Loading...

Daftar Tetamu Kehormat

Thursday, January 20, 2011

Dilenyek,ditumbuk,dibakar sehingga cantik!



Sepasang suami-isteri dari JB hendak membeli tembikar di kedai cendermata di Perak untuk dibuat buah tangan kepada kawan-kawan. Kemudian mata mereka tertumpu kepada sebuah tembikar yang cantik. “Yang tu cantik bang” kata isterinya kepada suaminya. “Yap memang betul, yang ini yang tercantik dalam kedai ni.” ujar suaminya.

Semasa mereka membelek-belek, tiba-tiba tembikar tersebut bersuara “Terima kasih kerana memberi perhatian….


Untuk pengetahuan tuan-puan dulu saya tak cantik langsung. Sebelum menjadi tembikar yang dikagumi, aku hanyalah selonggok tanah liat yang tidak berguna.

Namun suatu hari ada seseorang yang tangannya yang kotor, melemparkan aku ke sebuah benda yang berpusing.

Kemudian dia memutar-mutarkan aku hingga aku menjadi pening. Stop ! Stop ! Aku menjerit, tetapi orang itu berkata “belum !” lalu dia mula melenyek dan menumbuk aku berulang-ulang kali. Stop! Stop ! aku menjerit lagi. Tapi orang ini masih saja menumbukku, tanpa menghiraukan teriakanku. Bahkan lebih teruk lagi dia memasukkan aku ke dalam tempat pembakaran yang panas. Panas ! Panas ! Aku menjerit semakin kuat. Stop ! Cukup ! Teriakku lagi. Tapi orang itu berkata “belum !”

Akhirnya ia mengangkat aku dari tempat yang panas itu dan membiarkan aku sampai sejuk. Aku ingatkan, selesailah penderitaanku. Tetapi rupanya belum, setelah sejuk aku diberikan kepada seorang wanita muda dan dan dia mewarnakan aku. Asapnya begitu busuk dan melemaskan. Stop ! Stop ! Aku berteriak.

Wanita itu berkata “belum !” Lalu ia memberikan aku kepada seorang pemuda dan ia memasukkan aku lagi ke tempat pembakaran yang lebih panas dari tadi! Tolong ! Hentikan penyiksaan ini ! Sambil menangis aku menjerit sekuat-kuatnya. Tapi orang ini tidak peduli dengan jeritanku. Dia terus membakarku. Setelah puas “menyiksaku” kini aku dibiarkan sejuk.

Setelah aku betul-betul sejuk, seorang wanita cantik mengangkatku dan meletakkan aku dalam almari kaca. Aku melihat diriku. Aku terkejut sekali. Aku hampir tidak percaya, kerana di hadapanku berdiri sebuah tembikar yang begitu cantik. Semua kesakitan dan penderitaanku yang lalu menjadi hilang tatkala aku melihat diri aku.

Sahabat, dalam kehidupan ini adakalanya kita seperti disuruh berlari, ada kalanya kita seperti dihimpit masalah-masalah kehidupan. Tapi sedarkah kita bahawa pengalaman-pengalaman dilenyek,ditumbuk,dibakar tadi kemungkinan merupakan cara Allah untuk membuat kita kuat. Hingga cita-cita kita tercapai.

Memang pada semasa itu amat memedih dan menyiksakan. Sakit, penuh penderitaan, dan banyak peluh dan air mata. Tetapi inilah satu-satunya cara untuk mengubah kita supaya menjadi cantik dan memancarkan kemuliaan.

“Sahabat, anggaplah sebagai suatu kebahagiaan, apabila kamu jatuh ke dalam berbagai cobaan, sebab anda tahu bahawa ujian terhadap kita menghasilkan kekuatan. Dan biarkanlah kekekuatan dan ketekunan itu menjadi semakin matang supaya anda menjadi sempurna dan kuat dan semakin sedikit kekurangan.”

Apabila kita sedang menghadapi ujian hidup, jangan putus asa, kecil hati dan sebagainya kerana akhir dari apa yang sedang anda hadapi adalah kenyataan bahawa anda lebih baik, dan makin cantik dalam kehidupan ini.

0 comments: