2 atau Erbium YAG. Rawatan yang diperlukan adalah sebanyak tiga ke lima sesi. Rawatan ini adalah yang terbaik untuk masalah parut.



JERAWAT DI BADAN

Untuk merawat Jerawat di badan , saya nasihatkan untuk mengambil antibiotik yang sesuai seperti Minocycline HCL. Ini bertujuan membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat itu bengkak dan sakit. Semasa rawatan antibiotik , nada perlu menggunakan krim Benzoyl peroxide (seperti jenama Oxy) agar rawatan lebih berkesan. Jika jerawat tersebut mempunyai blackhead, rawatan seperti krim tretinoin perlu digunakan. Namun begitu anda dinasihatkan bertemu doktor untuk mengenal pasti rawatan yang sesuai.

Untuk rawatan terkini, terdapat dua jenis laser yang sangat berkesan untuk merawat jerawat iaitu Isolaz yang mendapat kelulusan untuk merawat jerawat tahap 1 hingga tahap 6 dan laser long pulse Nd:Yag. Kelebihan rawatan ini adalah ia ringkas, tidak sakit dan sangat berkesan.


sumber :  
ARKIB : 17/10/2010
http://www.utusan.com.my

Selamat Malam KLCC...

sambungan Nasi Le...MAK!!!!!

he3 ni final episod dari post2 sebelum ni..naaa.....(^_^)") last post aku crita pasal nasi lemak kan?? tul x? kalau tak tau..kene la baca crita sebelum nya..baru ada mari itu punya feel....

okey...pas kami semua habis makan dengan lahap nya kat kedai nasi lemak antarabangsa tu.... kami pun jalan2 ke keta la...sambil jalan2 tu..tengok2 la juga kawasan persekitaran kat kg.baru..

memang sonok la...meriah suasana orang kata...lebih2 lagi malam tu juga adalah hari wajib bagi pasar malam kg.baru..ramai gilerr!!!

cantik kan pemandangan pasar malam kg.baru???
siap ada background KLCC lagi tu...he3



hah!!! lupa nak bagitau hampa semua..kat kg.baru ni ada member kolej aku dok kat situ.. nama dia Daus@Kamal =P dia ni pantang ada cuti..mesti lari balik rumah..mentang2 la rumah dekat katakan..(jelesnye aku)....Daus penah bagitau kat aku..kalau dia bukak tingkap bilik rumah dia je...mesti nampak KLCC... fuh memang romantik la...kalau malam pertama nanti....jangan marah ye Daus he3

okey..situasi la ni dalam keta nak kuar kg.baru...malam masih muda lagi...so..kitaorang semua ronda2 la dulu...makan angin KL ni...uhuk2...memang cantik KL malam2 ni...setiap bangunan, kondo2, rumah2 ada je stail lampu masing2...

tiba2 datang idea gilerr dari Miss Diva...ada ka patut...jom lepak kat KLCC!!!! ha3 aku layan je..lagi pun memang lama tak pi sana..rasanya dah hampir 1 tahun...lama la juga kan...



waa...cantik malam tu kt KLCC...orang ramai plak tu mai lepak kat pancut air..banyak pelancong2 amik pic2 kat sini..macam2 ragam ada...he3 aku n da geng lepak juga la tepi2 tu...lepak makan aiskim ngn air sprite yg ditaja oleh Miss Diva, Mama dan Husz...thx!!!!! sambil kudapan malam, kami borak2 la tentang masalah ummah..ceewwaahhh!!! =P aku ngan P-Dot plak macam bese he3 melihat keindahan malam ciptaan MAHA ESA...Subhanallah!!!

he3 ada sapa kenal budak laki ni???

sebelum balik, ini pic aku amik dari parking keta...
Subhanallah!!!


p.s: dah habis...inilah citer aku dalam masa sehari...penat tapi hepi... (^_^)

Wednesday, October 27, 2010

Nasi Le...MAK!!!!!

sambungan post Selipar Aku...Hu3...

wokey..kita continue balik story aku ni... aku letih sangat2 hari tu... kalau ikut kan plan asal..pas habis konvo tu, adik aku ajak aku kuar..p cari barang2 dapur, makanan n minuman ....ala macam bese la...standard punya barang bila dok kat hostel ni...adik aku ajak gi Amcorp Mall...tapi aku minta maaf sangat2 kat adik aku tu.. aku tak jadi teman dia...nasib bek dia faham keadaan...sayang adik aku...=P



sampai hostel, aku pun kaboom!! kat atas katil dengan gaya kuak lentang!!! pergh..stylo beb wa cakap sama lu he3...zzzZZZ....



masa aku di alam mimpi...tiba2 aku terjaga..Huh?? henpon aku bunyi mesej...tut.."excuse me boss..you have text message"...dari Husz.. "salam bro..jom kuar..makan2 cari jalan.." aku apa lagi set je...pas bangun tidor ni memang cepat lapar...plan kuar makan ni memang ondaspot tau...

erm..kami kuar 2 keta, 5 boys 2 gurlz...he3 geng boys Aku, Husz, Ajid, P-Dot, dan Cucu Atok.. geng gurlz plak Miss Violet dan Mama he3 (^_^).


bila dah sampai area kg.baru..dah masuk waktu maghrib...jadi sebagai muslim yg bek..mestilah tunaikan yg wajib dulu...kami semua p solat maghrib dan terus isya' kat masjid kg.baru...he3 betul tak geng? =P






dah usai solat..kami pun berjalan kaki dari masjid ke kedai nasi lemak antarabangsa..tak jauh pun..ada la dalam 5 minit je...ada dalam 10 minit dari KLCC, 5 minit dari UniKL..kire2 nye kat tengah bandaraya aar ni...senang jer nak p sana.. ade banyak cawangan...nak tahu klik ni...korang google map jer kat tenet tu hah ...
ni detail die..
Nasi Lemak Antarabangsa
7C, Jalan Raja Muda Musa,
Kampung Baru,
50200 Kuala Lumpur.
bukak 6pm – 5am daily



menu kedai nasi lemak antarabangsa ni mcm bese je... menu utama..semesti nya nasi lemak.. ada jugak mee dan makanan lain2...harga memang AGAK BERPATUTAN...ok la...tapi kalau nak kenyang..mungkin susah kot hu3..sikit ja ..bagi aku la..sebab aku ni memang makan banyak =P he3

ok.. ni... pic pengasas @ tokey nasi lemak..

oh ye..sebelum tu nak crita sikit asal-usul nama nasi lemak antarabangsa ni...kisah ni bermula seorang mamat pramugara ka pilot..ntah..tak ingat..sori..si mamat ni slalu beli nasi lemak kat kg.baru ni sebelum dia bertugas flight...setiap kali nak flight, mesti dia beli bungkus..wat makan dalam flight...akhirnya jadi la NASI LEMAK ANTARABANGSA!!! agak2 kan kalau mamat tu keje kat KTMB..mesti nama nye jadi nasi lemak antarabandar he3




macam ni la suasana dalam kedai...memang ramai orang tau..tapi nasib bek..masa kami pi lepak situ...orang masih kurang lagi...tapi bila makin menjelang malam..sedar tak sedar...meja kedai dah penuh...fuhh!!!


yang ni..ajid punya makan..nasi + ayam + limau panas = rm6.70

so..pada geng2 yg belum makan lagi nasi lemak antarabangsa...jemput2 la datang ye..orang kata..tak sah kalau dok kat KL ni tak makan nasi lemak ni he3..jangan lupa plak ajak aku kalau nak p sana k...


p.s : gendang gendut tali kecapi...kenyang perut, wa manyak senang hati lor... (^_^)")


bersambung....

Selipar Aku... hu3

sambungan dari post Congratz Bro!! (^_^)

nak dijadikan cite..pas balik family angkat aku ..agak2 dalam kul 12.30pm, aku pun berjalan pulang ke keta aku..aku parking keta jauh skit la dewan konvo tu...aku pun masuk keta, buka kasut, nak pakai selipar..baru slesa nak drive keta kan...stail drive aku ni berkaki ayam hua3 kalau JPJ tengok, gerenti dia bagi kertas free je tanpa aku minta ceh...

ondaway balik..jalan agak tak sesak sangat la...kiranya perjalanan aku mudah la....Alhamdulillah!..sampai aku kat kolej..agak2 1.30pm...aku pun nak trun la dari keta...cari selipar..HUH??? selipar aku ghaib!!! pkiaq punya pkiaq..rupa nya aku tertinggal kat luar pintu keta sebelum aku drive...ini lah akibatnya drive berkaki ayam hu3...selipar aku di parking keta UM..hu3 kalau ada sapa2 jumpa, tolg bagi balik ye....patah lah..hati..

Selipar aku dalam kenangan hu3...
terima kasih menjaga kaki2 aku selama ini...
kau lah sahabat aku...

benar lah pepatah orang dulu2..patah tumbuh, hilang berganti.... aku amik masa juga la nak cari selipar baru...dah seminggu aku cari..akhir nya aku dipertemukan dengan si dia....di suatu sudut kat PKNS Bangi...dia ialah...SELIPAR ASADI!!!!

he3 lawa tak selipar aku??
yg ni versi biru..yg aku punya versi kuning..


p.s : nak cari selipar pun..kene ada taste juga..macam tu la juga bila nak cari jodoh he3 apa..salahku..apa salah ibu ku..ibuku dirundung pilu... lagu Wali - Cari Jodoh..layan jer..


bersambung....

Tuesday, October 26, 2010

Congratz Bro!!!

Assalamualaikum..izinkan hamba menceloteh di kamar yg indah ni hua3.... entry ni xde kaitan dgn cite2 filem lama studio ampas zaman 60an k (^_^)..

malam ni aku juz nak crita tentang bulan he3 oppss...tentang kembara hidup aku pada minggu lepas...pendek kata.. hari sabtu yg lepas dan lepas..hari yg agak penat dan tired....

hari yg sebelum tu, aku telah bergegas kuar sebaik sahaja family angkat dari P.Pinang mari ke KL..hal ini adalah disebabkan ada nya event hari konvo sahabat baik aku ni kt UM..

family angkat aku ni, depa pi dok kat Hotel Singgahsana, PJ.. 1st time aku dengar nama hotel ni.. aku cuak juga la..area KL ni .. aku mana la cekap sangat explore2 hu3

dengan penuh konfiden nye, aku pun drive dari bangi pi sana. Sampai kat area stesen Universiti...kat UM.. aku pun Pak Cik Jan merangkap bapak pada member baik aku tu la.. nak minta dia guide aku.

Pak Cik Jan ni pun bagi tau la yang hotel ni kat area Amcorp Mall. huh? macam penah aku dengar.. oo..baru aku ingat..adik aku slalu crita yang dia pi shoping kat situ.

Pandangan dari keta aku : Corolla Altis ka Camry tu?? hu3

ondaway...sampai kat simpang berdepan bangunan TNB rasanya.. ada keta baik punya..geram aku tengok hu3.. anyway...bese la dah nama pun manusia..mesti ada jeles ma dengan keta orang len yg lagi bes dari kita.. sabar je la..akan ku bukti kan aku dapat beli juga keta idaman ku satu hari nanti..amin..


Pada waktu siang..rasanya dalam kul 5.45 petang.
akhir nya..sampai juga aku kat Hotel Singgahsana...setelah bertungkus lumus menggunakan skil2 kemahiran hidup aku nak sampai sini..

Malam dinihari..cantikkan!!
Ni bilik hotel yg aku tido he3


aku pun tak rancang sebenar nya nak tidur kat hotel ini..tapi keadaan memaksa he3 (malu tapi mahu) Mak Cik Ana merangkap mak aku punya member bek ajak aku tidur kat hotel. ibarat baby yang disorong bantal busuk..aku terima he3 kat hotel, Mak Cik Ana jamu aku dgn macam2 makanan dari penang mari.. rendang ayam, rendang daging, ketupat, gulai daging..pergh!!! aku layan je ..semua feveret aku..tapi yang paling memang aku lapar giler!!!!

besok nya hari yang dinanti2 kan ..konvokesyen member aku..hah lupa nak bagitau..nama dia Amy..bukan pompuan k..laki tau he3 secara ringkasnya.. tengok la pic2 kat bawah ni...

ni la family member bek aku ni!! Congratz bro!!

dari kiri : Mak Cik Ana, Ayin (awek Amy), Amy, Pak Cik Jan
depan : Alasyfar (adik Amy).



p.s: erm..tak sabar aku nak habis blajaq ni..ada lagi setahun...chaiyok!!!


bersambung....

Kanser Payudara!!! Kesan Kepada Lelaki Lebih Parah...

Gynaecomastia, hanya berlaku kepada lelaki.. nak tahu? nantikan post seterusnya..


PERKATAAN PAYUDARA itu sendiri secara tidak langsung sudah merujuk kepada wanita. Lalu tidak hairanlah jika membicarakan mengenai penyakit kanser payudara, pasti ia disasar kepada golongan itu.

Disebabkan fahaman tersebut, ramai lelaki mengambil jalan mudah memandang remeh tentangnya. Bagi mereka, penyakit itu ‘eksklusif’ untuk wanita dan jika ada pun di kalangan lelaki, peratusannya sangat rendah.

“Lelaki juga sebenarnya berisiko diserang penyakit yang sama,” kata Penyelaras Pusat Sumber Kanser Payudara Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan, Dr. Nik Munirah Nik Mahdi.

Malah katanya, kebanyakan kanser payudara yang menyerang lelaki kesannya jauh lebih buruk. Ini kerana ia akan menular kepada organ lain dengan cepat sehingga membawa kematian.

Jelas beliau lagi, walaupun jarang berlaku, kanser payudara yang menyerang golongan lelaki adalah lebih berbahaya kerana sel kanser itu lebih agresif berbanding sel kanser yang menyerang golongan wanita.



Merujuk kepada kajian Majlis Kanser Nasional, dari 1999 hingga 2006 bagi negeri Kelantan, seramai enam lelaki telah meninggal dunia akibat penyakit itu.

Pada tahun lalu sahaja kata beliau, sebanyak tiga kes dikesan dengan satu daripadanya meninggal dunia (kanser tahap 4) manakala dua lagi kembali berkerja setelah menjalani rawatan dan pembedahan.

Menurut Dr. Nik Munirah, daripada semua kes kanser di dunia, 0.1 peratus melibatkan kaum lelaki. Ini bermakna satu daripada 1,000 lelaki akan mendapat penyakit itu.

Mengikut perangkaan katanya, 0.22 peratus kematian lelaki di dunia disebabkan kanser jenis itu. Di Amerika Syarikat sepanjang tahun ini (setakat Oktober) sahaja, sebanyak 1,907 kes dikesan dan 390 daripadanya meninggal dunia.

Seperti juga kanser payudara wanita, keturunan merupakan faktor utama lelaki mendapat kanser payudara terutama andai melibatkan keluarga terdekat,” kata Dr. Nik Munirah.

Menurutnya, sama seperti kanser jenis lain, risiko seseorang lelaki untuk mendapat kanser menjadi tinggi berbanding dengan mereka yang tidak mempunyai keluarga menghidap kanser.

Selain itu, risiko lain seperti pengambilan alkohol, tempat tinggal seseorang di kawasan radiasi tinggi (kuari dan kilang uranium) juga turut menyumbang. Penyakit Sindrom Klinefelter (47 XXY) di mana menyebabkan hormon estrogen tinggi dalam darah bagi lelaki juga menyumbang kepada kanser jenis itu.

“Saya percaya pengambilan makanan seperti makanan segera turut tidak terkecuali walaupun tiada kajian khusus dibuat bagi mengesahkannya,” kata beliau.

Jelas beliau lagi, kebanyakan pesakit lelaki yang menghidap kanser paydara berumur melebihi 40 tahun, bagaimanapun ia boleh berlaku pada sebarang usia.


PENGESANAN
Pemeriksaan saringan mamografi hanya dilakukan untuk wanita sahaja. Ia merupakan kaedah unggul untuk mengesan kanser payudara di peringkat awal, di mana kanser itu belum disedari oleh wanita tersebut. Mamografi boleh mengesan kanser payudara satu tahun lebih awal sebelum wanita tersebut mendapat sebarang sindrom atau tanda-tanda.

Bagaimana pula dengan lelaki?

Menurut Dr. Nik Munirah, kanser payudara lelaki berlaku pada bahagian tisu payudara.

Sebarang keganjilan pada payudara lelaki merupakan simptom utama mereka menghidap kanser.

“Biasanya mereka akan merasa benjolan atau ketulan di belakang puting susu (nipple) dan payudara akan membesar sebelah (gynaecomastia).

‘‘Lelaki tersebut juga akan mengalami pengeluaran cecair dari puting, perubahan warna kulit di payudara atau puting susu tertarik ke dalam, katanya.

Jelas beliau, mungkin lelaki tersebut tidak sedar dengan perubahan payudara mereka. Namun, isteri atau keluarga terdekat boleh membantu kerana perubahannya sangat ketara.

“Kekadang isteri yang merasakan payudara suaminya kelihatan besar sebelah,” katanya.

Dr. Nik Munirah tidak menolak kemungkinan pengambilan steroid boleh menyebabkan payudara lelaki membesar namun ia berlaku di kedua-dua belah.

Seandainya seseorang lelaki itu disyaki menghidap kanser payudara, kata Dr. Nik Munirah, pemeriksaan ultrasound akan dilakukan. Biasanya ketulan (sekiranya ada) akan kelihatan dengan jelas.

Bagi kanser payu dara lelaki, biasanya pemeriksaan mamografi tidak akan dilakukan melainkan ia benar-benar diperlukan untuk diagnosis sekiranya tidak yakin dengan keputusan ultrasound.

“Ujian tisu biopsi akan dilakukan untuk pengesahan tisu barah di makmal patologi. Sel kanser payudara lelaki adalah lebih agresif daripada sel payudara wanita, cepat merebak ke organ lain dan menyebabkan kematian,” kata Dr. Nik Munirah.

Puncanya kata beliau, sehingga kini masih tidak diketahui. Kanser payudara lelaki merebak melalui salur limfa dan salur darah. Sama seperti kanser payudara wanita, sekiranya penyakit dapat dikesan di peringkat awal, harapan untuk sembuh adalah tinggi.

“Lebih 90 peratus harapan untuk sembuh sekiranya penyakit kanser dikesan pada tahap 1,” kata beliau lagi.


RAWATAN
Bagi penentuan jenis rawatan yang diperlukan, doktor akan mengesan peringkat mana pesakit menghidapi kanser, keadaan kesihatan keseluruhan dan kesediaan pesakit sendiri.

“Seperti juga kanser payudara wanita, pembedahan mastektomi dijalankan bagi membuang keseluruhan payudara yang dijangkiti dengan cara membuang tisu termasuk lobul, liang, tisu lemak dan bahagian kulit termasuk puting serta aerola,” kata Dr. Nik Munirah.

Manakala pembedahan lumpectomy dijalankan bagi membuang bahagian yang dijangkiti sahaja.

Selepas pembedahan, pesakit perlu melalui rawatan radioterapi dan/ atau kemoterapi.

Radioterapi katanya menggunakan pancaran tenaga tinggi seperti sinar-X untuk membunuh sel kanser.

Bagi kanser payudara lelaki, terapi jenis itu digunakan untuk menyingkirkan sel-sel yang tertinggal di dada, otot dada dan ketiak selepas pembedahan.

Manakala kemoterapi pula kata Dr. Nik Munirah adalah sejenis dadah yang digunakan untuk membunuh sel kanser.

Rawatan kemoterapi melibatkan dua atau tiga ubat berlainan berbentuk pil atau suntikan melalui vena di bahagian lengan (intravena).


KESEDARAN
“Secara amnya, tiada kesedaran di kalangan lelaki walaupun tahu mereka juga berisiko (walaupun kecil, 0.1 peratus) untuk mendapat kanser payudara,” kata Dr. Nik Madihah.

Biasanya kata beliau, mereka lebih memikirkan golongan wanita yang akan menghidap penyakit itu dan bagaimana mereka perlu bertindak sekiranya isteri, adik perempuan atau ibu mereka mendapat penyakit tersebut.

Buat masa ini katanya, tiada pemeriksaan saringan dijalankan untuk kaum lelaki tetapi mereka boleh datang ke hospital untuk pemeriksaan doktor dan seterusnya melakukan pemeriksaan ultrasound jika perlu.

Kata beliau sehingga kini tiada kumpulan sokongan yang khas untuk lelaki di Malaysia. Bagaimanapun kumpulan NGO seperti BCWA (di Selangor) dan KAWAN (Kelantan) diwujudkan untuk semua pesakit kanser payudara tidak kira wanita atau lelaki.

“Kesedaran paling penting dalam menangani sebarang jenis penyakit. Kepada golongan lelaki, sila beri perhatian terhadap kesihatan anda kerana anda adalah ketua keluarga yang menjadi tunjang kepada isteri dan anak-anak,” katanya lagi.


sumber: 
ARKIB : 24/10/2010
http://www.utusan.com.my
 
BINTU RASYADA A. RAHMAN
bintu.rahman@utusan.com.my

7 Golongan Masuk Ke Syurga...




p.s: mudah2-an kita semua tergolong dalam 7 golongan...hu3...(T_T)



Monday, October 25, 2010

Ciri-ciri POMPUAN yang LAKI minat!!



BETUI..LAH kata-kata orang tua dulu2, orang laki ni memang sukar diagak he3. Perangai diorang ni ada kalanya memeningkan kepala pompuan, terutama yang mencintainya (padan muka wekk :P).

Mau tak mau, orang pompuan ni kene la tunjuk rasa kasih yang mendalam terhadapnya demi meraih cintanya. Walaupun pada hakikatnya toiiyibb…. cinta tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan, korang selaku pompuan ni harus memberi sebahagian hati ( uikss..tak mati ka?) untuk membuat laki tertawan…GUYS!!! Beware!!

Untuk merasai lebih dicintai (gunalah CUKUP RASA!! PASTI SEDAP!!), korang sendiri harus mengetahui apa yang disukai orang laki pilihan korang tu. Jika laki sukakan pompuan yang memenuhi cita rasanya, cubalah blajaq mengenali hati laki.

Mana la tau kan sikap korang yang pandai mengambil hati, tak pentingkan diri sendiri selain boleh bertolak ansur menjadi faktor orang laki ini memuja korang suatu hari nanti. Hope laa..

Orang laki juga tak suka pompuan yang mengada-ngada espeseli GEDIK!!! selain pompuan yang agak ‘ganas’ dalam bergaul. Ganas camna? Terpulang pada laki tu la..masing2 taste he3

Untuk itu, tatacara, tatabahasa, tatatititutu pergaulan perlu la ye dijaga supaya korang menjadi pompuan yang lemah-lembut dan berhemah sepanjang pergaulan. Ia penting kerana korang tak terlalu menampakkan sikap yang membuatkan orang laki cepat muak atau meluat malah disertai muntah2 dan cirit-birit..isk3

Mungkin korang boleh mencuba petua ini, mana tahu persahabatan teman tapi mesra yang dibajak, ditanam, disemai berakhir dengan ikatan suci…Congratz!! (^_^)”)





JADI PENDENGAR SETIA
orang laki ni suka pompuan jadi pendengar setia dan tak berapa suka kaum hawa yang suka membangkang. (ho3 nak bangkang masuk court la)





SUKA DIMANJA
Yang paling bes, orang laki ni suka dimanja dengan belaian dan kata-kata romantik.. (he3 meow!!!)





TARIKAN DERAPAN KASUT
Bunyi derapan tapak kasut ka selipar jamban ka ketika korang jalan pun juga mampu menarik perhatian orang laki ni. (orang kata bunyi orang jalan lambang prangai dia?? Ye kot..) 






JANGAN BERSOLEK TEBAL
hah!! Orang laki memang tak suka (termasuk aku he3) jika pompuan memakai alat solek terlalu tebal. (ingat nak masuk opera cina ka apa ni..) Boys said, "WE LUV NATURE!!"





INGAT HARI PENTINGNYA
ho3 bes.. Mengetahui bila hari lahirnya antara resipi penting yang perlu diketahui. Berbuatlah sesuatu untuk hari pentingnya itu. (thanx kat adik2 aku..selalu wish aku..luv u all..)




HORMATINYA
Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya. Yep!! Hormat jangan tak hormat!! TABIK...HORMATTT!!!!!




JANGAN TERLALU KEBUDAK-BUDAKAN
Bersikap matang dalam tutur kata dan tingkah laku. Orang laki tak suka pompuan yang bersikap terlalu kebudak-budakan. Kalau sikit2 tu takpa la jg..baru ada feel he3




AGRESIF
Wacha!!! Orang laki juga suka sikap wanita yang agresif.. erm.. camne ek? macam kucing ni kott??




