Loading...

Daftar Tetamu Kehormat

Tuesday, April 12, 2011

Jom buat GPS Locators anda sendiri.



Pernah dengar alat pengesan kenderaan? Ala yang gunanya untuk kesan kereta kita kalau hilang atau dicuri tuh.Kebanyakanyer bende ni berasaskan pengunaan GPS yang mana dah berada di pasaran negara kita 10 tahun yang dulu.

Untuk memasang alat ni bukan la satu alat yang murah paling koman pun ribu ribu jugak harga alatnya, ditambahkan lagi ada syarikat yang mengenakan sewa bulanan untuk alat dan servis mereka untuk alat ini.

Perghh!! dah la barang mahal kene bayar sewa pulak.. adoiii..

Kepada yang mampu mungkin tak ada masalah tapi kepada yang kurang berkeupayaan tuh macam mana pulak? nak pasang tak mampu tapi kereta kesayangan mesti dijaga sebelum hilang. Siapa yang nak kerete mereka hilang.. bangun pagi-pagi jenguk luar rumah tengok kereta dah tak ada yang tinggal cuma kesan tayar je..
Kalau report polis pun bukan masa tu jugak boleh jumpa takut bile dah jumpa kereta dah tinggal rangka dah kene potong dua.. adoi boleh nagis woo macam tuh..

Bukan aku cakap tak guna kalau kita report polis.Apa yang cuba dinyatakan disini kita harus bertindak dengan ikhtiar kita sendiri. Bila dah cakap ikhtiar ni mesti ramai yang fikirannye dah melayang fikir pasal bomoh bomoh nih.. adoii.. come on.. ini bukan zaman ngiyang rapik bukan zaman ngakong ngakong lagi dah.. dah tak pakai dah semua tuh kita dah lama masuk zaman teknologi canggih mangih skang ni jadi cara kita ikhtiar pun mesti mau canggih beb.. heheheh..

Tanpa perlu bayar yuran bulanan yang makan ratus riban tanpa alat yang mahal kita sendiri pun boleh kesan kat mana kenderaan kite.Caranya mungkin agak rumit tapi kalau dapat dilaksanakan mungkin kepuasan tu milik anda.. tak gitu..

OK perkara dan barang yang perlu kiter ada ialah..

Kereta
Handphone
sim kad
Top up maxis RM40
In car chager

Pastikan anda semua ada kelima lima benda ni baru kita jalan projek kite..
First sekali kita perlukan seorang yang pandai tentang wiring kereta ni.. tapi paling mudah korang boleh je pergi ke kedai aksesori apek tu mintak dia buatkan wiring untuk buat in car charge ni charge handset kite bile kerete on.Tapi perkara ni boleh je kalau tak nak buat cuma kite nak buat projek biar la hasilnyer smart tak gitu.

Lepas tu masukan sim kad yang baru beli tadi tu dan top upkan prepaid rm40 tadi. Pastikan yang korang daftar pengaktifan selama setahun dan selepas itu korang hanya perlu topup rm5 untuk setiap bulan.. balance credit ni korang boleh tranfer balik ke handphone yang korang pakai..

Langkah seterusnya korang taip Find dan diteruskan dengan no sim kad yang baru beli tadi dan hantarkan ke 22001.Dari handphone yang kedua tadi akan terima pengesahan dan korang hanya perlu accept sahaja.

Sekarang kite dah hampir selesai dengan projek nih.Selepas semua langkah diatas dibuat korang perlu sorokkan handphone tadi didalam kereta.. pastikan sebelum itu korang ubah mood handphone ke silent mood dan sorokkan ditempat yang sukar orang temui.Hidupkan handphone tadi dan disini kes wiring tadi memainkan peranan untuk mengelakkan handphone tadi kehabisan bateri atau pun korang boleh je ambik cas balik handphone ni cuma banyak kali keje la..

Perhatian! Sistem ini hanya boleh dilakukan pada penguna maxis to maxis sahaja sebab apa?Hanya maxis je yang provide Friend Finder.Korang mesti tau kan apa itu Friend Finder.. bende ni asalnya maxis buat untuk pengguna mereka mengesan antara satu sama lain.

Teringat pulak dengan awek aku dulu suka sangat friend finder aku kat mana kekadang boleh jadi gile aku dibuatnyer.. bile masa aku keluar mesti dia friend finder aku nak tau aku kat mana.. Jadi apa yang perlu korang buat cuma taip find dan no sim kad baru tu dan hantar ke 22001 dalam masa 10 saat korang akan dapat lokasi dimana kenderaan korang berada.Biasanya maxis akan hantar maklumat lokasi ni dari 1 hingga 10 kilometer radius dari pemancar dorang yang terdekat.

Jadi siap la GPS locators untuk kereta korang. Selamat mencuba

0 comments: