Daftar Tetamu Kehormat

Tuesday, December 21, 2010

terdidik kerana sebijik tembikai...



Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhir telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.

Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: "Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?." Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.

Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: "Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga.

Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya."

Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

p.s: renung2 kan =)

Monday, December 20, 2010

Know your customer



A disappointed salesman of Coca Cola returns from his Middle East assignment.
A friend asked, "Why weren't you successful with the Arabs?"

The salesman explained, "When I got posted in the Middle East , I was very confident that I would make a good sales pitch as Cola is virtually unknown there. But, I had a problem I didn't know to speak Arabic. So, I planned to convey the message through three posters...

1st poster: A man lying in the hot desert sand...totally exhausted and fainting. 2nd poster: The man is drinking our Cola. 3rd poster: Our man is now totally refreshed. And then these posters were pasted all over the place.”

"Then that should have worked!" said the friend.

“The hell it should have?!” said the salesman.
Didn't realize that Arabs read from RIGHT TO LEFT!!"


p.s: hahahaha.... memang lawak ah... coca cola pembunuh.... klu lambat paham, konferm 3, 4 kali baca baru dapat tangkap.

Sunday, December 19, 2010

George Charlin...kenal tak???



Isn't it amazing that George Carlin - comedian of the 70's and 80's - could write something so very eloquent...and so very appropriate.

A Message by George Carlin:

The paradox of our time in history is that we have taller buildings but shorter tempers, wider Freeways , but narrower viewpoints. We spend more, but have less, we buy more, but enjoy less. We have bigger houses and smaller families, more conveniences, but less time. We have more degrees but less sense, more knowledge, but less judgment, more experts, yet more problems, more medicine, but less wellness.

We drink too much, smoke too much, spend too recklessly, laugh too little, drive too fast, get too angry, stay up too late, get up too tired, read too little, watch TV too much, and pray too seldom.

We have multiplied our possessions, but reduced our values. We talk too much, love too seldom, and hate too often.

We've learned how to make a living, but not a life. We've added years to life not life to years. We've been all the way to the moon and back, but have trouble crossing the street to meet a new neighbor. We conquered outer space but not inner space. We've done larger things, but not better things.

We've cleaned up the air, but polluted the soul. We've conquered the atom, but not our prejudice. We write more, but learn less. We plan more, but accomplish less. We've learned to rush, but not to wait. We build more computers to hold more information, to produce more copies than ever, but we communicate less and less.

These are the times of fast foods and slow digestion, big men and small character, steep profits and shallow relationships. These are the days of two incomes but more divorce, fancier houses, but broken homes. These are days of quick trips, disposable diapers, throwaway morality, one night stands, overweight bodies, and pills that do everything from cheer, to quiet, to kill. It is a time when there is much in the showroom window and nothing in the stockroom. A time when technology can bring this letter to you, and a time when you can choose either to share this insight, or to just hit delete...

Remember; spend some time with your loved ones, because they are not going to be around forever.

Remember, say a kind word to someone who looks up to you in awe, because that little person soon will grow up and leave your side.

Remember, to give a warm hug to the one next to you, because that is the only treasure you can give with your heart and it doesn't cost a cent.

Remember, to say, 'I love you' to your partner and your loved ones, but most of all mean it. A kiss and an embrace will mend hurt when it comes from deep inside of you.

Remember to hold hands and cherish the moment for someday that person will not be there again.

Give time to love, give time to speak! And give time to share the precious thoughts in your mind.

AND ALWAYS REMEMBER:

Life is not measured by the number of breaths we take, but by the moments that take our breath away.

George Carlin

Saturday, December 18, 2010

kiSah OraNG PerTaMA...



1. Orang yang pertama menulis Bismillah :
Nabi Sulaiman AS.

2..Orang yang pertama minum air zamzam :
Nabi Ismail AS.

3..Orang yang pertama berkhatan :
Nabi Ibrahim AS.

4.Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat :
Nabi Ibrahim AS.
.
5...Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat :
Nabi Adam AS.

6....Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah :
Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat :
Nabi Muhammad SAW

8. ..Orang yang pertama menjadi khalifah Islam :
Abu Bakar AsSiddiq RA

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah:
Umar bin Al-Khattab RA

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam:
Al-Hasan bin Ali RA

11. ..Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW:
Thuwaibah RA

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki :
Al-Harith bin Abi Halah RA

13. ..Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita:
Sumayyah binti Khabbat RA

14... Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran :
Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah :
Saad bin Abi Waqqas RA


16. ...Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan azan:
Bilal bin Rabah RA

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW :
Ali bin Abi Tholib RA

18.... Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW:
Tamim Ad-dary RA

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA

20.... Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW:
Ibban bin Othman bin Affan RA

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW :
Khadijah binti Khuwailid RA

22... Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh :
Imam Syafei RH

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam:
Ali bin Abi Tholib RA

24. ....Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam :
Muawayah bin Abi Sufyan RA

25... Orang yang pertama membuat perpustakaan awam :
Harun Ar-Rasyid RH

26.Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA

27... Orang yang pertama menghafal Al-Quran selepas Rasulullah SAW:
Ali bn Abi Tholib RA

28.Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah :
Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH

29...Orang yang pertama digelar Al-Muqry :
Mus'ab bin Umair RA

30. ... Orang yang pertama masuk Syurga :
Nabi Muhamamad SAW

Wahai, sahabat-sahabatku & saudara-saudaraku... baca dan hayatilah.. kongsi dan sebarkanlah... semoga kita mendapat keberkatan dariNYA bersama2.. insyallah..

Friday, December 17, 2010

hanya 2 roda...



Sedang anda leka menunggang motor di lorong tepi... tiba2x anda terdengar bunyi seretan tayar dari belakang & dalam sekelip mata anda rasa diri anda melayang, jatuh terhempas di atas jalan & anda sedaya upaya untuk bangun semula namun anda tetap berguling & terseret... bila anda buka mata anda, anda pandang ke sebelah anda lihat motor kesayangan anda terperosok di bawah kereta, anda cuba bangkit dalam keadaan lemah, anda lihat tangan anda kaki anda dipenuhi luka, pedih sangat... anda berdiri & berjalan terhencut2x & pada masa yang sama pemandu kereta tersebut tanpa sebarang luka berjalan menuju anda & bertanya... "adik ok ke? sy mintak maaf sangat2x... td sy x perasan adik... sy x sempat ngelak td..." apa agaknya jawapan yang anda akan berikan? Dengan semudah perkataan maaf & wang gantirugi sebagai ganti nyawa yang hampir terancam... Betapa rendahnya nilai nyawa kita di mata mereka.

Hanya 2 roda... inilah dilema yang terpaksa ditempuhi oleh setiap penunggang motorsikal... Baik motor kapcai atau superbike, penunggang motorsikal sering menjadi mangsa diskriminasi jalanan... lihat sendiri statistik kematian melibatkan penunggang motorsikal... adakah semuanya berpunca dari penunggang sendiri? atau berpunca dari kecuaian mereka? Memang diakui, terdapat segelintir penunggang motorsikal yang langsung tidak mengendahkan keselamatan diri atau lebih senang ditafsirkan sebagai mat rempit. Tetapi harus diingatkan sekali lagi, bukan semua penunggang motorsikal adalah mat rempit & adalah tidak adil untuk meletakkan sepenuhnya beban kesalahan terhadap penunggang motorsikal jika berlaku sebarang kemalangan. Acap kali kita akan mendengar mulut2x orang berkata jika berlaku kemalangan "elok mampos je budak ni, bawak motor menyusahkan orang"..... "Budak ni bawak laju ni".... "Lori depan mata tak kan tak nampak".... "padan muke ko" sedih rasenye jika kita berada di tempat mangsa kemalangan ni, sudahlah menangung kesakitan, dicemuh lagi... siapa kita untuk menghukum manusia? biarlah pihak yang berkenaan untuk menjatuhkan hukuman jika kita benar2x bersalah... tapi bagaimana jika hakikatnya bukan kesalahan kita?

Saya percaya, setiap penunggang motorsikal mesti mempunyai pengalaman ngeri, pahit semasa menunggang motorsikal di atas jalan raya... mungkin sedang anda menunggang motorsikal secara tiba2x lori yang tayarnya sama tinggi dengan anda menghimpit anda atau kereta di depan anda secara tiba2x menukar lorong ketika anda berada di lorong sebelah atau kereta keluar masuk simpang tanpa mempedulikan anda yang sebenarnya sudah terlalu dekat dan bermacam2x lagi insiden yang bole mengakibatkan kemalangan... saya sendiri sudah hampir lali dengan situasi begini terutama di bandar2x besar dimana masing2x saling mengejar masa sehingga tidak mempedulikan penunggang motorsikal yang turut menggunakan jalan raya untuk menuju destinasi masing2x...

Malang tidak berbau, malang boleh menimpa tidak kira samaada anda menunggang motorsikal atau kereta & sebagainya... tapi ingatlah, ketika anda selesa memandu dalam kereta yang berhawa dingin di dalam hujan yang lebat, kami sedang bergadai nyawa menunggang motorsikal di dalam keadaan tersebut, jangan jadikan alasan tidak nampak kerana hujan lebat sebagai alasan jika anda terlibat dengan kemalangan dengan penunggang motorsikal kerana adalah tanggungjawab anda sebagai pemandu untuk lebih fokus terutama pada penunggang motorsikal. Jika anda memandu kereta & terlibat dengan kemalangan, masih ad dinding besi di sekeliling anda untuk melindungi anda tetapi kami, hanya tubuh & takdir yang akan meneruskan nafas ini...

Buat semua penunggang motorsikal, jangan sesekali anda ambil mudah isu keselamatan semasa menunggang motorsikal, pastikan helmet anda bukan dari jenis yang longgar & diluluskan oleh sirim, helmet bukanlah sekadar fesyen tapi ianya perlindungan terbaik untuk melindungi kepala anda jika anda terlibat dalam kemalangan, keselamatan lain seperti jacket, glove, kasut & sebagainya juga perlu dititikberatkan... pastikan juga motorsikal anda tidak diubahsuai sehingga membahayakan diri anda sendri, patuhi undang2x jalanraya, jangan sesekali menempah maut dengan menunggang secara berbahaya seperti seorang mat rempit, & buat adik2x yang baru dapat lesen & baru menunggang motorsikal, jangan terlalu gembira sehingga anda alpa dengan keselamatan anda, saya bercakap begini sebab saya sedih bila kemalangan maut melibatkan motorsikal kebanyakan melibatkan umur belasan tahun yang saya kira baru lagi memegang lesen... Mulakan perjalanan anda dengan bismillah & doa, semoga anda selamat pergi & balik... sekian dari saya, sebarkan jika anda rasa bertanggungjawab, tegurlah jika ada kesilapan...

Hapuskanlah gejala rempit, kurangkanlah kadar kemalangan, hidupkan sebuah dunia permotoran yang sihat...

Thursday, December 16, 2010

GAJET SYAITAN = TV, kesayangan korang



Credit to http://hady-83.blogspot.com/

GAJET SYAITAN = TV, yg korang confirm hari2 wajib tengok

GAJET SYAITAN --> JAUHKAN LAH DARI KEHIDUPAN SEORANG ISLAM SEBENAR--

Setiap rumah wajib ada satu, btol laa, kata para sahabat dalam rumah umat akan dtg ader tuhan sendiri masing-masing, yang umat Islam sangat setia, terikut-ikut, lupa tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah Allah, spend masa mengadap benda ni setiap hari. Lepas breakfast tgk sekejap, sambil rehat tengok sekejap, lepas makan malam tengok sekejap, kongsi masa dengan famili sambil tengok jgak. btol tak? Gajet syaitan ni 3 jam pun xde masalah laa xyah makan minum or take any break laa..bleh stay tanpa rasa kebas mana2 anggota badan pun..korang sangat setia dengan gajet syaitan ini. Satu hari 5 kali yang xsampai 5 min pun korang dah malas giler.. Siapa TUHAN KORANG SEBENARNYA?

Semua yg dalam tu memaparkan jauh giler dengan Islam, bkn?

- Mesti menghabiskan masa dengan melihat mainan syaitan, drama2, filem2, cerita yang membuatkn korang takkan ingat tuhan. Kalu korang ingat pun korang mesti cakap sebelum nak sembahyang "tunggu cerita ini habis dahulu" = sebiji tahi syaitan korang dah telan!!, kerana melambatkan sembahyang dan mungkin sampai lupa..dan ade juga langsung xingat perlu ke sembahyang?? ni dah tahap giler.

- kebanyakan dalam tuu adalah WANITA. Anak buah aku menyatakan adalah tidak wajib pakai tudung kerana dalam TV ramai tidak pakai tudung, so logically tudung adalah tidak penting! she just follow the majority..same thing goes to you, right?

- sebelum korang minum or makan, KORANG WAJIB BERJOGET-JOGET ATAU MENYANYI.. semua iklan mengajar cara itu! dan itu yg korang kena ikut! sebelum nak makan kita nyanyi dulu sambil berjoget. semua perkara mesti berjoget seperti cacing ke, siamang ke katak berjoget ke..DOA & BACE BISMILLAH?? Ade ajar ke dalam TV tuu..off cos takkan dah nama GAJET SYAITAN mestilah xde.. Negara Islam ek Malaysia nie??

-perlawanan bola siaran langsung adalah waktu pagi semasa korang tido, so macam mn??? " aku tido awal laaa malam nie nak tengok bola laa" " wei, ko kejut aku nanti..kita tengok sama-sama"."klu ko kejut bangun tido..ko roger2 r aku skali yer"...TAIK SYAITAN PUNYER DIALOG, subuh nak bangun bagi alasan seribu! tido lewat laaa, kawan tidak kejut subuh laa, letih la macam-macam, tapi bila bola? sumer jadi takde masalah..just roger je.. usahkan nak qiamullai kan???

- punggung perempuan adalah untuk tatapan UMUM, dulu iklan ini budak kecik tidak tahu untuk ape..tapi sekarang budak tadika sudah tahu, iklan tisu itu adalah masa untuk melihat punggung perempuan dengan tanpa sekatan atau kesalahan..malah dipupuk dari dalam rumah lagi! so budak perempuan atau anak-anak korang jgn malu untuk menunjukkan punggung korang kerana itu diajar dalam TV..dari umah korang jugak. siapa berani bantah? dalam TV itu tak salah pun? boleh je tayang? budak lelaki darjah 1 maybe sudah ada syahwat awal...

Gajet syaitan adalah tuan korang yg wajib korang ikut..kerana setiap hari brape jam korang akan tengok..satu hari 24 jam..maybe 4 jam maksimum adalah yg Islamik, yang selebihnyer adalah wayang syaitan..1 minggu brape jam? satu hari brape lama korang ingat tuhan???
hiburan dalam Islam, ibarat garam dalam masakan, perlu hanya secukup rasa... tapi korang sudah terbalikkan.. Islam itu hanyalah garam untuk secukup rasa dalam kehidupan korang?

Sudah brape tahun korang jadi hamba syaitan, mengadap hari2????


P/s: Mak aku pernah menyatakan kebimbangannya pasal tv ni, katanya maybe lepas dia mati, anak2nya akan sibuk mengadap tv je...lalai dari mendoakan mak ayah yg dah mati...aku akui tv sekarang memang kurang ilmiah dan lebih mencemarkan otak berbanding dahulu..mostly sekarang ni adalah hiburan dan gameshow..yg kurang beri penekanan pada ilmu...aku pun hantu tv jugak dulu..

p.s : kebenaran ini memang aku akui...apa2 pun..utamakan yg penting dulu...kawal penggunaan tv k..

Wednesday, December 15, 2010

bila kita minat dia...



Saya percaya semua orang mest ada crush kat seseorang kan??

bila kite minat kat org tu hah..

kita ni asyik berharap ja dia muncul depan kita...kita jenuh la dok baca jampi serapah mintak2 kita dapat jumpa dia. hahaha......

Pastu kalau dia lalu sebelah kita, kita mula pura2 x nampak tapi dalam hati ‘aish…cepat la tego'...aku dah jalan punya slow ni’...haha...aku tau korg memang camni sbb aku la salah sorang tu... (^_^)")

bila dia tego' kita, depan dia muka maintain macho ayu je...tanya dia cam kawan bese je la kan....pas dia pergi je....perghh.. kalo ada kerusi depan korang, confirm patah sbb korang sepak....hehe....punya la happy padahal dia just tanya 'hi, watpe tu’…

tapi bila dia x tego' kita, mula la..masuk bilik muka cam mati bini....mula pikir ‘napa dia x tego' aku tadi.huhuhu. nak kata x nampak, dah lalu sebelah...ke dia tau aku suka dia, dia x nak layan aku..ke dia…..or dia…..’.mula la korang pikir apa sebab dia x tego' korang ~~~

lagi 1, kalo korang suka kat dia, mula la kawan2 korangg jadi mangsa...lagi2 yg mana rapat ngan korang...tiap2 hari nak citer...berdarah telinga kawan2 korang tu...roommate lagi aar....cam orang gila kita bercerita tapi kawan2 kite baik...walaupun dah tau jalan citer tu, diorang tetap dengar...*thnx r roommateku n kwan2 yg menahan telinga*

bila waktu cuti sem, peh~lagi r...dah r x leh tengok muka dia...nasib baik ad facebook~connecting people...haha...tapi bila dia on9, x tau nk tego' pe..so, korang tengok je la...bila skali dua nak tego' hai boleh tahan lg...tapi kalo tiap2 ari nak tego' dulu, kita pun rasa segan...so terpaksa la tahan hati....

kalo kita nampak barang2 yang dia suka, kita pun jadi suka juga kat barang tu hah...dia suka minum air oren brand cap ayam, kita pun suka...asal pi koop ka kafe je, nak beli air, amek ape yang dia suka...bila nak beli ice cream pon ingat dia...tapi bila kita nak beli asam tetiba teringat dia bese kata ‘makan asam x elok..x yah beli’..terus x jadi nak beli...sebelum ni mak kata punya la payah pujuk kita jangan makan asam, dia cakap camtu je terus dengar~tapi bila depan dia, terus pi beli asam...saje nk attention dia...

last skali aar..korang mesti berharap 1 hari korang leh confess kat dia...n diterima..tapi untuk masa sekarang korang hanya tengok dia dari jauh je *yg dekat tu ok la*..macam kawan2 saya kata ‘pi je la confess kat dia’..apa diorang ingat aku confess ni cam nk beli gula2..sng2 je~kena aar ada azam yg kuat, muka tebal baru leh confess..


p.s : So, kepada sesiapa yg ada crush tu aar, saya sgt paham perasaan n keadaan korang...tapi yg penting kita kena la syg lebih kt yg kat atas, THE ONLY ONE..n so kite nyer FAMILY..

Tuesday, December 14, 2010

21 Nasihat yg Baik...



Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca! Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!!!

PERTAMA
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting apabila usia semakin tua.

KETIGA
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu.

KEEMPAT

Apabila kamu berkata, “ Aku Cinta Padamu”, maka tunaikanlah.

KELIMA
Apabila anda mengatakan, “Maaf”, tenunglah matanya.

KEENAM
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

KETUJUH

Percayailah cinta pandang pertama.

KELAPAN
Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

KESEMBILAN
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

KESEPULUH
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

KESEBELAS
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

KEDUABELAS
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

KETIGABELAS
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya, “Kenapa anda ingin tahu?”

KEEMPATBELAS
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

KELIMABELAS
Ucaplah “Semoga anda diberkati” apabila mendengar seseorang bersin.

KEENAMBELAS
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

KETUJUHBELAS
Berpeganglah kepada tiga R:
-Rasa hormat pada diri sendiri.
-Rasa hormat kepada orang lain.
-Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda.

KELAPANBELAS
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

KESEMBILANBELAS
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

KEDUAPULUH
Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

KEDUAPULUHSATU

Ada ketikanya anda perlu bersendirian. Jadi bersendirian lah buat sementara..


p.s : semoga bermanfaat..

Monday, December 13, 2010

When truck driver meet mental patient....



One truck driver was doing his usual delivery to IMH (Institute of mental health).
He discovered a flat tyre when he was about to go home.
He jacked up the truck and took the flat tyre down.

When he was about to fix the spare tyre, he accidentally dropped all the bolts into the drain.
As he can't fish the bolts out, he started to panic.
One patient happened to walk past and asked the driver what happened.

The driver thought to himself, since there's nothing much he can do;
he told the patient the whole incident.
The patient laughed at him & said "can't even fix such a simple problem...
no wonder you are destined to be a truck driver..."

"Here’s what you can do, take one bolt each from the other 3 tyres and fix it onto this tyre.
Then drive to the nearest workshop and replace the missing ones, easy as that"

The driver was very impressed and asked "You're so smart but why are you here at the IMH?"
Patient replied: "Hello, I stay here because I'm crazy,not STUPID,dumb!"

Sunday, December 12, 2010

Fakta kehidupan modern tidak lari dari penemuan-penemuan ilmuwan muslim. Projek 1001 kembali mengingatkan sejarah 1000 tahun warisan muslim yang di lupakan.


Ada sebuah lubang dalam ilmu pengetahuan manusia, melompat dari zaman Pembaharuan hingga ke zaman Yunani ujar Ketua Yayasan Sains, Teknologi dan Peradaban Profesor Salim al-Hassani pemimpin 1001 Penemuan. waktu ini Penemuan 1001 sedang pameran di Museum Sains London. Hassani mengharapkan pameran tersebut akan menegaskan kembali sumbangan peradaban non-barat, seperti kerajaan muslim yang suatu ketika pernah menguasai Spanyol dan Portugis, Italia selatan dan terbentang seluas daratan China.
Inilah penemuan muslim yang luar biasa dan membanggakan dunia:

1. Operasi Pembedah

Sekitar tahun 1000, seorang doktor Al Zahrawi menerbitkan 1500 halaman ensiklopedia berilustrasi tentang operasi bedah yang digunakan di Eropah sebagai rujukan perubatan selama lebih dari 500 tahun. Diantaranya banyak penemuan Zahrawi yang menggunakan larutan usus kucing menjadi benang jahitan, sebelum menangani operasi kedua untuk memindahkan jahitan pada luka. Dia juga yang dilaporkan melakukan operasi caesar dan menciptakan sepasang alat penyepit pembedahan.

2. Kopi


Waktu ini warga dunia minum sajian khas tersebut tetapi, kopi pertama kali dibuat di Yaman pada sekitar abad ke-9. Pada awalnya kopi membantu kaum sufi supaya terjaga untuk beribadah larut malam. Kemudian dibawa ke Kairo oleh sekumpulan pelajar yang kemudian kopi disukai oleh seluruh kerajaan. Pada abad ke-13 kopi menyeberangi ke Turki, tetapi pada abad ke-16 ketika kacang mulai direbus di Eropah kopi dibawa ke Italia oleh pedagang Venesia.

3. Mesin Terbang


Abbas ibn Firnas adalah orang pertama yang mencuba membuat pembinaan sebuah pesawat terbang dan menerbangkannya. Di abad ke-9 dia melakar sebuah peranti sayap dan secara khusus membentuk kostum burung. Dalam percubaannya yang terkenal di Cordoba Spanyol, Firnas terbang tinggi untuk beberapa saat sebelum kemudian jatuh ke tanah dan mematahkan tulang belakangnya. lakaran yang dibuatnya secara tidak terduga menjadi inspirasi untuk seniman Italia Leonardo da Vinci ratusan tahun kemudian.

4. Universiti


Pada tahun 859 seorang putri muda bernama Fatima al-Firhi mendirikan sebuah universiti pertama di Fez Maroko. Saudara perempuannya Miriam mendirikan masjid indah bersamaan menjadi masjid dan universiti al-Qarawiyyin dan terus beroperasi selama 1.200 tahun kemudian. Hassani mengatakan dia berharap orang akan ingat bahwa belajar adalah inti utama tradisi Islam dan cerita tentang al-Firhi bersaudara menginspirasi wanita muslim di mana pun di dunia.

5. Aljabar


Kata aljabar berasal dari kitab Matematikawan terkenal Persi abad ke-9 Kitab al-Jabr Wal-Mugabala, yang diterjemahkan ke dalam buku The Book of Reasoning and Balancing. Membangun akar sistem Yunani dan Hindu, aljabar adalah sistem penyatu untuk nombor rasional, nombor tidak rasional dan gelombang magnitud. Matematikawan lain Al-Khwarizmi juga yang pertama kali memperkenalkan konsep angka menjadi bilangan yang boleh menjadi kekuatan.

6. Optik


Banyak kemajuan penting pembelajaran optik datang dari dunia muslim, ujar Hassani. Diantara tahun 1.000 Ibn al-Haitham membuktikan bahawa manusia melihat objek dari refleksi cahaya dan masuk ke mata, mempedulikan teori Euclid dan Ptolemy bahawa cahaya dihasilkan dari dalam mata sendiri. Fizikiawan hebat muslim yang lain juga menemukan fenomena pengukuran kamera di mana dijelaskan bagaimana mata gambar dapat terlihat dengan Sambungan antara optik dan otak.

7. Musik

Pemuzik muslim memiliki kesan signifikan di Eropah. Di antaranya banyak instrumen yang wujud ke Eropa melalui timur tengah adalah lute dan rahab, nenek moyang biola. Musik modern juga dikatakan berasal dari alfabet Arab.


LUTE

8. Berus Gigi


Menurut Hassani, Nabi Muhammad SAW mempopularkan penggunaan berus gigi pertama kali pada tahun 600. Menggunakan ranting pohon Miswak, untuk membersihkan gigi dan menyegarkan nafas.kandungan Substansi di dalam Miswak juga digunakan dalam ubat gigi modern.

9. Engkol


Banyak dasar sistem automatif modern pertama kali berasal dari dunia muslim, termasuk pemutar yang menghubungkan sistem. Dengan menukarkan gerakan memutar kepada gerakan lurus, memutar memungkinankan objek berat terangkat lebih mudah. Teknologi tersebut ditemui oleh Al-jazari pada abad ke-12, kemudian digunakan dalam penggunaan sepeda hingga kini.

Saturday, December 11, 2010

9 Jenis Anak Syaitan



Umar al-Khattab r.a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:

1. Zalituun - Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin - Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan - Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf - Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).

5. Murrah - Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud - Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim - Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan - Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus - Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

Friday, December 10, 2010

10 orang yang mayatnya tidak busuk & tidak reput...



Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?"

Maka jawabnya Rasulullah saw, "Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'." Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :
1. Para Nabi
2. Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:
Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hanba-hamba Ku berpuasa (ahli puasa) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga.

Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :"Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."*

Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

" Dan (ingatlah) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan." (Surah Al-Baqarah : 237)

Thursday, December 9, 2010

5 sebab kenapa anda perlu merokok...????



kenapa ramai orang benci pada perokok? Pelik betul la. Kan 5/10 daripada lelaki dewasa kat Malaysia ni adalah perokok. Takkan nak benci diorang semua. Tak baik tau. Nanti dapat jodoh perokok jugak baru padan muka..

Sebenarnya perokok ni ada alasan tersendiri untuk merokok. Ingat diorang saje suka-suka je ke?

Untuk menguatkaan lagi statement aku. Ni ha, aku bagi 5 sebab kenapa korang perlu merokok:


1. Kenyang tanpa perlu mengunyah.

Best kan dengan sedut asap je dah boleh kenyang. Tak payah susah2 nak mengunyah, buang masa..


2. Nampak macam orang kaya.

Harga rokok semakin lama semakin mahal. Orang kaya je yang mampu beli rokok. Kalo tak merokok kena cop sebagai miskin. Biar la papa, asalkan bergaya..


3. Dah banyak sangat pahala.

Dah puas hidup. Pahala pun dah banyak sangat. Hidup lama-lama pun nak buat apa kan? Kalau mati sekarang pun lagi bagus..


4. Kaler paru-paru special berbanding orang lain.

Paru-paru berwarna hitam berkerak. Bila-bila masa je boleh reput. Korang ada ke?


5. Tak diganggu nyamuk.

Nyamuk, lalat semua pun lari, tak nak dekat. Lebih best kalau awek sendiri pon lari sebab dah tak tahan bau asap rokok..


Hah, "keistimewaan" jadi perokok pon aku dah bagi. So, lepas ni takde sebab dah korang kata TAK NAK pada rokok lagi kan..

Wakakaka.. Larikkkk..!!!!

kredit tu..jejaka terhangat.blogspot

Wednesday, December 8, 2010

Kisah Waiter Terlampau...



Seorang lelaki pergi ke sebuah restoran dan memesan semangkuk sup.Kemudian seorang pelayan datang membawa sup tersebut dengan jarinya tercelup di dalam sup tersebut, tetapi lelaki tersebut mengabaikan perkara tersebut.

Pelayan tersebut bertanya, “Adakah tuan mahu memesan apa-apa lagi?. Kami ada daging panggang yang sangat enak hari ini”.

“Macam sedap, baiklah saya mahu memesan daging penaggang tersebut”,kata lelaki tersebut.

Kemudian pelayan tersebut membawa daging panggang tersebut, tetapi jarinya diletakkan di dalam daging tersebut. Lelaki tersebut menjadi sangat marah tetapi masih lagi dapat mengawal perasaan marahnya.

“Adakah tuan mahu memesan pai epal?” Tanya pelayan tersebut.

“Baiklah” Kata lelaki tersebut.

Kemudian pelayan tersebut membawa pai epal tersebut dan kali ini jarinya dicucukkan ke dalam pai epal tersebut. Perasaan marah lelaki itu semakin membuak-buak.

“Adakah tuan mahu kopi?” tanya pelayan tersebut dan lelaki itu hanya menganggukkan kepalanya. Kemudian pelayan tersebut membawa secawan kopi dan jarinya di dalam kopi tersebut. Kali ini lelaki tersebut tidak dapat menahan lagi kemarahannya.

“Apa yang kau buat ni hah?!! Setiap kali kau bawak makanan, mesti jari kau di dalam makanan tu.!!” Marah lelaki tersebut.

“Maafkan saya tuan, jari saya ni ada penyakit dan doktor menyuruh saya sentiasa meletakkan jari saya ini ke dalam sesuatu yang panas dan lembab.” Jawab pelayan tersebut.

“Habis tu, kenapa tak letak je dalam lubang punggung kau?!!!”. Marah lelaki tersebut.

“Habis tu, mana tuan fikir saya letakkan jari saya tu masa di dapur?” Jawab pelayan tersebut.

Tuesday, December 7, 2010

Kalau binatang pun ada Facebook....

Cuba korang bayangkan kalau haiwan kat kawasan rumah korang ada facebook. Ape agak-agaknya status yang diorang tulis. Haha. Di bawah ada contoh status update mereka:





Cicak : Tuan rumah baru beli reket elektrik, gua kenduri nyamuk BBQ mlm nih…

Nyamuk : Baru habis ronda rumah Ajoi… kenyang burp, Alhamdulillah. ..

Aedes: Baru jer selamat bagi injekan maut, yeah!!!

Ayam: Tidaaaaaaaaaaaak, Besok majikan gua mau buat kenduri kesyukuran, gua mau di 
sembeliiiiihhh! …

Cicak : isteriku tersepit pintu

Kucing Betina: “Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa.”

Ayam : Kawan2…kalu esok guwe tak update…bererti guwe udah di goreng….I luv u all… jangan luper wat kenduri arwah untuk I yaa…

Nyamuk: Siot, sekali drug addict gua hantam daaaa. Gua positif HIV AIDS… uwaaaaaaa

Cicak : Mau ke ke bilik air anak tuan rumah jap … baru beli videocam baru …

Kucing: Baru je add awek sebelah umah… keturunan PARSI beb!!!

Tikus: Operasi malam ni… selongkar kitchen kabinet… sape nak ikot?

Katak : malam ni nk wat konsert la..da lama x ujan ni..hangat oii..

Ular : rasa mcm nk makan lauk telo la malam ni..mana nk cari ek..

Anjing: Aku tension bila ada mat rempit berkumpul tepi rumah aku tiap malam. Nak tido pun x senang hanjeng punya org.

Kuda: Patah kaki; Rider aku bangang salah timing bila nak lompat pagar, sekarang rehat kat kandang.

Kura-kura: Aku sakit hati bila bini aku berjalan. Lembab mcm siput babi

Siput babi: Aku sakit hati bila bini aku bergerak. Lembab mcm kura2

Gagak: Tadi jumpa ayam KFC. Jangan jeles

Burung Kakak Tua: Penat betul nk ubah stigma masyarakat. Walaupun aku Burung Kakak Tua, tapi aku burung Jantan!!!

Babi hutan: susah betul nak cari makanan halal sekarang ni.

Kera: semalam GF aku bagi bunga. Sedap jugak kunyah

Tikus: Aku makan mee goreng mamak kat Al Naz maju@precint 9. Meh la join sekali.

Lalat: Asyik hurung bangkai je. Alhamdulillah hari ni jumpa nasi bungkus.

Sotong; Aku bengang bila tapak sulaiman ejek aku si lembut

Kucing : update petang karang tepat jam 5.00pm slow ngendap ala2 pink panther nyurik ikan bawal kepunyaan kak lela majnun. ..

Lipas : merasmikan pengunaan kepak baru sekali bila dikembangkn. ..gerun tengok mmber aku kene tarik dgn jeli2 panjang kepunyaan cik cicak..eee seram nyeee….

Itik Serati : hahahhaa lawak2 ayam serama tu ade hati jalan tersengguk2. …nk tiru aku le tu.. lol….

Ikan Laga: Boring sey, duduk sorang2 dalam tanki ni.

Ikan Parang; Kurang asam punya manusia, letak gambar aku kat depan bekas keropok

Ikan Jerung: Kenapa x de sorang pun nak add/approve aku. :-(

Ikan Sepat: Terkenang jiran sebelah yang dah dijadikan ikan pekasam. Al Fatihah

Ikan Bilis: Wah ramainya kawan kita. Tahniah remy, ko kawan aku yang ke 5000.

Ikan Arowana: Cantik tak sisik I? Cantik kan ?
 
Ikan Mas Koki: macam mana nak kurus nie?





sumber: kondakondi.com


p.s: he3 hati dengan binatang peliharaan hangpa smua....jgn biarkan mereka bersendirian di rumah he3 =P 





“Alamak, Telekung Tiada! Bagaimana Hendak Solat?”




Zulaikha adalah seorang Pengawas dan juga ahli BADAR sekolahnya.  Beliau akhir-akhir ini berasa rungsing dengan keadaan para pelajar muslimah yang bising di dalam surau.  Keadaan bising itu mengganggu kekhusyukan dan ketenangan pelajar-pelajar muslimah lain yang sedang bersolat. 

Mengikut peraturan sekolah, para pelajar dikehendaki untuk bersolat fardhu Zuhur secara berjemaah sebelum dibenarkan pulang.  Kebisingan bukan berpunca dari pelajar-pelajar yang uzur, tidak boleh solat.  Kerana mereka yang uzur telah ditempatkan ke kelas khas untuk sesi tadzkirah sementara menunggu pelajar-pelajar yang bersolat jemaah fardhu Zuhur selesai.  Masalah bising di surau adalah berpunca dari kekurangan telekung.  Zaleha telah mengadu hal ini kepada beberapa orang ustadzah, tetapi belum ada tindakan yang dilakukan.

Zulaikha membuat keputusan untuk mengadukan hal ini kepada Ketua Guru Penasihat BADAR, iaitu Ustadz Faisal.  Beliau mengajak Raudhah dan Aishah menemaninya.  Mereka bertiga telah membuat temujanji dengan Ustadz Faisal selepas waktu persekolahan untuk membincangkan hal itu.

“Assalamu’alaikum Ustadz” sapa Zulaikha, Raudhah dan Aishah kepada Ustadz Faisal.

“Wa’alaikumussalam warahmatullah” jawab Ustadz Faisal.

“Ustadz, kami pelajar-pelajar muslimah ada masalah.”  Zulaikha memulakan bicara.

“Masalah apa tu?  Besar ke? Kecil?”  Tanya Ustadz Faisal.

“Tak tahulah ustadz samada ia masalah besar atau kecil.  Tapi mungkin pada ustadz masalah ni kecillah kot…”  respon Zulaikha.

“OK, takpe.  Awak ceritakan pada saya.  Saya dengar…”  balas Ustadz Faisal sambil membetulkan posisi duduknya di atas kerusi dan menumpukan perhatian pada apa yang bakal dikatakan oleh anak muridnya.

“Begini.  Surau bising waktu solat fardhu Zuhur berjemaah.  Sebab ramai yang tidak bawa telekung, jadi terpaksa tunggu giliran untuk bersolat.  Sambil menunggu tu, ada kalangan pelajar yang berbual-bual, malah ketawa pun ada…”  Zaleha memberikan penerangan.

“Kami nak solat pun tak khusyuk…!”  Raudhah mencelah, marah dengan keadaan yang terpaksa mereka hadapi.

“Betul tu Ustadz!”  Aishah mengiyakan apa yang dikatakan Raudhah dan Zulaikha.

Ustadz Faisal yang tadinya serius mendengar penjelasan Zulaikha, tiba-tiba menguntum senyum dan riak wajah beliau seakan berlalunya kelam mendung berganti cerah.

“Oh sebab tu aje.  Sebab telekung tak cukup ye?  Bising ye?”  Ustadz Faisal tenang.

Zulaikha, Raudhah dan Aishah kehairanan.  Mereka berpandangan sesama mereka.  Kening kanan Aishah terangkat selama 3 saat, sebijik lagaknya macam seorang artis wanita tempatan yang terkenal dengan suara tingginya, sedang memikirkan sesuatu.  Mereka terkejut.  Seakan masalah itu di sisi Ustadz Faisal hanyalah habuk di atas meja yang mudah untuk dilap dan dihilangkan.

“Saya nak tanya awak bertiga.  Awak sekarang ni pakai baju tutup aurat tak?”  tanya Ustadz Faisal.

“Eh, err…tentulah Ustadz.”  Jawab Raudhah 95% yakin sambil melihat atas bawah pakaiannya dan pakaian rakan-rakannya.

“Confirm awak tutup aurat!  Malah bukan awak bertiga sahaja.  Malah kesemua pelajar-pelajar di sekolah ini menutup aurat dengan sempurna.  Kita yang bersekolah agama ni untung sebab sudah dididik bertudung labuh, berstokin, pakaian tak nipis dan saya lihat awak bertiga ni siap berbutang di pergelangan tangan lagi hah!  Tahniah, comel dah!”  ujar Ustadz Faisal.

Zulaikha, Raudhah dan Aishah tersenyum.  Mereka bangga kerana diberikan pujian dalam hal berpakaian menutup aurat.  Dalam masa yang sama terbit rasa syukur di dalam hati mereka kerana selama ini mereka bersekolah di sekolah menengah agama dan mendapat tarbiyyah yang menyeluruh dari para guru dan pentadbiran sekolah.

“Boleh tak awak pakai baju yang sama ni pergi solat, tak payah cari telekung?”  tanya Ustadz Faisal pula.
“Err…bolehlah Ustadz.  Tapi……..” Zulaikha cuba menyambung, tetapi dipotong percakapannya itu oleh Ustadz Faisal.

“Saya tahu…awak tak biasa kan?”  Ustadz Faisal dengan yakin meneka.

“Yelah ustadz.  Mana dibuat orang…”  Raudhah mengerut dahi sambil memuncung panjang bibirnya.  

“ISLAM ni mudah.  Yang disuruh agama hanyalah menutup aurat.  Memang bagus jika dapat memakai pakaian berwarna putih seperti telekung itu.  Tapi, jangan pula disusah-susahkan hal yang mudah ini.  Sampaikan surau jadi bising kerana terpaksa tunggu giliran ingin pakai telekung.”  Ustadz Faisal memberikan responnya.

“Jika awak ke luar negara, mana ada orang pakai telekung ni.  Yang pakai telekung ni orang sekitar sini sahaja.  Saya pernah berombongan ke luar negara.  Wanita-wanita di sana semuanya memandang aneh kepada ahli rombongan wanita yang memakai serba putih telekung ketika mendirikan solat.  Sedangkan wanita-wanita di sana, hanya memakai pakaian harian mereka dan bertudung.  Sudah tentu menutup aurat.”  Sambung Ustadz Faisal lagi.

“Tapi, kalau diorang datang sini, tentu diorang pulak akan dipandang pelik, kan Ustadz.  Sebab solat pakai baju biasa”  Aishah mencelah sambil tersengih.

“Ha’ah kan…”  Zulaikha dan Raudhah mengiyakan. 

Mereka tertawa kecil sebentar.  Ustadz Faisal sekadar tersenyum, antara ketawa dan tidak.

“Beginilah…saya tahu memang sukar untuk kita melakukan sesuatu yang di luar dari kebiasaan kita.  Tapi, selagi ia dalam lingkungan syara’, tiada masalah untuk kita melakukannya.  Malah, ini boleh memudahkan kamu semua.  Memang mula-mula tu akan rasa pelik.  Tapi, apabila masyarakat dah mula faham bahawa ISLAM itu mudah, nah mereka akan mula sedar.  Saya cukup rasa sedih, sebilangan masyarakat kadang-kadang apabila berhenti di Hentian Lebuhraya terpaksa menangguhkan solat fardhu mereka hanya kerana telekung tiada, telekung yang disediakan berbau busuk atau kotor dan sebagainya.  Sedangkan solat mesti disegerakan.”  Jelas Ustadz Faisal.

“Sebab itu kita kena selalu berpakaian menutup aurat.  Sebilangan wanita yang memerlukan telekung ini sebenarnya mereka sedar pakaian mereka memang belum menutup aurat dengan sempurna.  Jadi takut untuk mengerjakan solat fardhu, walaupun mereka bertudung.  Jika mereka berpakaian menutup aurat dengan sempurna seperti yang awak bertiga pakai ini, nescaya mereka akan berasa yakin untuk mengerjakan solat dengan pakaian harian itu.”  Ustadz Faisal meneruskan bicara.

“Awak tengok para muslimin.  Mereka dengan baju dan seluar itu pergi sekolah, pergi kerja, naik kenderaan, dan pakaian itu juga mereka mengerjakan solat.  Bukankah mudah?  Tak perlu cari pakaian istimewa seperti wanita terpaksa mencari telekung.  Wanita pun boleh buat macam tu.  Dengan pakaian yang sama boleh kalian mengerjakan solat.  Dengan syarat:  Tutup aurat dengan sempurna seperti di dalam solat setiap ketika.  Dan itulah sebenarnya tuntutan agama.”  Tambahnya lagi.

“Alhamdulillah Ustadz, kami faham.  Tapi, macam mana ye kami nak mulakan?  Seganlah…takut pun ada”  Tanya Zulaikha.

“OK, awak pergi jumpa Ustadzah Nabilah atau Ustadzah Sofea, ceritakan apa yang kita bincangkan tadi.  Saya faham untuk awak mulakan, tentulah awak gementar dan takut penerimaan kawan-kawan dan adik-adik awak.  Awak kumpulkan 5 atau 10 orang pelajar Tingkatan 5 bersama Ustadzah Nabilah atau Ustadzah Sofea, awak mulakan esok.  Esok merupakan ice-breaking.  Mudah-mudahan apabila mereka dah nampak awak sebagai kakak-kakak senior buat, ditambah pula dengan Ustadzah pun buat juga, nescaya mereka akan dapat terima.  Dan insyaALLAH, lusa atau tulat awak khabarkan kepada semua pelajar muslimah agar takperlu tunggu telekung.  Ambil wudhu’, dengan pakaian sekolah tu awak semua angkat takbir serentak selepas Imam mengangkat takbiratulihram.  Amacam, OK?”  ujar Ustadz Faisal, disusuli helaan nafas dan senyuman memberikan harapan.

Zulaikha, Raudhah dan Aishah tersenyum dengan ilmu baru ini.  Sebenarnya ia bukan ilmu baru, cuma perbuatan baru yang bakal mengaplikasikan apa yang mereka pernah dengar, iaitu:  ISLAM itu mudah.

Keesokannya, Zulaikha, Raudhah, Aishah dan beberapa orang pelajar Tingkatan 5 merealisasikan apa yang dicadangkan oleh Ustadz Faisal.  Mereka menjadi yakin apabila Ustadzah Nabilah dan Ustadzah Sofea turut bersama mereka dalam sesi ice-breaking itu.  Ya, mereka sedang memecahkan paradigm orang Melayu Malaysia yang mengatakan solat mesti bertelekung.  Bukan mudah.  Tapi, Alhamdulillah mereka telah Berjaya.

Beberapa hari dan minggu selepas itu masalah bising sudah dapat dikurangkan apabila hampir semua pelajar muslimah dari Tingkatan 1 hinggalah Tingkatan 5, mereka bersolat serentak dengan jemaah lelaki.  Tak perlu cari telekung.  Tak perlu tunggu telekung.  Mudah!



Credit to :
Shahmuzir Nordzahir
28 Oktober 2010
www.muzir.wordpress.com   




p.s: Islam itu mudah kn =D kdg2..kita yg bg susah kan...he3