JANGAN TERLALU SERONOK
Jangan terlalu seronok ‘over’ ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya, berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama. Betul2, wat perabis kedit aku je hu3




JANGAN GANAS
Whoops!! Jangan terlalu bersikap kelelakian dan ganas dalam pergaulan...erm..ganas dalam pergaulan?? Misteri di situ :p




JANGAN TERLALU BAIK
Jangan terlalu menunjukkan bahawa korang ini terlalu baik dan sempurna.. he3 takde manusia yg sempurna bro...buat baik berpada-pada tau, kalau wat jahat, jangan sekali k, ada faham?





JANGAN PERASAN
Jangan prasan sangat la bahawa korang ini mempunyai paras rupa yang jelita. Ho3 ini memang aku pantang... len la aku he3 memang comel bangat bah :p




SIKAP SEDERHANA
Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan. Yep! Yep! Aku setuju sangat2..zaman la ni banyak nak kene pakai duit..aduhai..




SIKAP KEIBUAN
I LUV MY MAK K!! So, bersikap keibuan adalah antara petua yang perlu dititikberatkan. sebab tu orang laki cuba cari pompuan yang prangai macam mak diorang.





LEMAH-LEMBUT
Sentiasa bercakap lembut dengan mereka. Em..bapok2 kat tepi jalan pun sentiasa cakap lembut je tau ha3 tapi kalau dah marah...:p hancus!!!




SENSITIF
Dengarlah dunia!!! orang laki adalah golongan yang terlalu sensitif dan sukakan kelembutan he3 apatah lagi daripada seorang pompuan. 




KENALI DIRINYA
Kenali siapa dirinya yang sebenar sebelum korang memulakan langkah untuk memikat. He3 mana la nak tau, keluar mulut boya, masuk mulut naga tasik chini pulak :p




JAGA KECANTIKAN
Orang laki ni sukakan pompuan yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah korang dipenuhi jerawat batu! Tapi bagi aku, tambah sikit ek..jaga kebersihan diri luar dalam juga tau.




GAYA KEMAS
Aset penting bagi korang untuk memikat orang laki ni adalah mata, punggung dan gaya langkah yang kemas. Tapi jangan over wat gaya ‘jalan kucing’ plak. Im not IFF jury k!!




JANGAN KUNO
Jangan bersikap terlalu kuno. Erm..zaman la ni memang ramai dah open-minded..baguih la tu kn.. tapi masalah nya, banyak orang pompuan pakai pakaian fesyen kuno!! tak cukup kain, cian diorang kan isk3 Mulut kata, “Aduih!! Sakit mata aku.” Kata hati pulak, “he3 rezki aku hari ini”.





SERING TANYA KHABAR
Tanyalah khabar ye sekurang-kurangnya dua kali seminggu supaya tali persahabatan korang dengan laki tu tak putus begitu saja. Mana la nak tau kan, suatu hari nanti sikap korang yang terlalu mengambil berat mampu tarik perhatian dia.




JUJUR DALAM TINGKAH LAKU
Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran penting tetapi kecerdikan, kejujuran serta tingkah laku yang bersopan-santun. Erk... susah nak cakap...jujurkah aku???




SUKA YANG BERAGAMA
Orang laki ni sukakan seorang pompuan yang beriman dan beragama namun begitu korang tidaklah perlu terlalu alim.  Tapi tak salah nak alim pun, aku lagi suka he3 sama bleh bantu dan kongsi ilmu agama. Lebih2 lagi nanti nak mendidik anak2 kan, tak gitu bakal2 bini ku?? (^_^)




TIDAK MUDAH DIPERMAINKAN
Tunjuklah kat orang laki ni yg korang bukanlah seorang pompuan yang mudah diplay-playkan selain tidak terlalu merengek macam baby dan mengada-ngada. Jangan jadi bola sepak!!





JANGAN TUNJUK LEMAH
Jangan tunjukkan kelemahan korang ketika berada di samping orang laki yang korang minat sangat tu. Berdikari la skit k... kata girl power kan he3




TUNJUK MATANG
Orang laki ni sukakan pompuan yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang. Ooo...patut la ni ramai orang laki kawin pompuan yang lebih tua he3 kawin ngan janda2 :p



p.s: erm..sebenarnya banyak lagi ciri-ciri yg laki minat..antaranya MEMASAK he3
      apa2 pun, sebagai seorang pompuan, sebelum nak ngorat laki tu, lengkapkanlah diri dengan ilmu   
      rumahtangga tau. selamat mencuba!! ganbatte!!!